LKS (32)

10.2K 356 0
                                    

Tubuh itu di hempas di atas lantai di dalam sebuah bilik kotor dan berhabuk, Aluna mengesot merapatkan diri ke arah dinding sambil menangis, dia tahu papanya tidak akan melepaskan dia begitu sahaja sebelum puas menyiksa nya.

”papa....Aluna takut!” ujarnya terketar-ketar.

”papa, jangan pukul Aluna! Aluna sakit!" Sambungnya lagi, tubuh di peluk kerana takut. Kaki dipegang sebelah tangan untuk menutup kaki itu dari menjadi mangsa pukulan.

”sakit?" Tanya Dato'Sri Hishammuddin tersengih mengejek.

Aluna yang bodoh tidak tahu niat papanya mengiyakan pertanyaan si papa sambil mengangguk mengharapkan si papa bersimpati kepadanya.

”sakit sangat ke?” tanya Dato' Sri Hishammuddin berjalan ke arah satu batang paip yang berada di situ. Aluna kalut dan mengelupur mencari sudut untuk dia bersembunyi dari terkena pukulan si ayah. Dia mengesot dan mengesot menuju penjuru bilik sambil menangis.

”pa...papa!" Seru Aluna dengan suara kecil.

”iye sayang!” sahut Dato'Sri Hishammuddin dengan lembut.

Dia berjalan mendekati Aluna yang sedang meringkuk ketakutan, mata itu melilau mencari tempat selamat namun, gagal apabila papanya sudah berada di hadapannya.

”sakit ehh? Sakit sikit je! Paling pun cacat je! Boleh? Hahahhahah!" Tawa Dato'Sri Hishammuddin bahagia sedangkan Aluna sudah menggelabah takut.

Tanpa sempat Aluna menjawab satu pukulan dari getah paip hinggap di tubuhnya. Gadis itu menggeliat kesakitan sambil air mata sudah tidak dapat di tahan.

”papa...!” panggil Aluna melemah.

Tanpa menunggu pukulan kedua dan seterusnya mendarat elok di tubuh itu walaupun gadis itu menangis semahu-mahunya,

”papa....sa....kit!!!"

”papa jangan!!”

”papa, Aluna sakit!”

Getah paip itu hinggap di setiap inci wajah dan tubuhnya, darah yang keluar akibat dari pukulan itu mula membasahi tubuh itu, walaupun tidak terlalu banyak tetapi dapat dipastikan bahawa tubuh itu pecah kerana pukulan itu.

”sa...kit!!!" Rintih Aluna mula melemah, dia pasrah dengan segalanya. Sedang menerima semua pukulan itu tiba-tiba hinggap satu pukulan terakhir di atas kepalanya membuatkan Aluna menggelupur kepanasan sambil memegang kepalanya.

”Allah!!!” sayu Aluna mengucapkan kalimah itu.

Tanpa belas kasihan dan simpati si papa menarik kembali Aluna untuk bangun dari duduknya dan mengheretnya menuju bilik yang dia duduk sekarang di bahagian belakang rumah.

”papa sakit!”

Tubuh itu dihempaskan di lantai kotor itu dan di sepak berkali-kali membuatkan Aluna tiada daya untuk melawan, tapak tangan yang berada di atas lantai dipijak sekuat hati sebelum melepaskannya. Tubuh kecil itu mula kehilangan daya, mata yang meredup mula melemah sehingga tertutup sepenuhnya.

Gadis itu tertidur bersama air mata yang masih membasahi wajahnya, dia meringkuk di atas lantai tanpa beralas apa-apa, kehadiran Mak Som membangunkannya.

”Aluna! Ya Allah kenapa ni sayang!!!” Mak Som menangis semahu-mahunya melihat gadis itu terbaring lemah, hatinya meraung kesakitan.

Aluna Zinnirah yang tersedar akan tangisan itu cuba bangun sambil cuba meraba sekelilingnya, mata cuba dibuka namun, gagal. Kerana kesan dari pukulan yang dia terima menyebabkan wajahnya bengkak dan lebam, malah mata yang bengkak mengeluarkan tahi mata membuatkan Aluna terpaksa membuka paksa matanya menggunakan tangannya.

LEFTENAN KARL SYAKIRIN Where stories live. Discover now