LKS (22)

15.3K 518 24
                                    

"Assalamu'alaikum! " Suara manis kedengaran memberi salam dengan semangat.

"wa'alaikumussalam! " sahut suara tua dari dalam rumah agam yang besar itu.

Saat berikut terlihat seorang lelaki tua yang masih kuat berjalan ke arah mereka, senyuman rindu terbit di wajahnya dengan laju lelaki itu mempercepatkan langkahnya menghampiri cucunya.

"Srikandi atok dah balik! " ujar lelaki tua itu, menghampiri dan memeluk tubuh kecil itu penuh kasih sayang.

"Ya Allah rindunya." Ujarnya masih memeluk erat Aluna Zinnirah.

"hehhehehe, atok sihat ke? " tanya Aluna sambil memeluk erat tubuh tua itu.

"Sihat sayang! Kamu sihat?" tanya Tan Sri Muhyiddin menatap wajah mungil itu penuh sayang. Pipi itu dicekup kuat kerana geram.

"sihat atok! " balas Aluna bersemangat.

"Dah jom masuk! Kamu dah makan ke?" tanya Tan Sri sambil menutup pintu rumahnya tidak peduli manusia yang berdiri di luar dengan hati yang panas.

"Belum, lapar! " rengek Aluna Zinnirah manja, lelaki tua itu mencubit manja hidung si cucu.

"Hahahahaah, kebetulan atok pun baru nak makan! " ujar lelaki tua itu mula membuka langkah berjalan menuju dapur. Aluna juga berlalu dengan gembira.

Apabila sampai di dapur terlihat Mak som dan Seorang gadis seusia 10 tahun sedang bersedia menghidangkan beberapa jenis lauk di atas meja itu.

"Ehh, Aluna! " tegur Mak Som apabila melihat kehadiran Aluna Zinnirah di situ.

"Mak som! " panggil Aluna berlari ke arah Mak Som dan memeluknya erat melepaskan rindu sekian lama.

"Sihat?" tanya Mak som membelai lembut rambut gadis itu.

"Sihat Mak som! " jawab Aluna tersengih.

"dah, jom makan dulu, Aluna mesti lapar, mak som masak banyak lauk kesukaan kamu hari ni! Khas untuk Aluna" ujarnya gembira.

"Mak Som jom makan sekali" ajak Aluna .

"Aluna makan dulu, nanti Mak som makan ye, nak kemas dapur kejap!" ujar Mak som ingin berlalu pergi dan Aluna hanya diam setelah itu memandang lauk di hadapannya.

"Banyaknya!"

"Dah jom makan, tadi Aluna kata laparkan! " ajak Tan Sri Muhyiddin menarik kerusi untuk cucunya.

"baik atok! " Aluna Zinnirah melabuhkan punggungnya di kerusi itu lalu menatap minat lauk di hadapannya.

Matanya tidak sabar.

Dengan tidak sabar dia mencedok semua lauk masuk ke dalam pinggannya. Tangan itu sudah gatal ingin menyuap masuk ke dalam mulutnya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu, kepalanya diangkat lalu menatap kerusi sebelahnya.

Kosong!

Dengan singkap dia bangun lalu berlari menuju pintu utama tadi tanpa peduli panggilan Atoknya yang terkejut akan tindakannya dan dengan cepat juga dia terus membuka pintu itu maka, terlihatlah satu wajah bengis memandangnya tajam.

"Hihihihi, tuan meh masuk, kita makan dulu ehh!" ajak Aluna takut-takut dan tersengih-sengih.

Tangan besar itu ditarik perlahan untuk masuk lalu mengikutinya sehingga ke dapur. Perlahan tubuh itu dirangkul oleh gadis tadi.

"nasib rumah kau, kalau rumah aku mahu mati kau aku kerjakan! " marah Karl Syakirin masih marah kerana di tinggalkan di luar rumah tadi.

Pov singkat Karl Syakirin.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now