LKS (56)

12K 376 9
                                    

Dato' Sri Hishammuddin berjalan kembali memasuki ruangan tadi lalu menuju tempat duduknya, laci meja dibuka, dia mengeluarkan semua isi kandungan di dalam itu sehingga tangannya mencapai sesuatu yang membuatkan dia hampir menangis.

Sebuah gambar wanita berwajah lembut, malah dihiasi dengan senyuman manis yang sama persis dengan anak gadis mereka, tidak tumpah seperti ibunya.

Alicia Natasya!

Seorang wanita Melayu Thailand yang merantau ke dalam Malaysia bagi mencari rezeki. Dia bertemu dengan wanita itu ketika wanita itu melakukan kerja amal mengagihkan bantuan makanan pada gelandangan di kawasan berdekatan dengannya.

Waktu itu dia baru sahaja berkahwin enam bulan bersama isterinya, Suharna. Melalui perkenalan mereka berkawan bersahaja sehingga dalam dirinya timbul perasaan sayang pada wanita yang selalu memberikan dia senyuman manis di pagi hari.

Malah, dari dia yang selalu menjamu makanan mewah di hotel atau cafe beralih menjamu selera di kedai yang wanita itu bekerja hanya kerana ingin melihatnya selalu.

"Awak, saya rindu!" Dia berkata perlahan sambil mengusap lembut bingkai gambar itu.

"Saya minta maaf abaikan anak kita, saya minta maaf tak jaga dia dengan penuh kasih sayang, saya berdosa dengan awak, saya tak layak jadi pelindung awak macam mana saya janji pada awak dulu!" Adunya memeluk erat gambar itu.

"Awak, saya ni bukan orang sini tau! Tapi saya Islam, saya dekat sini ada awak je yang boleh lindung saya, dekat sini dah macam pelarian dah!" Ujar Alicia pada Dato' Sri Hishammuddin yang sedang menjamu selera ditemani oleh Alicia.

"Awak tak ada permit ke?" Tanya Dato'Sri Hishammuddin.

"Ada! Tapi saya tak ada duit nak renew! Mahal sangat!" Keluh Alicia pada Dato' Sri Hishammuddin.

"Ye ke? Berapa tu?" Tanya Dato'Sri Hishammuddin mula memandang Alicia yang mengharap.

"Dua tahun dah tak bayar! Setahun 640 lebih, total 1 k lebih!" Jawabnya memuncungkan bibirnya yang merah membuatkan Dato'Sri Hishammuddin geram ingin mencubit bibir itu.

"Eeyyyy, geramnya saya mulut itik tu! Tak apa, saya cuba nanti tanya kawan saya, saya bayarkan untuk awak!"

Hal itu membuatkan Alicia bersorak gembira, dari situlah perkenalan mereka menjadi sangat akrab sehingga Dato' Sri Hishammuddin sanggup membelikan sebuah rumah untuk Alicia dan senang dia pulang ke situ untuk berehat.

"Awak, awak tahu tak anak kita dah tak nak mengaku saya ayah dia! Sedangkan dulu saya janji anak kita tu akan dapat kasih sayang lebih dari sesiapa pun! Tapi saya bohong! Saya pengkhianat!" Tangisan mula kedengaran.

"Awak, saya penat! Saya nak ikut awak boleh? Awak, kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa? Awak tahu kan saya rindukan awak!!" Jeritnya bersama tangisan yang seolah-olah tiada  penghujungnya.

Tubuh itu melorot jatuh bersandar pada almari buku, mata itu memandang ke siling dengan sayu, air mata jatuh dihujung mata mengalir ke pipi.

--------------

Aluna Zinnirah berjalan masuk ke dalam rumah agam yang besar tetapi hanya dihuni oleh mereka berdua sahaja. Tubuh di hempaskan diatas sofa yang empuk, keluhan demi keluhan dilepaskan.

"Macam mana ehh aku nak buat?"

"Dia tak ada sekarang ni! Hurmm... perempuan tu aku tak tahu ke mana dia pergi!" Keluhnya.

"Hurmm, tapi rumah tu kan rumah kami! Kalau perempuan tu duk situ mesti laki tu marah nanti! Macam mana ehh?? Hurmm .." Aluna Zinnirah berfikir-fikir tanpa perasan satu mata menatapnya berbinar.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now