LKS (25)

10.9K 332 2
                                    

"Tuan!" Panggil Aluna perlahan.

"hurmm...." sahut Karl Syakirin dingin.

Lelaki itu terlihat sedang membuka sarung tangan hitamnya, wajah itu tenang seolah-olah tahu apa yang di fikirkan oleh gadis kecil di hadapannya.

"kalau kita makan steambot nak? Saya belanja!" Cadang Aluna lembut, wajah dibuat seceria mungkin.

"saya teringin nak makan seafood lah!" Sambung Aluna lagi masih ceria.

"aku ke kau yang nak makan ni? Siapa ajak siapa?" Tanya Karl Syakirin garang. Sengaja dia bersikap begitu.

"sa...saya....!"

"dah jom masuk! Aku dah lapar!" Beritahu Karl turun dari motornya dan terus berjalan maju meninggalkan Aluna yang berlari anak mengejar lelaki tadi.

"tuan, wait!"

"lembap!"

Sesampainya Di dalam bangunan itu, Karl terus menarik tangan Aluna Zinnirah mengikuti langkahnya menuju satu kedai yang tertulis 'dubuyo' itu. Aluna hanya menundukkan kepalanya kerana terasa hati dengan tempat itu.

Mereka berhenti di satu meja yang sedikit tersorok dari orang, Karl memilih tempat itu kerana tahu Aluna sedikit terganggu kemudian dengan santai memanggil pelayan yang sudah menunggu untuk memesan menu mereka.

"iye encik!"

"set korean spicy wings satu! Set Ramen satu! Teh o Ais dan epal jus, itu sahaja!" Pesan Karl Syakirin tanpa bertanya pada Aluna yang hanya menundukkan kepalanya.

"okey baik, sekejap Yee!" Balas pelayan itu.

"Aluna, esok tengah hari saya datang dekat awak, esok saya kena jumpa dengan anak raja awak tu!" Karl memecahkan keheningan setelah mereka terdiam cukup lama.

"esok? Baik tuan!" Balas Aluna perlahan tidak berminat.

"esok awak tunggu saya dulu baru kita pergi pilih baju, faham?" Arah Karl memandang Aluna yang tidak sedikit pun mengangkat kepalanya.

"baik tuan!"

Selepas Aluna Zinnirah menjawab suasana terus berubah dingin seperti sedang berada di kutub utara. Aluna hanya menunduk sambil memainkan jari-jemari nya.

Karl Syakirin juga begitu, hanya memandang sayu gadis yang sedang menunduk itu, hatinya seolah-olah merasakan kesakitan yang pernah di lalui oleh gadis di usia yang sepatutnya dia merasakan kebahagiaan waktu kecilnya.

Bukan dia tidak dengar apa yang dikatakan oleh Aluna sewaktu gadis itu duduk bersama lelaki yang entah dari mana datangnya, kebetulan dia juga berada di situ kerana mengikuti gadis yang baru sahaja keluar dari tempat parking motor dan sewaktu dia berhenti di kedai itu tiba-tiba panggilan dari gadis itu masuk membuatkan dia menahan diri untuk ke arah Aluna.

'sesakit itu kah dia?'

'tak sangka awak yang ceria di mata semua orang pernah lalui zaman kecil yang memilukan'

'macam mana kehidupan awak sebelum ni?'

'mesti awak tak ada kenangan indah di masa kecil awak kan?'

'ya tuhan, engkau angkatlah darjat gadis ini'

'dia berhak bahagia!'

"set ayam spicy, set ramen, teh o Ais Dan jus epal?" pelayan tadi datang membawa menu mereka.

"ye!"

Pelayan itu meletakkan semua makanan tadi di atas meja, setelah selesai pelayan itu terus berlalu pergi meninggalkan Karl Syakirin yang membetulkan kedudukan semua makanan itu.

LEFTENAN KARL SYAKIRIN Where stories live. Discover now