LKS (52)

8.3K 275 9
                                    

Karl Syakirin terduduk lemah di kerusi menunggu berita tentang isteri kesayangannya yang sudah hampir enam jam berada di dalam bilik bedah.

Semua anggota keluarganya sudah pun tiba dari tadi, mereka juga turut menunggu berita tentang menantu mereka.

Sengaja Karl Syakirin duduk jauh dari mereka kerana ingin tenang seketika, fikirannya sudah tidak menentu saat ini, fikirannya hanya penuh dengan kesakitan dan derita si isteri.

Tidak terbayang perasaannya apabila mendapat berita yang baik atau buruk, baginya kedua-dua berita itu adalah terburuk baginya namun, dia bersyukur jika yang buruk itu mampu mengembalikan isterinya semula.

"Ma Chérie ! Semoga kau baik-baik sahaja! Aku rindu kau!"

"Aku minta maaf! Aku tahu aku salah!" Gumamnya menunduk bersama air mata yang mengalir deras di pipi.

"Aku janji kau selamat je aku akan cerai kan dia! Aku janji!" Esaknya sendiri.

"Kau satu-satunya penghuni hati aku!"

Hajah Kalsom memandang sayu anak keduanya yang hanya diam menunduk sambil mulut terkumat-kamit membaca sesuatu, dia tahu anaknya itu serabut kerana itu dia membuat keputusan untuk membiarkannya seketika.

"Ibu! Ibu Okey? Ibu nak makan dulu ke?" Tanya Kayla mematikan lamunan Hajah Kalsom.

"Tak apa Kay, ibu tak lalu nak makan! Kamu nak makan, kamu pergilah dulu ye!" Tolak Hajah Kalsom sayu.

"Kayla lapar, Kayla pergi cari makan dulu ye bu!" Hajah Kalsom hanya memandang kepergian anak perempuannya sehingga hilang, mata kembali jatuh pada anak keduanya.

Setengah jam kemudian muncul wajah seorang lelaki yang amat gerun ketika ini, wajah itu terlihat tenang tetapi nampak kegusaran di matanya.

"Macam mana dengan Aluna?" Tanya dia kepada Haji Syahir yang hanya menggeleng perlahan tanda tidak tahu.

"Huft!" Dia mengeluh, kepala dipicit-picit.

"Ni semua salah kau! Kenapa kau nak anak aku kahwin dengan perempuan lain yang jelas-jelas salah? Kenapa buat cucu kau sendiri macam tu?" Tanya Haji Syahir tegas walaupun tenang.

"Sebab aku nak anak kau jadi orang yang bertanggungjawab! Memang dia tak berzina dengan perempuan tu! Tapi dia tetap salah sebab masih percaya dan ada rasa sayang pada perempuan lain yang jelas dia benci! Jadi tak mustahil dia boleh tinggalkan anak aku bila dia tergoda dengan kelebihan perempuan lain kan?" Jawabnya tenang.

Karl Syakirin yang mendengar hanya diam sahaja.

"Sedangkan jika betul dia sayang cucu aku! Dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan kembali kepercayaan yang pernah dia hilangkan! Kalau dia tak bersungguh-sungguh maka buat apa aku biar cucu aku masih stay dengan dia?" Semua mereka terdiam setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut berbisa itu.

Setelah mengatakan itu, dia melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Haji Syahir yang hanya berpeluk tubuh itu.

"Anak kau tahu?" Tanya Haji Syahir apabila suasana kembali tenang.

"Tak!" Tan Sri Muhyiddin menggelengkan kepalanya.

"Kalau tu tahu lagi serabut kita dibuatnya!"

Setelah mengatakan itu suasana kembali tenang dan sunyi, semua tenggelam dalam dunia masing-masing.

Sedang asyik menunggu tiba-tiba pintu bedah terbuka menampilkan seorang pakar bedah yang keluar bersama beberapa jururawat yang sibuk berbincang.

"Doktor!" Panggil Karl Syakirin berlari laju menuju kelompok itu.

LEFTENAN KARL SYAKIRIN Where stories live. Discover now