LKS (20)

11.2K 394 8
                                    

Aluna Zinnirah meneliti semua mata yang melihatnya dengan kepanikan, belakang baju Karl Syakirin di genggam erat melepaskan rasa paniknya. Dia cuba mengukirkan senyuman semanis mungkin untuk menutup kegugupan dihati tetapi ketakutan lebih menguasai dirinya.

Hajah Kalsom terpegun melihat gadis kecil di hadapannya yang sedang tersenyum kekok, penampilan yang sedikit humble dengan t-shirt putih serta seluar hitam besar membuatkan dirinya terlihat pendek dan kecil. Ditambah lesung pipit yang terukir indah di wajah itu menambahkan lagi kemanisannya gadis kecil itu.

Hajah Kalsom menghampiri anak lelakinya dan Aluna Zinnirah yang sedang berada dalam kegugupan itu. Dia mengukirkan senyuman selembut kapas tidak mahu gadis itu kekok, lalu mengangkat tangan untuk di salami oleh gadis itu dan dengan laju Aluna menyambutnya.

"Assalamu'alaikum mak cik" Aluna Zinnirah memberi salam lalu menyalami tangan tua itu.

"wa'alaikummussalam ! " jawab Hajah Kalsom.

"meh masuk kenapa berdiri depan pintu je ni" tegur Hajah Kalsom tersenyum.

"hehehhe, ha'ah ehh....hurmm jom masuk Aluna! " ajak Karl Syakirin ingin meraih tangan kecil itu untuk mengikutinya.

Pap!

"auch, ibu! " Karl Syakirin di buat terkejut kerana tamparan kecil di tangannya tadi terus tautan tangan itu terlepas.

"jangan sentuh anak dara orang sesuka hati je" pesan Hajah Kalsom menjegilkan matanya kepada Karl Syakirin yang sedang tersengih-sengih itu. Hajah Kalsom mencapai tangan itu lalu masuk ke dalam rumah.

"sowwy!! "

"Padan muka!"

Aluna Zinnirah dan Hajah Kalsom berjalan masuk sambil bergendengan tangan, Aluna hanya mengikuti langkah itu menuju sofa di ruang tamu sesekali matanya memerhati Karl Syakirin yang sedang bertekak dengan adiknya.

“ingat!! " kacau Kayla Syaheera pada abangnya.

"cuihhh!!! " Karl Syakirin berlalu pergi setelah menolak adiknya ketepi untuk dia terus mengikuti langkah ibunya.

“nama kamu apa nak?" tanya Hajah Kalsom tersenyum lembut. Aluna terkaku akan pelayanan yang tidak pernah dia dapatkan selama ini.

"A... Aluna mak cik" jawab Aluna tergagap-gagap, gelisah. Ada senyuman kekok yang terukir.

"hahaha..... jangan takut dengan mak cik okey je" Hajah Kalsom cuba menenangkan Aluna yang sudah ketar.

"mak cik ni ibu Karl, Ni ayah dia Haji Syahir" Hajah Kalsom memperkenalkan suaminya yang duduk di sofa single itu.

"pak cik! " sapa Aluna Zinnirah tersenyum menghormati. Haji Syahir mengangguk kecil sambil tersenyum.

"Aluna kerja satu tempat dengan Karl ke?" tanya Hajah Kalsom ingin lebih rapat dengan gadis itu.

"i-iye mak cik, satu tempat tapi... tuan Karl pegawai saya, saya bawahan tuan Karl" terang Aluna merendah diri.

"owh... satu tempat kerja lah juga kan? Dekat kem Rasah tu?" Aluna menganggukkan kepalanya tanda betul.

"Karl ada menyusahkan kamu tak? dia ada buli kamu ke? dia ada ragging kamu ke? bagitahu mak cik biar mak cik karate kid dia! " Aluna terpegun dengan cara wanita tua itu melayannya, seolah-olah merasakan sesuatu yang nyaman dia dengan berani menganggukkan kepalanya.

Terkejut Karl Syakirin kerana di fitnah begitu, malah gadis itu mengiyakan sahaja tanpa takut padanya lagi.

"karl, buat apa dekat kamu? dia buli kamu? " Hajah Kalsom sudah membulatkan matanya menatap anaknya yang juga terkejut

LEFTENAN KARL SYAKIRIN Where stories live. Discover now