LKS (64)

13.1K 386 7
                                    

Karl Syakirin menatap tajam semua orang disitu, mata yang setajam sebilah pisau menghunus tajam ke arah lelaki tua yang juga menatapnya tajam.

Dari luar dia mendengar keluarga itu menghina dan merendahkan isterinya yang juga tidak tinggal diam, paling dia panas apabila satu keluarga itu membantai hina isterinya tanpa sedikit pun menjaga air mukanya di hadapan mereka.

"Nak tengok macam mana kuasa aku bekerja?" Tanya Karl Syakirin berjalan masuk mendekati ibu abahnya lalu menyalami tangan tua itu, beralih pada Aluna yang sudah bangun memberi ruang untuk dia duduk, dahi Aluna dikucup perlahan sambil membelai rambut itu.

"Ma Chérie masuk dalam ye!" Ujarnya lembut menyuruh isterinya supaya tidak terlibat dengan urusannya disitu.

"Gak mau!" Aluna memalingkan wajahnya tanda tidak mahu, Karl Syakirin tersenyum geram.

"Okey! Duduk sini!" Karl mendudukkan dirinya sambil menepuk-nepuk bahu sofa menyuruh isterinya duduk. Aluna mengikuti arahan suaminya dengan rela.

Sumaiyyah Fatimah memandang geram permandangan indah itu, dia terasa tergugat, kemarahan yang telah mati kini hidup kembali dibakar oleh iri dan dengki.

'aku akan bunuh kau! Perempuan sial!' jerit Sumaiyyah dalam hati.

"Kau nak tunjuk kau bahagia ke?"  Encik Mustafa tiba-tiba bersuara membuatkan Karl Syakirin kembali memandang tajam ke arahnya.

Sumaiyyah Fatimah cuba mengawal emosinya.

"Why not?" Balas Karl bersahaja.

"Atas penderitaan anak aku?" Terdengar dingin sekali ayatnya.

"Derita? Bila masa dia menderita? Mana?" Tanya Karl Syakirin memandang Sumaiyyah yang juga menatapnya seakan ingin menelan dirinya yang gagah itu tetapi dia tidak takut.

"Bukan dia yang buat aku menderita?" Tanya Karl Syakirin sombong, kunci kereta dilemparkan diatas meja.

Dia tidak mahu lagi memain tarik tali dengan keluarga yang dianggap musibat olehnya setelah berkali-kali menghancurkan hidupnya.

"Bukan dia yang masuk dalam hidup aku dengan cara kotor? Dengan cara perangkap aku?" Tutur Karl terdengar sinis sekali.

"Aku tak tahu apa masalah keluarga kau Sumaiyyah Fatimah! Bukan dulu kau yang tinggalkan aku? Bukan kau yang khianati aku? Aku minta kau tunggu aku! Tak lama pun! Enam bulan sahaja! Tapi apa? Kau bertunang dengan orang lain? Waktu aku masih rekrut?" Ujarnya sedikit tertawa di hujungnya.

"Then, kau datang balik ganggu hidup aku setelah aku kahwin? What's going on with you? Kenapa datang ganggu aku sekarang? Why?" Karl ingin semua orang tahu kenapa wanita itu menganggunya.

"Bukan kau ganggu aku sahaja, bini aku pun kau ganggu! Kau ingat aku tak tahu semua kelakuan kau? Kau ganggu dia dengan mesej-mesej kau, kau cerita kisah kita, untuk apa? Untuk lemahkan dia supaya kau senang nak singkirkan dia? Hahahha....Aku nak bagi tahu kau, kemana sahaja bini aku pergi ada mata-mata yang ikut dia! Maybe mata-mata tu bukan dari aku tapi yang pasti mata-mata tu untuk lindungi Aluna!"

'mata-mata?' Aluna bergumam sambil berfikir.

"Kau tak patut ganggu aku Sumaiyyah! Kau tak patut datang cari aku untuk dapatkan kembali kepercayaan aku, sebab aku dah tak nak percayakan kau! Dan kau tak patut rasa cemburu dengan isteri aku yang memegang semua harta aku! See? Sebabkan kau kacau bini aku, kau jadi macam ni hidup tak senang!"

"Bukan kah impian kau untuk kahwin dengan aku dah tercapai? Macam mana kau dengan kakak kau plan dulu masa duduk dekat rumah Hakeem? Hurmm?" Isyarat kening diberikan pada dua beradik yang sudah terkaku itu.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Où les histoires vivent. Découvrez maintenant