31

23 2 0
                                    

"SENSED precense."

Itulah jawapan yang diberikan oleh doktor ketika disoal oleh Arman tentang kewujudan Melissa.

"Sensed precense kebiasaanya terjadi kepada orang yang berada di tempat berbahaya atau aneh. Keadaan manusia yang sedang tertekan, sedih atau murung juga menyebabkannya berasa melihat, dikunjungi atau ditemani sesuatu."

Jadi, adakah kewujudan Melissa itu hanyalah sekadar ilusi ataupun.. anugerah? Kalau ikut daripada cerita Umairah sendiri, Melissa itu merupakan seseorang yang sudah lama mati dan muncul dalam bayangan kerana masih ada dendam yang tidak berbalas.

Haih. Kalau betul selama ni Umairah cuma berilusi, adakah itu terbukti bahawa sebenarnya memang benar yang dia mempunyai masalah mental.

Ah, tak mungkin!

"Selain stres, kekurangan oksigen, rangsangan terus-menerus, dan kadar hormon juga boleh menyebabkan manusia berasa ada identiti yang lain."

"Maksud doktor, apa yang adik saya tengok selama ni cuma bayangan?"

Tiada jawapan.

Doktor pun confuse dengan kes adik aku apatah lagi aku yang sebagai abang tersayang dia ni.

Ish, adik! Kau ni kan..

****
ADLINA.

Sudah lama dia tidak menyebut nama itu. Semenjak kematian Adlina, dia berasa sangat takut. Dia takut akan dipersalahkan atas apa yang telah menimpa gadis itu.

Iya, Melissa berkali-kali menegaskan bahawa itu ialah balasan yang sudah seharusnya gadis itu terima. Lalu, untuk apa lagi untuk dia terus menangisi kematian seseorang.

Soalan yang tidak masuk akal! Sudah terang lagi bersuluh, kejadian tersebut begitu aneh. Lihat saja berita-berita yang keluar di media sosial. Ramai yang menuduh Umairah yang memaksa Adlina untuk terjun bangunan tersebut. Sedangkan ketika itu dia sedang mengalami kegawatan yang memuncak tatkala melihat keadaan Lisa yang seperti nyawa-nyawa ikan.

Kalau aku nak bunuh Adlina tu, dah lama lah aku guna tangan aku yang kasar ni untuk habiskan riwayat dia. Tak cukup gentle lah nak ugut-ugut.

"Melissa.. Kau pengecut. Lepas apa yang kau dah buat, kau bunuh orang lain sesuka hati kau. Sekarang ni kau terus nak hilangkan diri. Senang betulkan, jadi hantu."

Dia memerli Melissa tanpa dia ketahui bahawa gadis itu betul-betul terpacak di belakang.

"Jangan berani kata aku pengecut! " Seperti petir, suara itu berteriak.

"Baru sekarang kau nak munculkan diri? Dah kena provoke dengan aku baru datang.." Tertoleh dia ke arah suara tersebut.

"Aku ingatkan kau dah berubah tapi rupanya sama je."

"Kau fikir aku je, yang kau tu? Dari dulu sampai sekarang asyik nak pentingkan diri kau je."

Ha, kalau anjing dengan kucing ni dah jumpa memang asyik nak bertekak jelah jawabnya. Umairah tidak sedar bahawa dia sekarang ni dia sedang diperhatikan dari luar bilik. Disebabkan suara Umairah yang agak kuat, Arman tidak jadi untuk masuk ke dalam bilik itu malah dia terus memanggil Doktor Hasnul untuk menjadi saksi.

Umairah sedang bercakap seorang diri lagi.. Dan lihat daripada riak wajahnya, Umairah betul-betul marah kepada 'sesuatu'.

"Apa salah Munir sampaikan kau nak korbankan nyawa dia? Kau marah dekat aku sebab tak dapat tolong kau, alih-alih kau lepaskan marah kau dekat Munir. Dan, bukan setakat tu saja. Kau pernah jugak lepaskan marah kau dekat ahli keluarga aku. Apa masalah kau ha? Kau fikir, disebabkan kau dah mati kau boleh buat sesuka hati kau je, macam tu?"

"Jangan sebut lagi soal kematian! Kau tak rasa apa yang aku rasa."

"Itu je alasan kau. Kau nak orang fikir apa yang kau rasa sedangkan kau sendiri pun malas nak fikir apa yang orang lain rasa atas semua perbuatan kau ni. Dahlah, Melissa. Be present. Sampai bila kau nak hidup dalam keadaan berdendam macam ni." Rayu Umairah dengan lemah.

Melissa sudah tidak tahan lagi mendengar segala rayuan itu semua. Aku takkan puas selagi kau tak mati, Umairah. Kau sama je macam manusia lain. Selalu ambil mudah tentang apa yang aku rasa. Kau dengan Munir sama je! Dua-dua pembelot. Dua-dua tak patut hidup.

Seperti dirasuk, Melissa terus menerpa ke arah Umairah dengan dibesarkan kedua-dua mata. Dua tangannya mencengkam leher Umairah sehingga gadis itu sukar untuk bernafas.

Umairah cuba untuk membuka cengkaman tersebut dengan kudrat yang ada. Kakinya yang panjang mula menyepak bahagian perut Melissa sehingga terasa senak di perut gadis itu.

"Khairina dah ceritakan semuanya. Dan tak lama lagi, kes kehilangan kau akan disiasat lagi sekali."

"Senang-senang tu je ke kau nak percaya dia? Kenapalah kau bebal sangat ni. Dia tu gila, lupa dah ke?"

"Sama ada kau nak percaya ataupun tak, tu bukan masalah aku. Aku dah tahu lokasi kau ditanam. Aku dah tahu segalanya dari A sampai Z. Jadi, kau masih lagi nak belagak tak nak tahu semuanya?"

Tergagap-gagap dia ingin menjawabnya.

"Cuma satu je aku mintak dari kau. Permintaan terakhir. Aku harap kau tak cuba-cuba untuk bunuh Khairina pulak lepas ni. Dia dah berubah. Tak lama lagi dia akan terima balasan yang setimpal atas perbuatan dia terhadap kau. Mesti lepas ni orang akan maki-hamun dia, orang akan benci pada dia dan mungkin kawan rapat dia sendiri pun tak nak mengaku yang mereka pernah berkawan."

Baguslah kalau semua itu terjadi. Tapi, aku masih rasa tak puas hati kalau perempuan tu tak mati. Dia dah bunuh aku. Hutang nyawa harus dibayar dengan nyawa jugak.

" Aku tahu, apa yang terjadi dekat kau ianya sangat tragis. Kau dibuli dengan teruk. Kesihatan mental kau diragut bagai tiada pentingnya. Kau dimarah, dilempar sesuka hati. Kau dilayan seperti bangkai busuk. Tiada siapa yang sudi mendengar setiap budi bicara kau sampaikan kau dah mati sekalipun kes kau terkubur begitu sahaja. "

" Aku faham, Melissa.. Aku pun pernah dibuli. Walaupun ianya tetap tak sama dengan apa yang kau rasa tapi aku pernah rasa sakit. Sakit yang teramat. "

Melissa tidak boleh tahan air matanya. Segala percakapan Umairah itu dia akui dengan sebulat suara.

"Ramai orang yang sayangkan kau, Melissa. Ibu kau sampai sekarang masih terkenangkan kau sehinggakan adik kau sendiri cemburu."

Tangan Melissa dia pegang dengan lembut. Sambil bibir  mengukir senyum ditemani pula dengan mata yang mula berkaca, dia sambung lagi percakapannya.

"Aku sayang kau, Melissa. Selama Lisa dan Jiha jauh daripada aku, kau yang jadi teman aku berbual. Dari awal pertemuan sehingga hujung, kita selalu bergaduh. Kita memang tak sependapat tapi percayalah. Saat sebegitu lah yang aku akan rindu lepas ni."

Alamak. Air mata aku dah jatuh dengan laju. Mesti Melissa fikir aku ni gedik. Lantaklah.

" Ingat, Melissa.. Aku merayu dekat kau. Setelah semuanya selesai, kita pasti akan berpisah. Aku nak mulakan hidup aku yang baru. Aku nak bukak lembaran yang baru. Cukuplah, Melissa. Semoga engkau tenang di 'sana' nanti."

ILUSI Where stories live. Discover now