11

48 3 2
                                    

NAK dijadikan cerita, aku memang dah rancang untuk pergi ke sini dengan ditemani oleh abang aku. Begitulah pada awalnya. Tapi, disebabkan tadi tengok macam lena sangat je, kesian pulak nak kejut.

Ibu dengan ayah pulak, kebetulan tiada di rumah. Katanya ada urusan di kampung dan perlu diselesaikan segera. Kata ibu lagi, jika urusan di sana telah selesai sepenuhya, mereka akan segera pulang ke rumah. Tanpa mengetahui waktunya sama ada petang ataupun malam, aku hanya menggangguk tanda faham.

Yelah, aku pun dah besar dan separuh matang. Jadi, tidak menjadi masalah untuk duduk bersama dengan abang Shah di rumah. Kalau malas masak, boleh order food panda. Kalau malas lagi, tak payah makan.

"Terima kasih, bang." Jangan fikir aku gatal hanya kerana aku memanggil pemandu grab dengan panggilan sebegitu.

Sekadar rasa hormat, itu sahaja. Pemandu tersebut kelihatannya masih berada dalam lingkungan umur 20-an. Jadi, takkan lah aku nak kena panggil dia pak cik. Cuba kau, umur masih 'sweet seventeen' tapi dipanggil mak cik. Kau rasa? Tak ke rasa down seharian.

Bingkas sahaja dia turun dari kereta, dia bergegas menjengah ke arah pintu depan rumah Najiha. Di luar, ada dua orang anak muda yang sedang sibuk 'menelaah' telefon bimbit milik masing-masing. Mungkin sedang membaca surat khabar online di telefon.

Khusyuk sangat. Sampaikan aku bagi salam pun, mereka langsung tidak menyahut.

Cuba untuk bersangka baik lagi. Mungkin, mereka segan menjawab salam daripada gadis comel seperti aku ini. Tengah cover macho kan tu..

Nak tahu handsome ke tak? Entahlah.. Aku sendiri pun masih kurang jelas tentang apa sebenarnya masuk 'handsome' dalam kamus hidup aku. Cuma, yang aku boleh bagitahu, mereka berdua ada wajah. Okay, itu paling penting.

"Eh, sorang je?"

"Haah."

"Lisa mana? Dia tahu tak, aku nak pindah hari ni?" Tiada jawapan, bermakna 'I never know anything what's going on with her'.

Kot ye pun nak merajuk dengan aku, sekurang-kurangnya jadilah manusia yang profesional sedikit. Boleh saja tolak dulu tepi ego demi persahabatan. Bagi pendapat aku, okay je kalau tiba-tiba dia nak minta maaf ataupun aku sendiri yang minta maaf. Aku sudi memaafkannya sebab memang salah aku.

Terlampau murah kata-kata maaf aku sejak akhir-akhir ini. Itupun, dia masih langsung tidak mempedulikannya.

"Kau call lah dia. Minta dia datang sini."

"Tak dapat."

"Samalah kisahnya dengan aku. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi."

"Okay lagi lah tu. Aku punya operator kata, nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan."

Biar betik. Perempuan ni tukar nombor telefon cepat betul. Makin difikirkan perangai kawan yang seorang tu, makin rasa nak marah tapi kena sabar. Nak marah, tapi kena sabar..

"Najiha.. Semua barang dah siap packing dah ke?"

Saat dia menyedari ketibaan ibu saudara Najiha, dia terus menyuakan tangannya untuk sesi bersalam-salam.

"Kawan Najiha ke ni?"

"Haah, mak cik."

"Oh, datang sorang je ke?"

"Nampaknya, begitulah cik. Saya kan forever alone." Tertawa keras Puan Misnah dibuatnya.

"Jiha! Sorry aku lambat. Tadi, aku kena kejar dengan anjing."

Umairah menoleh ke kanan. Lisa Blackpink mai sudah..

****
"ALAH, apa ni. Aku dah bagi hadiah dia pun nak bagi hadiah jugak." Tidak semena-mena beg kecil berisi telekung bertukar tangan kepada pemiliknya yang baru.

ILUSI Where stories live. Discover now