25

19 4 0
                                    

SEKEJAP saja dia bersiap untuk segera keluar mencari lokasi rumah Elisha. Namun, dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk keluar dari biliknya kerana harus mencari alasan yang munasabah bagi mempermudahkan urusannya yang itu.

Setelah berfikir panjang, dia nekad.

Tiada cara lain lagi. Dia harus dapatkan pertolongan Munir untuk mendapat pelepasan.

****
DIA renung wajah gadis itu sebentar sebelum bibirnya mengukir senyuman kegembiraan.

"Kau sure ke dengan keputusan kau?"

"Nampak macam aku main-main ke sekarang ni?"

Situasi kelihatan tegang tatkala soalan Munir hanya dibalas dengan soalan berbentuk sarkastik daripada Umairah.

"Kenapa kau setia sangat eh nak tolong Melissa? Padahal, dia dah buat perangai hilangkan diri macam tu je hari tu."

"Munir, kalau kau tak nak tolong aku takpe. Kau boleh angkat kaki dari sini. Aku tak paksa kau pun untuk buat semua ni."

Asyik marah je minah ni. Aku tanya je, kan? Lagipun soalan yang aku tanya tadi pun logik. Tak ke baik sangat masih lagi nak layan seseorang yang dah buang kita bila dia nak kemudian ambik kita balik bila dia nak.

"Aku takkan halang kau nak buat apa sekalipun asalkan ianya perkara yang baik. Kau sedar tak, apa yang kau buat sekarang ni seolah-olah kau setuju dengan apa saja rancangan Melissa untuk dapatkan apa yang dia nak. Kau tahu kan yang semua ni atas dasar dendam. "

Umairah menggeleng perlahan sambil tersenyum sinis.

" Kau lupa ke, kau pun bersubahat jugak. Kau tolong aku untuk minta bantuan Zack. Jadi, semua ni sebab kau. Kau yang tolong aku sampai ke tahap ni lepas tu sekarang senang-senang je kau nak aku berhenti."

Untuk kali yang tidak terkira bilangannya, dia sentiasa hilang kata-kata pada penghujung bicara.

" Nasi dah jadi bubur. Semuanya dah terlambat. Tak perlu lagi untuk kau fikir macam-macam cara untuk halang apa yang aku nak buat lepas ni. Just remember one thing, Munir. All of this. Siapa yang start dulu. Fikir dalam-dalam."

Menyesal pun dah tak berguna. Memang salah aku yang tak fikir panjang. Hanya kerana cinta, aku sampai tak perasan bahawa rupanya aku sedang bawa gadis itu kearah yang sangat jauh dari landasan sebenar.

Umairah dibiarkan pergi sendirian. Kalau aku ada di sisi dia sekalipun sekarang ini, sudah tentu aku tidak ubah seperti sang penyibuk yang tidak berfungsi apa-apa pun.

Memang aku tak setuju dan menyesal, tapi aku tetap akan awasi Umairah dari jauh. Dia seorang gadis. Tak selamat untuk dia bertemu dengan seseorang yang dia tidak kenal apatah lagi berjalan sendirian tanpa ada seseorang yang menemaninya.

****
PINTU diketuk perlahan. Agak lama juga pintu itu terkatup rapat sebelum ada suara seorang wanita yang menyahut seruan salam.

"Waalaikumussalam."

"Cik. Elisha ada?"

"Oh, kamu kawan dia ke?"

"Haah. Saya nak jumpa dia kejap sebelum saya nak balik ke Terengganu. Nak lepaskan rindu. Dia ada tak cik?"

Wanita itu agak kekok sebentar kerana masih ragu-ragu akan kehadiran Umairah ke rumahnya. Sekarang kan, dah macam-macam modus operandi untuk menyamun seseorang.

"Nama kamu siapa? Acik tak pernah tengok pun kamu sebelum ni. Lagipun, Eli tu bukannya ramai sangat pun kawan dia."

"Oh, haah. Saya memang tak pernah datang sini lagi. Tu sebab acik tak pernah tengok muka saya. Saya ni, kawan masa sekolah rendah Eli. Saya pindah dekat Terengganu sebab papa saya berhijrah."

Wanita itu menggangguk perlahan.

"Tapi, Eli takde dekat rumah. Dia kerja."

"Oh, yakah? Saya memang dah lama sangat nak jumpa dia tapi asyik tertangguh je." Umairah mula mempamer riak kecewa yang sangat plastik itu.

"Kalau macam tu, pergi jelah ke tempat kerja dia." Disebabkan rasa kesian dan atas rasa percaya yang tinggi, wanita itu bercadang untuk memudahkan urusan kawan kepada anaknya itu.

Terus segar kepala otak Umairah kerana berjaya mengambil hati ibu tersebut. Walaupun berdebar sungguh, tapi ianya membuahkan hasil juga.

****
STOK botol air yang kali keempat dia angkat, terus dia campak sehingga berderai jatuh ke lantai. Penat. Sudah berapa lama dia menjadi kuli di tempat kerja ini. Hanya kerana malas untuk mencari kerja yang lain, dia kekal juga menghadap segala beban ini.

Kalau mencari pekerjaan itu sesenang menyebut 'a', 'b', 'c', sudah lama dia tinggalkan tempat ini.

"Eli! Kau ni nak kerja ke atau nak main-main? Nak kerja, buat cara nak kerja lah. Kalau barang rosak, kau ada duit ke nak ganti?!"

Dia kaut kembali botol-botol air yang sedang bergolek entah kemana-mana. Dah satu kerja pulak kan, nak kena ambil balik botol-botol ni.

"Eli! Ada orang cari kau ni."

Aish, siapa pulak lah?!

****
"KAU siapa?"

"Tak kisahlah aku siapa. Yang penting sekarang ni, kau mesti kenal kalau aku sebut nama Melissa."

Dia melarikan pandangannya ke tempat lain. Mulutnya terkumat-kamit berbicara sendirian.

"Kau kenal kan, Melissa?"

Dengan angkuh, Elisha cuba untuk bertenang. Dia memberanikan dirinya untuk menyoal.

"Kau nak apa sebenarnya? Datang sini konon nak jumpa aku tapi tiba-tiba sebut pasal nama perempuan tu pulak."

"Tak payah nak berdolak-dalih lagi. Aku nak, esok kau bawak kawan kau yang lagi satu tu jumpa aku dekat kafe. Aku nak kau jujur segalanya tentang apa yang terjadi."

Elisha berura-ura untuk mengangkat kaki dari situ namun dihalang serta-merta. Laju saja tangan Umairah mencengkam lengan yang kurus itu dengan kuat. Menyeringai suara perempuan itu dibuatnya.

"Kau nampak ni?"

Phone aku! Macam mana pulak benda tu boleh ada dekat dia?! Memang cari pasal betullah perempuan gila ni.

"Entah berapa lama kau menyimpan duit untuk beli phone secanggih ni, kan? Tapi kalau kau nak riwayat telefon kesayangan kau ni 'habis' dalam sekelip mata, kau buatlah."

Lambat-lambat dia memberi kata setuju. Dia cuba untuk mencari helah.

"Macam mana aku nak ajak kawan aku datang esok kalau phone aku ada dekat kau?"

"Phone memang takde, tapi kaki kau masih ada kan? Kau boleh je pergi rumah dia berjalan kaki tak pun bawak motor ke.. Ingat eh, kalau kau tak datang esok ataupun kau datang sendiri tanpa dia. Habislah riwayat telefon mahal kau ni."

Tanpa membuang masa yang lebih lama lagi, Umairah sendiri yang mengangkat kaki pergi jauh dari tempat kerja perempuan itu. Melissa begitu bangga melihat keberanian yang ditampilkan oleh Umairah.

She's back.

"One more thing." Hampir saja dia terlepas pandang akan kehadiran seseorang yang sebenarnya paling penting dalam kes Melissa.

"Khairina. Bawak dia sekali."

"Tak boleh." Elisha menggeleng perlahan.

"Kenapa pulak tak boleh? Kau tahu kan yang aku tak nak dengar apa-apa alasan."

"Dia tak sihat. Dia dah lama admitted dekat Hospital Bahagia."

Umairah pandang Melissa yang mula bertukar riak wajahnya. Yeah, sudah pasti dia kecewa. Tapi, berita tersebut bukanlah satu penghalang. Apa-apa pun, kita redah je.

"Okay. Lepas kita jumpa esok, bawak aku jumpa dia."

ILUSI Where stories live. Discover now