01

73 8 1
                                    

"JK? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"JK? "

    "Jungkook ahli BTS tu ke?"

     "Obviously memang taklah. Sejak bila pulak Jungkook sekolah dekat sekolah kita ni. Entah-entah kan, nama sebenar dia, Joko."

     "Joko? Wak Joko yang uruskan kebun dekat sekolah tu ke?"

    "Seriouslah wujud orang nama Joko kat sekolah ni?"

  Tak kisahlah wujud ataupun tidak. Yang penting, coklat dan bunga tulip telah berjaya diserahkan kepada dua orang rakannya itu.

    Walau sejuta surat cinta sekalipun yang datang kepadanya, dia tidak akan tergugat apatah lagi timbul rasa cinta pada dirinya. Mungkin boleh cair untuk seketika, namun tiga saat selepas itu akan kembali menjadi pepejal semula.

    Selesai membaca isi kad tersebut, dia masukkan kembali ke dalam sampul yang telah disediakan. Betul-betul seperti orang yang tiada perasaan. Beku sahaja raut wajahnya.

    "Untungnya kau Mairah. Tak sampai sebulan kau pindah sini, dah bersampul-sampul kad cinta yang kau terima. Mesti dekat sekolah dulu, lagi ramai secret admire yang hantar benda-benda romantik macam ni, kan?"

    "Taklah. Sekolah aku yang dulu semua perempuan. Manalah nak datangnya secret admire bagai ni."

    "Eh, kau tak pernah cerita pun."

    "Cerita pasal apa?"

    "Tak tahu pun dulu kau sekolah perempuan."

    "Dah korang tak tanya. Siapa suruh tak tanya.."

   Kepala Umairah menjadi tempat untuk membalas dendam. Najiha bengang selepas diloyar-burukkan oleh rakannya sendiri.

    "Aduh. Tau tak kepala ni bahagian anggota tubuh yang sensitif. Kalau apa-apa jadi dekat otak aku, aku nak tuntut ganti rugi. Sedekah kau punya otak tu sebagai pengganti."

    Lisa menyampuk sambil tertawa.

    "Kau sure ke nak ambil otak dia.. Takut lepas tu nanti kau jadi orang yang kurang bijak je.."

    "Haah kan."

    "Ish, korang ni." Najiha protes. Dia memeluk tubuh sambil mulut muncung ke hadapan.

    "Jiha. Tu, Akmal datang tu." Bisik Umairah ke telinga.

    Kerana terlalu terkejut, Najiha terus bangun dari bangku lalu mencari-cari lokasi lelaki itu.

     "Tak nampak pun.."

"Kalau sebut pasal Akmal, laju.. Kalau suruh mengaji, macam-macam alasannya."

    Najiha betul-betul geram. Sudahlah, malas dia nak melayan dua beruk ni. Orang kata, diam itu lebih baik. Yes, betullah tu. Lebih baik diam sebelum keadaan menjadi parah.

    Kalau aku tak buat kari, aku buat sup dua dua beruk ni. Aish, dugaan hidup betul.

    "Ni lah anak muda sekarang. Cakap sikit melenting, cakap sikit merajuk."

     "Arghh!" Bunyi jeritan dari celah mana itu telah berjaya mengganggu perbualan mereka bertiga.

     Apa tu? Soal Umairah di dalam hati.

     Rasanya itu bukan suara hati Najiha. Macam kasar sangat bunyinya.

     "Korang dengar tak apa yang aku baru je dengar?"

     Najiha dan Lisa sama-sama menggangguk seolah-olah dirancang.

****
HA, sudah. Macam mana pulak rupa Ustaz Suhaimi tu. Aku manalah sempat kenal satu-persatu guru-guru yang wujud di sini. Melainkan kalau cikgu tu pernah mengajar subjek yang dia belajar ataupun pernah dia bersua muka.

    Haih..

   Lagi satu, makin lama duduk dekat kawasan ni rasa makin seram pulak. Jauh betul nak sampai ke bilik guru. Itupun kalau nasib aku baik, dapatlah jumpa Ustaz Suhaimi yang sedang aku cari. Kalau tak? Takkanlah sampai nak kena buat announcement satu dua tiga test test bagai sebab nak cari ustaz famous tu.

    Yang rasa lebih seram apabila teringat kembali situasi yang begitu genting tadi. First time seumur hidup aku dapat tengok orang histeria depan mata. Walaupun lebih kepada takut sebenarnya tapi teruja jugak. Tapi lebih kepada simpati sebenarnya.

   Kesian akak tu. Tengok pun sis dah penat. Asyik terjerit-jerit macam nak keluar anak tekak dah. Tapi pelik eh. Sekolah ni memang ada satu ustaz je ke? Patutnya kenalah simpan spare part banyak-banyak.

    Para ustaz sangat penting di saat ini tau. Nak harapkan satu ustaz tu, memang jenuhlah jawabnya.

    Eh, Umairah. Kau ni membebel je. Bila nak sampai bilik guru ni?

    Kan dah kata, jauh.. Tu sebab sempat nak membebel panjang.

      "Argh!" Jerit Umairah ketakutan.

****
"AKU rasa tak sedap hati lah."

     "Kenapa? Kau pernah rasa hati ke?"

      "Ish, kau ni. Dah berjangkit dengan Mairah ke, tiba-tiba nak buat loyar buruk masa ni."

      Najiha tertawa. Rupanya seronok juga loyar buruk dekat orang ni. Rasa macam diri ini lah pelawak tersohor di Malaysia. Kalau masuk Maharaja Lawak Mega, rasanya peluang tu amat cerah untuk tersingkir masa ujibakat tu juga.

      "Masalahnya, kenapa lama sangat Mairah ni nak cari Ustaz Suhaimi? Akak tu punya tahap kena rasuk sampaikan dah melalut entah ke mana. Tiba-tiba request nak Starbuck."

     "Itulah. Masalahnya yang kedua ni, dia tahu ke Ustaz Suhaimi tu yang mana satu?"

     Mereka berhenti daripada menyoal sesama sendiri. Lebih baik mereka mula melakukan pencarian untuk mengetahui situasi sebenar.

    "Argh!"

     Jeritan yang kuat itu dapat ditangkap kedua-dua mereka.

     "Suara Mairah kan tu?!"

     "Haah!"

     Seperti dikejar anjing, Lisa dan Najiha berlari tidak cukup tanah. Mereka risau akan keadaan Umairah.

     Jangan kata yang Umairah ternampak kelibat tu kemudian dia ditelan hidup-hidup.

    Argh, risau!

ILUSI Where stories live. Discover now