12

31 7 0
                                    

DUNIA terasa gelap. Hidup tanpa ada rakan di sisi amatlah menyedihkan. Rasa seperti hidup seorang diri di bumi. Hanya bertemankan rimbunan pokok dihiasai langit yang biru dan terik panasnya sinaran matahari.

Lebih malangnya lagi, dia kini harus berjalan kaki untuk pulang ke rumah di atas kecuaian yang dia sendiri telah lakukan. Telefon pintarnya telah kehabisan bateri dan sekarang, dia berasa sangat risau. Abang Shah pasti terkejut apabila akhirnya dia sedar bahawa ketiadaan adiknya di rumah.

Sudahlah aku langsung tidak mengkabarkan dia lokasi yang ingin aku pergi. Di saat ini, dia telah bersiap sedia mengumpul kekuatan untuk mendengar segala bebelan yang akan dilemparkan kepadanya.

Apa yang nak jadi, jadilah.

"Adik!" Tidak semena-mena tubuhnya ditolak ke pinggir jalan.

Dengan keadaan yang tercungap-cungap, wanita yang bertudung berwarna merah itu memandang ke arah matanya dengan pandangan yang tajam. Seperti mahu telan saja dia hidup-hidup di situ juga.

"Adik, kalau ada masalah dengan boyfriend sekalipun, jangan sampai nak bunuh diri dekat tengah-tengah jalan raya ni, dik."

Bunuh diri?

"Maksud akak?"

"Kalau tadi adik terlanggar terus meninggal, takpe. Tapi kalau Allah masih panjangkan lagi hidup adik kemudian ada patah riuk sana-sini, siapa yang susah? Adik jugak kan? Siapa yang risau? Keluarga adik juga, kan?"

Dia menggaru-garu bahagian kepalanya yang tiba-tiba saja terasa gatal. Dia cuba menafsir keadaan sebenar.

Tadi aku hampir kena langgar ke? Kenapa aku boleh tak perasan yang aku sedang berjalan ke arah jalan raya yang begitu sesak? Apa kena dengan aku ni sebenarnya.

Mungkin aku terlampau fikirkan masalah aku dengan Lisa kot..

"Ni, adik nak pergi mana? Kenapa jalan seorang diri?"

"Saya nak balik rumah, kak. Tapi, takde transport."

"Adik balik dengan akak lah kalau macam tu."

"Eh, tak susahkan akak ke?" Wanita itu menggeleng seraya memaut pergelangan tangan kanan Umairah.

"Tak susahkan pun."

Umairah mengerang kesakitan semasa cuba untuk bangun dari situ. Mungkin terkehel selepas kejadian tadi.

"Tahan sikit ye. Akak bawak pergi hospital, nak?"

"Eh, takpelah kak. Sikit je ni. Sapu minyak urut, elok baliklah kaki saya ni. Cukuplah saya dah susahkan akak sebab minta tolong akak hantarkan saya balik ke rumah. Tak naklah pulak ambil masa akak untuk pergi hospital pulak."

Bukan sombong, cuma terlampau segan. Lagi-lagi hendak berurusan dengan orang yang baru saja dia kenal. Kalau boleh, biarlah sakit ini dia tanggung sendirian, tidak perlu pula untuk menyusahkan orang lain.

"Iyelah. Kalau adik dah cakap macam tu, takkan lah akak nak paksa-paksa pulak kan. Kalau tak nak pergi hospital, mulut tu diam ye. Sekali akak dengar perkataan 'aduh', tanpa basa-basi akak terus hantar adik pergi hospital. Fullstop."

Umairah ketawa perlahan. Tak sangka, kelakar jugak akak ni. Maknanya kalau cakap 'sakitnya', ianya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan sama sekali, kan?

Juhara memapah remaja perempuan itu dengan berhati-hati. Sambil itu, pergerakan mata dia juga ligat memerhati keadaan kawasan sekeliling yang dipenuhi dengan kereta yang bersimpang-siur. Setibanya di tempat parkir kereta, kepalanya dia geleng perlahan.

"Bertuah punya budak. Dia boleh tidur lena dalam kereta ni. Kalau orang pecah masuk kereta ni tiba-tiba, macam mana?"

Umairah hanya memasang telinga. Dalam keadaan samar, dia melihat raut wajah seseorang yang sedang berada pada tempat pemandu. Nampak gayanya, ini lah sosok tubuh yang dimaksudkan oleh akak sebentar tadi.

ILUSI Where stories live. Discover now