26

29 6 0
                                    

"IBU. Ibu ada nampak phone Mairah tak? Mairah nak contact dengan grab ni."

Puan Khatijah seolah-olah cuba untuk memekakkan telinga. Soalan dari Umairah dia abaikan. Matanya masih melekat ke arah televisyen yang sedang memaparkan drama cinta yang tidak berkesudahan.

"Bu. Ibu nampak tak phone Mairah.." Soal Umairah sekali lagi.

"Mairah nak pergi mana? Sejak bila anak ibu ni dah pandai nak buat aktiviti dekat luar. Hari tu ajak Munir pergi sekali, last-lastnya balik sorang. Bila ibu tanya, pandai pula nak cipta alasan macam-macam."

Umairah mengeluh panjang. Dia kembali mencari lokasi telefon pintarnya di setiap sudut ruang rumah.

"Ibu simpan telefon Mairah." Ujar Puan Khatijah dengan nada yang mendatar.

"Ibu.. Mairah ada hal penting ni. Please lah bu, bagi balik phone Mairah. Lagipun, Mairah bukannya budak-budak lagi yang nak kena sorokkan phone." Protes Umairah. Mimik muka yang masam itu saja dipamer.

"Hal penting apa sangat sampaikan kecewa sangat ni ibu tengok. Kalau Mairah jujur dengan ibu, ibu takkan buat macam ni tau."

Fine. Kalau inilah yang nak kena aku hadap harini, redah jelah. Takde phone pun, boleh hidup lagi lah.

Dia naik ke bilik tidur semula untuk mengambil beg tangan dan telefon milik Elisha. Beberapa minit kemudian, dia kembali turun ke tingkat satu lalu terus menonong keluar.

"Mairah, masuk balik ibu kata?!"

Dia mencapai remote controller lalu menekan punat 'off'. Sakit hati aku. Makin menjadi-jadi anak dara sorang ni. Apa lah yang penting sangat sampaikan sanggup juga nak keluar.

Telefon yang berada di atas meja dia capai. Lincah tangannya menaip sesuatu sebelum skrin telefon dia dekatkan mengena corong telinga.

"Hello, Arman."

****
"AKU rasa kau dah kena tipu ni, Eli. Dah nak hampir satu jam kita tunggu, tak muncul-muncul jugak."

Kalau betul minah tu tipu, memang cari pasal lah. Dia belum kenal lagi aku siapa. Dia fikir aku ni lemah sangat sampai boleh dia perbodohkan macam hamba abdi?

"Phone aku ada dekat perempuan tu, mana boleh blah macam tu je."

"Dahtu, kau nak tunggu lagi lah ni. Haish. Menyusahkan betullah. Ni semua sebab Khai tau. Dia elok dekat Hospital Bahagia tu, kita kat sini kena ugut bagai nak rak."

"Ish, kau diam boleh tak?! Aku tengah serabut ni. Walau apa sekalipun, Khai tu kawan kita jugak."

Helena dah tak mampu untuk menunggu lebih lama lagi. Sudah penat matanya harus memandang berulang-ulang kali pelanggan yang masuk dan keluar dari kafe. Tekaknya semakin lama semakin haus.

"Aku tak nak tau tunggu orang tu sampai kena berlapar. Aku nak ambil order lagi. Perut aku dah meragam minta diisi."

Sukahati kau lah Helena. Asalkan kau tak beredar pun dah cukup baik.

"Tapi, kau belanja lah."

"Okay-okay. Fine. Pergilah melantak sampai perut kau kedepan."

Setelah lama menunggu, ketibaan Umairah cukup membuat kedua-dua matanya segar kembali. Helena yang sedang berselera mengisi perutnya yang kosong langsung tidak menghiraukan Umairah.

"So, kaulah Helena."

"Mana Khai?" Tanya Umairah polos.

"Kan aku dah kata, dia dekat hospital. Kau jangan nak berbasa-basi sangat boleh tak? Dahlah datang lambat, lepas tu nak tanya macam-macam lagi."

"Chilllah. Bagi aku tarik nafas dalam-dalam dulu. Dahlah susah betul zaman sekarang nak cari teksi."

Sinis senyuman yang dia lemparkan. Gaya je macam orang berada, tapi transport pun takde.

"Ada aku kisah ke kau penat ke, tak ke? Straight to the point jelah, kau nak apa sebenarnya. Kau nak tahu apa lagi. Apalagi yang kau nak korek. Aku takde masa lah nak hadap muka kau lama-lama dekat sini."

"Mana mayat Melissa? Dekat mana korang tanam dia ataupun korang sorok dia."

Helena hilang selera makan. Dia mula menatap wajah Elisha yang kosong tanpa reaksi.

"Kau siapa? Macam mana kau tahu pasal Melissa."

Umairah seolah-olah sedang dirasuk. Dia mula bergelak ketawa dengan nada yang sungguh menjengkelkan.

"Aku Melissa.."

Yeap. Melissa sedang mengambil alih tubuh Umairah dalam sekelip mata.

*****
HOSPITAL BAHAGIA

"Kitorang berdua langsung tak tahu lokasi Melissa sekarang ni. Masa tu kitorang hanya ditugaskan untuk ikat tangan dan kaki Melissa lepas tu masukkan dia dalam sebuah bagasi. Kerja kami selesai dan Khai suruh kitorang balik."

Alasan yang tak munasabah. Tak tahu sama ada nak percaya atau pun tak, tapi kalau melihatkan mimik muka mereka yang begitu naif itu sepertinya pernyataan tersebut mungkin benar.

Namun, dia tidak boleh semudah itu melepaskan mereka berdua.

"Selagi Khai tak bagi tahu aku lokasi Melissa, selagi tu phone Eli akan berada di bawah genggaman aku. Dan kau Helena. Segala rahsia kau ada dalam poket aku. Aku tahu yang kau sekarang tengah buat kerja haram tanpa pengetahuan mak ayah kau. Kalau kau nak kena tangkap polis, kau cuba lah untuk larikan diri daripada aku. "

Kerja haram, yang dia lakukan sejak beberapa tahun yang lalu. Kegiatan mengedar darah telah membawa dia ke lembah kekayaan secara drastik. Setiap hari dia keluar dari rumah kononnya sedang berkerja di sebuah hotel terkemuka namun itu hanyalah tipu muslihat. Semata-mata gilakan harta dan kekayaan, kehidupan sendiri menjadi taruhan.

Dari jauh, dia merenung Khairina yang sedang termenung sendirian. Mungkin sampai sekarang, dia masih sukar untuk melupakan kejadian itu. Waktu tidurnya pasti terganggu. Lihat saja dari sosok tubuh yang agak kurus itu, sudah berapa lama dia hilang selera makan.

"Mairah. Kau buat apa dekat sini?"

Arman.

"Sejak bila kau ada kawan yang duduk dekat sini?"

"Tak penting."

"Oh.. Tapi, kau tahu kan apa yang kau buat ni salah. Kau keluar rumah macam tu je. Takde nak bagitahu pergi mana, pergi dengan siapa. Tahu-tahu menonong je keluar macam orang yang tiada adab. Kau dah berubah terlalu banyak, kau sedar tak Mairah?"

Sedar. Sangat sedar.

"Kau selalu buat orang tertanya-tanya. Kau selalu buat orang risau. Kau selalu buat keputusan sendiri. Mairah, kau masih belum cukup dewasa. Kau masih ada keluarga. Kalau betul kau ada masalah, share dekat kitorang. Jangan pendam sorang-sorang. Aku just nak kau tahu yang kami semua kisah pasal kau. Sayangkan kau.. "

Umairah mula dihimpit kesedihan. Sudah terlalu lama dia menyimpan beban ini seorang diri. Mungkin, dah tiba masanya untuk dia ceritakan pada insan yang paling dia percayai selama ini.

"Abang Arman."

Arman menyapu linangan air mata itu dengan lembut. Kali ini, Umairah menggapai tangan yang sebelah lagi lalu dia genggam erat.

"Suatu hari Mairah pernah musnahkan kepercayaan seseorang. Langgar sesuatu yang dia tegah."

Kalau lah aku tak masuk ke tempat tu..

Kalau lah aku dengar cakap Lisa masa tu..

Kalau lah aku tak boleh nampak Melissa..

"Abang Arman..tahu kan yang Mairah sayang sangat dekat abang. Kalau kita berdua terpaksa berjauhan suatu hari nanti, doakan Mairah selalu ye."

Hanya air mata yang dia mampu keluarkan lagi. Tiada cerita, yang patut dia perjelaskan. Dia penat untuk mempamer cerita kebodohannya itu kepada sesiapa.

" Mairah, kita jumpa psikiatri? "

" Aku tak gila, Arman.. "

"Jumpa psikiatri tak bermakna kau gila, Mairah."

Ye, Arman. Kau sedang akui itu. 

ILUSI Where stories live. Discover now