07

34 7 0
                                    

BENAR jangkaan aku, ibu pasti akan menegur tentang penampilan aku pada hari ini. Yelah, mesti dia terkejut kerana melihat keadaan anaknya yang seperti mayat hidup.

   "Ibu, petang ni ada kelas tambahan."

    "Nanti biar abang Arman yang hantarkan, okay? Alang-alang dia cuti seminggu ni."

    "Alah, ibu. Arman baru plan nak dating."

    "Eleh, awek pun takde."

    Ceit. Kau fikir disebabkan kau adik aku, aku nak cerita semua benda dekat kau ke..

    "Takde-takde. Ibu tak kira. Arman bagitahu lah dekat girlfriend Arman tu, minta cancel hari ni. Nak dating, bila-bila boleh kan? Siapa lagi yang ibu nak harapkan kalau bukan Arman yang nak tolong urus adik kamu ni."

    "Yelah, ibu.. Kau class start pukul berapa?" Soal Arman dengan nada malas.

    "Pukul 2."

    "Okay, kalau macam tu lepas je kau solat Zuhur kita terus gerak. Kau lambat, tinggal."

   Ish, tak puas hati betullah. Aku ni adik dia, takkanlah tak boleh nak bertolak ansur sikit. Kalau girlfriend lambat berjam-jam, boleh pula nak tunggu. Dengan adik sendiri, satu saat pun berkira.

    Tak suka betullah. Kenapa lah Arman yang dapat cuti? Kenapa bukan Shah yang dapat cuti? Kalau dengan dia, betul-betul terasa seperti aku ni adik kesayangan tau. Apa yang aku nak, semua dia beri. Arman ni je, lain.

    Entah-entah dia ni sebenarnya anak angkat ibu dengan ayah. Yelah, perangai tak match langsung dengan kami anak-beranak. Dahlah tak handsome!

   "Ibu, tengok Arman ni. Ish, ibu percaya ke dengan anak ibu yang tak handsome ni? Belum apa-apa lagi, dah nak tinggalkan Mairah."

   Meluat pulak aku tengok anak-anak yang  tak berapa comel ni bergaduh. Baik aku pergi beri makan kucing kesayangan yang sedang kelaparan daripada berlama-lamaan di sini.

*****
"INGAT eh, kau lambat aku tinggal. " Sudah berapa kali dia harus mendengar perkara yang sama. Dah macam radio bergerak.

    Mungkin Arman ni fikir bahawa Umairah masih pelajar sekolah rendah yang perlu diingatkan beberapa ribu kali. Bosan! Baru sehari Arman kembali ke rumah, dia sudah muak.

    "Dengar tak ni?"

    "Iyelah! Pergilah balik. Tadi gatal sangat kan, nak dating. Kang kalau terlambat satu saat, girlfriend kau meroyan pulak. Tak pasal-pasal ada yang broken kejap lagi."

    Sesi bersalam-salaman dia tinggalkan. Mesti Arman bengang dengan aku. Eh, kisah pulak. Aku cuma nak ingatkan dia supaya dia hidup menjadi seorang yang menepati masa. Terlajak kata, terlajak masa. Buruk padahnya.

   Tanpa membuang masa, Arman bergegas memandu keretanya meninggalkan Umairah di tepi jalan. Bercakap dengan orang perempuan ni, bukan boleh menang pun.

    Sambil ketawa sendirian, dia mendail nombor telefon seseorang.

    "Hello, Lisa. Kau dah sampai ke?"

    "Aku tak dapat datang petang ni. Ada hal."

     What! Kalau aku tahu dari awal, memang taklah aku nak datang tuition petang ni. Sudahlah subjek Sejarah. Sejarah cinta kita pun tak mahu lagi ingat, apatah lagi sejarah negara sendiri.

    "Sampai hati kau kan tak bagi tahu aku. Abang aku dahlah baru je balik tinggalkan aku."

    "Alah, buat apa nak balik. Alang-alang dah sampai tu, join jelah. Bukannya rugi pun."

ILUSI Where stories live. Discover now