29

33 4 0
                                    

"MACAM mana kau boleh tahu pasal Melissa? Dia.."

"Dia something yang orang lain tak boleh nampak, right?" Tebak Lisa dengan penuh yakin.

"Dia, kakak aku. Ariana Melissa."

Bukan rahang saja yang macam nak jatuh, jantung pun rasa nak gugur dah ni. Ke'mengarut'an apakah ini!

"Aku tak boleh nampak dia but aku yakin Melissa yang selama ni kau jumpa, kau sembang, itu adalah dia. Then, kau nak tahu sangat kan kenapa aku beria halang kau masuk ke tempat tu?"

Angguk sajalah. Nak geleng apa lagi. Tak tahulah sekarang ni otak masih berfungsi ataupun tak. Blur semacam je aku ni.

"Aku dengar banyak sangat rumors pasal kelibat itulah, inilah and masa tu aku tidaklah terlampau suspect yang itu adalah dia. Cuma, once aku dengar cerita daripada someone yang boleh tengok benda-benda halus ni, masa tu aku betul-betul percaya yang dia tu Melissa. "

"Dia akan bawak pengaruh yang tak baik. Dia cuba jugak untuk minta bantuan orang yang masih hidup ni untuk bantu dia balas dendam atas apa yang terjadi pada dia. Dengar cerita orang ramai, memang buat aku tak senang duduk. Sebab tu aku marah sangat lepas dapat tahu yang kau masuk ke makmal tu. "

Alkisahnya.. Tapi, aku masih musykil dengan satu benda.

"Aku ingatkan, kau dah pernah masuk makmal tu.. Yelah, setakat nak dengar je apa yang orang lain cakap."

"Aku tak bodoh macam kau! Aku masih fikir hari yang mendatang. Cuba bayangkan kalau apa-apa jadi dekat aku, tak ke makin sedih ibu aku nanti. Dahlah Melissa anak kesayangan dia dah hilang tanpa jejak. Walaupun sometimes aku rasa marah sangat dengan ibu, tapi aku sendiri takkan tergamak nak biarkan hidup ibu lebih menderita. Aku sedar, kehadiran aku dalam hidup dia tidaklah begitu berharga seperti mana Melissa.. "

Lisa mulai rasa sebak. Umairah masih fokus dengan penceritaan Lisa yang masih belum jumpa penghujungnya.

"Tapi aku masih sedar hakikat yang aku sangat sayangkan ibu. Aku sanggup buat apa saja asalkan dia gembira."

"Termasuk dengan pindah rumah?" Tanya Umairah.

"Ye.." Jawab Lisa dengan nada yang lemah.

Umairah masih memandang wajahnya dengan pandangan yang dia sendiri tidak tahu. Pasti Mairah tidak boleh menerima segala penjelasan. Kepercayaan yang dia pernah berikan telah dimusnahkan dengan perilakunya sendiri.

Pasti sudah banyak penderitaan yang Umairah hadapi selama ini sampaikan sukar sangat untuk dia terima dengan hati yang terbuka.

Apa pun keputusan kau Mairah, mungkin itu lah yang terbaik. Namun tidak salah jugak kan untuk aku berharap semoga masih ada sinar kemaafan agar persahabatan kita berdua dapat terjalin seperti dulu.

"Lisa.. Sejujurnya, apa yang jadi terhadap hubungan kita berdua selama ni memang buat aku jadi tidak tentu arah. Hidup aku rasa kosong bila kau takde. Kalau kau pergi dari hidup aku, belum tentu lagi masih akan ada yang datang untuk menemani hidup aku selepas itu. "

" I feel so bad bila aku ambil mudah dengan kata-kata kau. I feel more bad bila kau pergi tinggalkan aku atas kesilapan yang telah aku perbuat. I feel so useless bila aku tengok kau yang harus menerima tikaman tu, bukan aku. "

Sepatutnya, sudah lama dia telah ditanam di dalam kubur jika kejadian itu mengena padanya. Ketika itu, tindakan Lisa yang tiba-tiba saja menerpa lalu ditikam membuatkan emosinya tidak tentu arah. Dia sangat takut dengan kehilangan Lisa apatah lagi untuk selama-lamanya.

Dia rasa gembira sangat apabila menerima perkhabaran tentang kondisi Lisa yang telah sedar daripada koma. Namun, atas rasa ego yang begitu tinggi. Dia buang jauh-jauh niat untuk melawat gadis itu. Sehingga sekarang, Lisa sendiri yang berusaha mencarinya, dan bukannya dia.

ILUSI Where stories live. Discover now