18

28 5 0
                                    

"Ayah.."

"Ye, Mairah."

"Ayah setuju ke dengan keputusan Mairah tadi?"

Setelah lama dia berfikir semalaman, keputusan yang muktamad telah dia putuskan. Bukan sebab Melissa, tetapi yang paling utamanya ialah penerimaan untuk dirinya sendiri. Bagi dia, isu disisihkan oleh para pelajar yang lain itu dia boleh tolak ke tepi.

Asalkan, sudah tiada lagi yang akan mengambil kesempatan di atas kelemahannya. Mungkin agak kejam untuk dia berkata sebegini, tetapi kadangkala dia merasakan bahawa pertolongan Melissa tempoh hari agak membuat dia terharu.

Walaupun, pada hakikatnya tindakan Melissa itu sangatlah tidak baik. Membunuh seseorang secara halus.

"Selagi mana ianya perkara yang baik untuk anak ayah, ayah akan setuju. Cuma, ayah harap lepas ni Mairah boleh jaga sikap and please jangan kecewakan ayah."

"InshaAllah, ayah.." Kepalanya diusap perlahan-lahan.

Pintu pagar sekolah masih terbuka luas. Syukur, tidak terlewat. Tak tahu lah atas faktor apa sehinggakan ayah terlupa pula lorong jalan nak ke sekolah.

Nak kata jarang hantar atau ambil tu, memang ada benarnya juga. Mungkin juga kerana faktor umur yang semakin meningkat. Atau juga kerana terlalu banyak perkara yang dia fikirkan di dalam kotak fikirannya.

Tidak kisahlah apa sebab sekalipun, yang penting kau kena keluar cepat-cepat dari kereta. Masa berjalan woi. Seketika dia sudah menutup pintu kereta, dia teringat sesuatu.

Tangannya laju membuka pintu yang masih belum berkunci.

"Ayah."

"Ye, Mairah. Ada tertinggal barang ke?"

"I love you, ayah." Mini love dia tujukan kepada Encik Mahmud. Tidak sangka, ayahnya tahu trend sekarang.

Perutnya sakit melayan tawa apabila Encik Mahmud membalas balik mini love itu kembali.

Aduhai. Lain macam ayah aku sekarang.

*****
Macam biasa. Subjek Pendidikan Jasmani merupakan subjek yang paling dia sukai sejak dari dulu. Bukan kerana aktiviti pembelajarannya tetapi aktiviti di padangnya.

Laju sahaja dia merembat bola yang masih tidak bertuan. Setiap pelajar dibenarkan melakukan aktiviti yang mereka kehendaki. Tidak kisahlah, nak main sukan apa pun.

Bola sepak, badminton, bola baling mahupun bola keranjang. Kedengaran sungguh menyeronokkan, bukan? Tetapi percayalah. Tak pernah lagi dia rasa puas bermain walaupun sendirian. Tahu-tahu saja sudah habis waktu.

Sekejap betul. Kalaulah diberi masa sekurang-kurangnya satu jam, baguslah jugak.

"Mairah."

Munir, selaku ketua kelas dan juga jiran sebelah rumah mula menegurnya.

"Kenapa?"

"Aku ada nak cakap sikit dengan kau."

"Alah, tak nampak ke aku tengah nak shoot bola ni." Jaring bola keranjang itu dia tatap dengan penuh fokus.

Namun, fokusnya hilang di saat Munir merampas bola yang berada di tangannya secara tiba-tiba.

"Munir!"

"Bagilah balik."

Bola tersebut masih berjaya dierat kemas oleh Munir. Kerana tidak mahu dianggap mencari perhatian, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk bermain bola.

Dia terus meninggalkan Munir begitu sahaja.

"Mairah!" Panggil Munir sekuat hati. Sambil dia mengejar Umairah dari belakang, tanpa sedar dia terus terjatuh dalam keadaan tertiarap.

ILUSI Where stories live. Discover now