17

32 6 0
                                    

"Hai.. " Kehadiran Melissa sungguh mengejutkan. Sudahlah bajunya serba putih. Senyum tawanya juga begitu ikhlas sekali.

"Mairah macam mana? Dah okay ke?"

Umairah menggangguk perlahan. Badannya masih terbaring di atas katil hospital. Tidak larat untuk bangun. Sekali-sekala dia pusing arah badannya ke kiri dan ke kanan bagi menghilangkan rasa lenguh di belakang badan.

"Melissa.."

"Ye?"

"Ibu dengan ayah mana?"

Dia melihat pergerakan mata Melissa, sepertinya sedang memandang ke arah luar wad. Umairah menebak, mungkin di situ lah lokasi ibu dan ayahnya berada.

"Kenapa ibu dengan ayah tak masuk?"

"Dah.. Baru je tadi. Sekarang ni, giliran saya pulak nak melawat awak. Boleh kan?"

"Boleh." Melissa cuba mencapai pergelangan tangan Umairah yang cedera itu. Langsung tiada rasa sakit. Kalau Melissa tidak menyentuhnya, pasti Umairah betul-betul lupa akan hal itu.

"Kenapa Mairah cederakan diri sendiri sampai macam ni sekali? Mesti sakit kan?" Rintih Melissa.

"Melissa risaukan saya ke?"

"Mestilah. Saya sayang awak sangat tau!"

****
Setelah beberapa hari berlalu, pihak hospital telah membenarkan Umairah untuk pulang ke rumah. Kesihatan Umairah juga ketika itu sudah semakin membaik. Waktu makan juga dikawal dengan rapi. Sikapnya juga dalam keadaan yang bagus.

Senang sedikit hati Puan Khatijah melihat perkembangan anaknya yang semakin baik dari hari ke hari. Dia juga perhati sikap anak gadis itu yang asyik tersenyum. Dah ada mood, sampai ke telinga kalau boleh dia nak senyum.

Syukur, Ya Allah. Semoga kebahagiaan yang dapat dirasainya ketika ini berpanjangan hendaknya.

"Mairah. Ibu nak cakap sikit ni." Ujar Puan Khatijah saat sesi makan malam sedang berjalan. Shah dan Arman sungguh berselera mengisi perut masing-masing sampaikan tak tengok dah kiri kanan.

Mentang-mentang ada lauk kegemaran. Kalau dah terhidang menu sambal udang petai, orang lain nak ambil pun takut. Menjegil saja mata dua manusia tu.

"Ye, bu. Cakaplah." Mairah sedang sibuk mengopek kulit udang menggunakan tangan kanannya.

"Ibu ada plan, nak pindahkan Mairah ke sekolah yang baru."

"Kenapa, bu. Ibu tak suka ke dengan sekolah Mairah yang sekarang?" Saja dia bertanya untuk kepastian.

"Bukan tak suka cuma ibu rasa tak salah kan kalau anak ibu ambil suasana yang baru."

Senyap. Tak tahu kenapa, hatinya rasa sangat berat untuk beri kata setuju. Kalau diikutkan, tiada apa yang istimewa pun di sekolah tu. Rata-rata rakan sekelasnya seakan-akan tidak suka dengan kehadiran dia ke sekolah itu. Padahal, rambut sama hitam, hati je lain-lain.

Tapi, betullah tu. Disebabkan sifat hati yang lain-lain itu lah membuatkan dia rasa kosong. Orang boleh melabel dia hanya kerana status. Status sebagai 'budak bandar'. Itu lah, rajin sangat layan drama sehinggakan terpengaruh sampai ke dunia sebenar. Bukannnya nak back up 'orang bandar' ni baik dan lebih baik dari 'orang kampung'.

Bagi aku, kita tak berhak untuk judge orang hanya dari segi pangkat, keturunan, status, mahupun gaya hidup seseorang. Di mana juga kita berada, kita cuma harus berpegang kepada prinsip, orang yang aku jumpa itu mungkin lebih baik dari aku.

Aku ini banyak khilafnya berbanding dia.

Aku juga sedar, aku tidaklah baik mana orangnya. Bukan sesekali aku berbuat kesilapan, malahan terlalu banyak.

Tapi, tidak bermakna aku akan senang hati dengan tanggapan buruk orang lain terhadap aku. Jadi, disebabkan itu aku cuba untuk bersikap positif. Macam mana aku tak suka orang melabel aku, 'itu' dan 'ini', begitu juga lah apa yang orang lain inginkan daripada aku.

"Nantilah Mairah fikirkan.. Mairah tak boleh lagi beri jawapannya sekarang. Ibu boleh tunggu kan?"

"Baiklah. Tapi jangan lama sangat fikir, okay? Ibu terima saja apa keputusan yang Mairah akan buat as long as ianya terbaik untuk anak ibu."

"Terima kasih, ibu.."

Melissa akhirnya tiba di ruang makan. Nampak gayanya, dia telah dengar segalanya. Wajah muram yang dia tayang mengetuk pintu hati Umairah sekali lagi.

Patutkah aku pindah, Melissa.

"Arman, lama ke kamu cuti?"

"Esok balik dah, ibu."

"Awalnya, balik." Umairah pandang gerak-geri Arman yang lincah mencedok nasi.

Rasanya, dah dua kali tambah. Masuk kali ni, dah tiga round dia bedal. Ada saka ke apa, abang Arman ni.

"Awal lah, bu. Sekarang ni, tengah fokus nak cari duit untuk bina masjid."

"Eh, wah. Abang Arman nak bina masjid? Banyak pulak duit abang.."

"Bukan masjid tempat orang solat tu lah Mairah oi.." Sampuk Shah sambil ketawa riang.

Bahu Arman dia tepuk seperti hendak campak terus orang tu ke luar rumah. Punyalah kuat. Berdesing bunyinya!

"Adoi, kau ni. Aku tahulah badan aku ni sasa, tapi ni masih kulit manusia. Bukan kulit buaya."

"Oh, kau senyap-senyap nak kahwin dengan anak dara orang. Cantik ke awek kau tu? Dia ada adik tak?"

Encik Mahmud terbatuk perlahan. Ada yang sebut lah tu.

"Amboi, Shah. Belajar pun tak habis lagi, dah menggatal. Nak bagi makan anak dara orang pakai apa? Pakai air liur?"

"Alah, ayah. Orang kata rezeki bila dah kahwin ni, pasti ada ayah, inshaAllah."

"Memanglah. Tapi, kalau tak usaha, ingat rezeki tu nak datang bergolek je ke?"

Tampak riak tak puas hati Shah terhadap apa yang diujarkan oleh ayah baru tadi. Betullah kata ayah tu, abang Shah tak boleh kahwin lagi.

Siapa yang nak aku paw, kalau dia dah kahwin?

Hehe..

"Kau sengih-sengih macam ada anak raja baru minang kau ni, dah kenapa? Kau pun setuju kan, tak nak aku kahwin lagi?"

Alah, sensitif betul Shah gedik ni. Sepak karang tau lah.

****
"Melissa, kenapa pandang saya macam tu?"

"Awak nak pindah sekolah ke?"

Kedua-dua bahu diangkat seraya mulut dimuncungkan kehadapan.

"Entahlah. Saya berat hati sebenarnya."

"Kenapa?"

Wajah Melissa yang cemberut itu ditatap sepenuhnya.

"Awak pulak, kenapa macam sedih sangat je? Awak ada fikir sesuatu ke?"

Keluhan dia lepaskan. Badannya pula digerakkan menuju ke ruang tingkap. Beberapa saat kemudian, dia melontarkan apa yang terbuku di hatinya saat ini.

"Saya cuma harapkan awak sorang saja setakat ini untuk bantu saya. Kalau awak dah pindah, mesti segala perancangan saya gagal serta-merta dan itu buatkan saya makin rasa kecewa dan putus asa."

"Apa maksud awak? Awak cuba untuk manfaatkan saya, betul kan?"

Dia menoleh ke belakang. Lalu, perlahan-lahan dia hampiri sosok tubuh itu dan dipeluk erat.

"Saya harap awak boleh bantu saya. Untuk cari tahu, siapa dalang di sebalik kes pembunuhan yang melibatkan seorang pelajar perempuan tiga tahun yang lalu."

Ye, itu aku. Melissa. Pelajar yang teruk dibuli oleh sekumpulan pelajar senior sehinggakan nyawanya dianggap sebagai mainan.

"Kenapa awak mintak tolong saya?

"Sebab awak je tak takut dengan saya."

"Kalau saya tak boleh bantu awak?"

Bahagian belakang Umairah ditepuk-tepuk sambil dirinya terbuai dengan keasyikan yang mendalam. Fikirannya terus terbayang saat-saat kemenangan yang bakal dia hadapi satu hari nanti.

"Saya pasti, awak boleh.."

ILUSI Where stories live. Discover now