03

47 5 0
                                    

SEMUANYA berlaku dengan sangat pantas. Sedar-sedar sahaja dia telah berada di hospital dengan kepala dan tangan kanan yang berbalut. Sehingga sekarang dia tidak tahu perihal keadaan ibu dan ayahnya.

    Dia masih trauma dengan apa yang terjadi. Setiap kali dia cuba mengingat kembali keadaan yang sangat mencemaskan itu, jantungnya mulai berdebar-debar tidak tentu arah. Dia teramat takut jika dia harus menerima berita yang sangat-sangat ingin dia elakkan.

  "Jiha!"

    Tidak tergambar betapa leganya dia pada saat kedua-dua rakan baiknya datang.

   "Jiha, sorry.." Umairah mula mengatur bicara.

   "Mairah, aku yang patut say sorry dekat kau. Mungkin apa yang aku hadapi sekarang ni merupakan kifarah yang Tuhan dah bagi dekat aku atas perbuatan aku dekat kau."

   Nada sedih yang keluar dari mulut Najiha sekaligus telah membuatkan tiga figura itu mula mengalirkan air mata.

   "Janganlah cakap macam tu.. Aku tak terasa pun."

   Even ada lah sikit.

   "Yang penting sekarang ni, kita bertiga sama-sama doakan yang terbaik untuk parents Najiha."

    Lisa angguk tanda setuju. Kedua-dua tangan dia depakan bagi memberi ruang kepada dua orang manusia gedik di hadapannya mengisi ruang tersebut dengan pelukan yang hangat.

*****
BERAPA banyak buku nak kena settlekan ni?

    Satu. Adlina Binti Hashim.

    Dua. Murni Binti Khashruddin

    Tiga. Olivia Baiduri Binti Mahmud.

   Gila. Dahlah subjek Bahasa Melayu. Mahu patah tangan aku dibuatnya kalau nak tulis perenggan berjela-jela.

    Ting!

Mesej daripada Lisa.

Lisa:
Najiha chat aku.
Katanya mak dengan ayah dia tengah kritikal.

    Buku panjang milik si pembuli dia tolak ke tepi.

    Kerana malas untuk menaip, dia cuba menelefon Lisa menggunakan aplikasi Whatsapp.

  "Hello, Lisa."

  "Ha, ye."

     "Aku tak sedap hati lah."

    "Ish, kau ni. Kau doakan lah yang baik-baik. Ustaz kan selalu kata, kalau kita fikir yang baik-baik inshaAllah yang baik-baik juga hasilnya."

    "Tahu, tapi.. entahlah."

    Lain macam je Umairah malam-malam macam ni. Penat sangat kot.

    "Kau penat ni, Umairah. Tu sebab kau fikir bukan-bukan ni."

    "Haah. Trio Micin tu buli aku lagi. Sekarang ni aku tengah dilema sama ada nak buat apa yang mereka suruh ni ataupun tak. Aku betul-betul dah tak larat ni. Katil aku yang empuk tu dah berapa kali panggil aku suruh aku landing atas dia."

   Lisa terhibur.

    Kadang-kadang aku pelik juga. Kenapalah geng Trio Micin tu suka sangat buli insan yang bernama Umairah ni. Walaupun aku memang tahu yang sebenarnya mereka bertiga tu tak suka dengan kehadiran orang bandar seperti Umairah ni.

    Entah kenapa anti sangat dengan orang-orang bandar yang sekolah dekat situ. Padahal tak semua orang bandar tu belagak, sombong, gedik seperti yang mereka fikirkan.

ILUSI Where stories live. Discover now