"Awak nak keluar pergi mana?" Tanya April yang masih berbalut dengan robe mandi.

"Keluar pergi office sekejap. Ada kerja. Kau duduk rumah okay? Jaga diri. Aku dah siap goreng bihun dekat dapur tu. Makanlah, jangan tak makan pula" pesan Qays.

"Oh okay, awak pun jaga diri" April menyua tangan mahu menyalam tangan Qays. Boleh tahan juga muka terkejut Qays tika itu. Tak pernah-pernah April sudi menyentuhnya.

"Jangan balik lewat-lewat sangat tau" pesan April lalu tanpa aba-aba dia menjengket sedikit mencium pipi Qays. Lagilah Qays terkejut beruk.

Dahi April dijentik manja. Qays pun membalas semula dengan mengucup puncak hidung April.

"Jangan nak buat aku berat hati nak tinggalkan kau, Belle. Aku pergi dulu ni, bye. Duduk rumah elok-elok" pamit Qays dan April hanya tersenyum biasa.

Mimpi apa entah dia sampai berani berbuat demikian pada Qays. Pucat lesi wajah lelaki itu tadi sebab terlalu terkejut.

Siap menjamah bihun yang dimasak Qays, loceng rumah pula berbunyi tanda ada orang bertandang di rumah. Tudung segera yang memang disediakan di penyangkut April capai.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumsalam, eh Syed Aqmar. Cari Qays ke?" Tanya April kekok.

"Haah, dia ada tak? ada hal sikit ni" Syed Aqmar nampak serius walaupun dengan April.

"Qays ada di pejabat. Ada kerja katanya" beritahu April dan wajah Syed Aqmar terkejut sedikit.

"Oh ek? I pun baru je balik dari office dia tapi dia tak ada di sana. Itu yang I direct datang sini. Kalau macamtu, tak apalah. I balik dulu. Sorry ganggu you April" waktu itu April sudah tercengang.

Siapa yang tipu siapa ni?

Melihat Syed Aqmar yang sudah berlalu pergi ke kereta itu mengundang rasa tidak sedap hati.














          PLASTIK ubat-ubatan yang disorok Qays haritu akhirnya dijumpai April. Sampai ke dalam wardrobe ya Qays sorrokkan. Satu persatu kotak ubat tersebut dibelek. Dibuka melihat isinya, hanya satu tablet saja yang terluak.

Entahlah, tetapi jantung April dihurung rasa yang tidak enak. Semua ini ubat apa? Kalau demam tak ada satu pun yang ditulis paracetamol ke apa. Telefon dia capai lalu menggunakan kuasa encik google untuk membantu menjawab pertanyaanya itu.

"Kau buat apa ni?!" Qays merampas kasar ubat yang ada di tangan April. Wajah lelaki itu berubah tegang.

"Qays...aw-awak—" April menggigil dengan mata yang sudah berair. Dia pekup mulutnya dengan tangan.

"Simpan, tak payah duk periksa ubat-ubat aku ni" arah Qays tegas.

"Awak sakit kan sebenarnya? Awak sakit apa Qays? Tadi awak tipu saya kan? Awak bukan ke pejabat tapi awak pergi ke lain kan? Jawab saya Qays!" Lengan Qays digoncang mendesak lelaki itu menjawab semua soalannya.

"Kau cakap apa ni? Tak faham aku" Qays mengelak malas.

"Jawab saya Syed Qays Jareed! Awak sembunyikan apa dari saya? Awak tipu saya!" Desak April yang ingin mengamuk lagi sekali. Lengan Qays ditampar.

"Yes memang aku sakit! Kenapa?" Akhirnya Qays mengaku juga.

April menunduk menahan air mata yang ingin mengalir sehingga menggeletar bibirnya waktu itu.

"Awak sakit apa Qays? Awak tipu! Saya bencikan awak!" Tubuh Qays ditolak kasar.

Entah mengapa, hati April dirudung hiba dan sakit hati sangat. Dia jadi tidak boleh untuk menerima kenyataan bahawa lelaki itu benar-benar sakit.

"Aku akan tunaikan janji aku. Tapi bukan sekarang. Mungkin akan tiba masanya, kau akan bebas." jawab Qays mendatar. Mata lelaki itu berkaca.

April terdiam. Tubuhnya statik memandang Qays seakan tidak percaya. Apa yang baru diungkapkan Qays seakan petir yang menyambar.

"Aku akan tunaikan janji aku yang kau tuntut sangat selama ni. Kenapa? Tak percaya?" Ulang Qays lagi dan April menggeleng menidakkannya.

"Waktu tu, aku izinkan kau cari kebahagian kau sendiri. Jadi aku minta, sebelum masa tu tiba aku harap kau mampu bertahan sikit saja lagi. Tak lama dah Belle, tak lam—"

"Diam! Cakap lagi saya tampar muka awak Qays" jerit April.

"Betul lah orang cakap perempuan ni susah nak faham. Dulu kau yang tuntut sangat perpisahan. Jadi bila aku cuba untuk ikhlaskan semuanya kau pula yang suruh aku diam. Aku tak mungkin lupa janji aku Belle. Aku akan—"

Pang!

Terteleng wajah Qays ke sisi selepas ditampar April kuat.

"Saya benci awak Qays..."

Setitis air mata Syed Qays Jareed menitis. Kenapa serumit ini untuk dia lepaskan wanita bernama April Isabelle Binti Habsyar?

Ya Allah.....















TBC.

Kau Lupa Janji [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora