SYED AQMAR melangkah masuk ke dalam pejabat sepupunya itu bersama sekeping sampul surat di tangan. Kemudian, sampul tersebut disua betul-betul depan muka Qays. Tajam saja tenungan lelaki bermata zamrud itu.

"Apani?"

"Ada surat dengan gambar. Tengoklah," satu persatu Qays menilik dan membaca. Selepas itu dia memandang Syed Aqmar semula.

"Isteri satu malam kau tu dah lari. Dia dah mengandung dan ada masalah trauma. Semua tu disebabkan kau. Itu je maklumat yang aku dapat sebelum April Isabelle hilangkan jejak dia" maklum Syed Aqmar membuatkan Qays terdiam mengejung.

Qays memicit tulang hidungnya runsing. Tak tahu nak rasa apa sekarang. Ingatkan selepas perempuan itu lari, Dato' Saif kerparat tu masuk penjara dia dah tak perlu serabut kepala memikir. Tapi lain pula jadinya sekarang. Saban hari, dia teringatkan April. Mungkin juga kerana rasa bersalahnya pada wanita itu. Dituduh dengan tuduhan yang tak berasas olehnya.

Tak guna kau Qays.

Bam!

Meja kayu jati itu dihentak kasar. Syed Aqmar hanya diam memerhati tingkah tidak waras lelaki di hadapannya itu.

"Si*l! Cari perempuan tu sampai jumpa!" Amuk Qays tiba-tiba.

"Dah terlambat Qays, dia lari pun sebab takut dengan kau. Yang kau pergi belasah bini kau tu dah kenapa? Menggelabah?" Soal Syed Aqmar berbunyi sinikal.

Tengku Arman! Qays mula teringat akan lelaki itu. Lelaki yang menganggap dirinya abang kepada April Isabelle.

"Kalau kau taknak cari dia biar aku yang cari sendiri. Arman mesti tahu mana perempuan tu pergi" Qays lekas bangun diikuti dengan Syed Aqmar.

"Kalau jumpa pun untuk apa Qays? Kalau nak seksa perempuan tu sampai separuh mati baik biar je dia hilang tak berjejak. Aku kesiankan perempuan tu" Ujar Syed Aqmar.

"Aku tahu apa aku buat Qmar. Aku yang paling berhak ke atas dia sebab aku suami dia. Kau tak perlu sibuk" balas Qays.

"Antara sebab perempuan sekarang ramai buat tuntutan penceraian sebab ada suami yang benak macam kau ni lah. Waktu gila, kau pergi belasah bini. Waktu nakkan komitmen dari isteri, segala kuasa sebagai suami kau keluarkan. Konon terpaling syurga untuk isteri" bidas Syed Aqmar selamba.

"Diamlah bodoh!"








           QAYS mengambil tempat duduk berhadapan dengan Tengku Arman. Lelaki itu hanya senyum tidak bersalahnya dan menyambut mesra kedatangan Qays di pejabatnya itu. Qays pula kekal dengan muka batu tak beriak.

Dasar, datang pejabat orang pun nak buat perangai.

"Mana kau sorok April Isabelle?" Tanya Qays terus tanpa mukadimah terlebih dahulu.

"I don't know. Dia dah berhenti kerja dan minta untuk aku hormat keputusan dia untuk pergi dari sini. Aku tak tahu dia pergi mana"

"Aku tahu kau tahu dia pergi mana. Tunang kau, takkan dia tak tahu langsung? Just be frank with me Tengku Arman" suara itu penuh dominan mendesak untuk dapatkan jawapan.

"Aku-tak-tahu. Kau ingat setiap masa kami ada dengan dia ke? Dia pun ada life dia sendiri. Yang kau tiba-tiba cari dia ni kenapa? Nak rosakkan hidup dia lagi?. Heh, cukup-cukuplah kau rogol dia sampai dia trauma, sampai dia nak bunuh diri haritu. Kau nak tunggu berita kematian dari dia ke baru kau nak stop semua ni hm?" Sembur Tengku Arman geram.

Jelas riak wajah Syed Qays Jareed berubah tika itu. Mendengar keadaan April yang hampir membunuh diri lagi membuatkan jantungnya berdebar kencang.

"Dan kalau sungguh pun aku tahu mana dia pergi, aku takkan bagitahu kau. Kau lupa apa yang aku pesan pada kau malam tu? Oh, mesti kau lupa sebab tu kau buat isteri sendiri macamtu"

"Kau...!" Qays bangun dan mencekak kolar kemeja Tengku Arman. Sedikit pun Tengku Arman tidak gentar malah hanya tersenyum mengejek.

"Mudah sangat melatah kau ni. Hormat keputusan April Isabelle, Jareed. Tak perlu cari dia lagi buat masa sekarang. Dia masih takut dengan kau. Kalau betul ada jodoh korang berdua takkan kemana. Silap haribulan, April sendiri yang datang pada kau" perlahan-lahan dengan cermat dia meleraikan tangan Qays dari kolar kemejanya.

Dada Qays berombak kencang. Tidak lepas matanya menikam mata hazel Tengku Arman.

"Bagi dia masa..." bahu Qays ditepuk perlahan bagai memujuk.
















TBC.

Kau Lupa Janji [C]Where stories live. Discover now