Tuan Arasy | 79

1K 73 7
                                    

"Move in silence only speak when it's time to say checkmate!"

Amanda menutup matanya serapat mungkin. Telinganya ditekup kuat dengan kedua-dua belah tangan. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Dia tak sanggup! Jangan! Jangan!

Satu letupan kuat mula kedengaran. Hampir terhuyung-hayang mereka yang yang berada di bangunan itu kerana gegaran yang terlampau kuat. Setelah beberapa minit bunyi gegeran yang cukup dasyat kedengaran.

"Apa yang dah jadi ni? Evan!" Suara Faizal mula memetir memarahi anak buahnya itu. Pandangannya dihalakan pada alat kawalan di tangannya. Raisya yang masih bernyawa di lantai itu dipandang geram.

Evan juga turut terkejut. Lelaki itu melangkah ke arah tingkap kaca di ruangan itu untuk meninjau keadaan sebenar. Hanya luluh jantungnya sebaik sahaja melihat bangunan-bangunan di sector B yang sudah runtuh menyembab bumi.

"Boss, sector B... Sector B..." Tanpa sempat Evan menjawab, Faizal bingkas mendekati lelaki itu. Matanya membulat sebaik sahaja melihat bangunan-bangunan yang dia bina tujuh tahun dahulu lenyap dalam sekelip mata.

"Sayang!"

Amanda mula berlari mendekati Arasy. Tubuh Arasy dipeluk seerat mungkin. Team Bravo mula mengelilingi pasangan suami isteri itu sebaik sahaja Amanda masuk ke pelukan suaminya. Keadaan yang berlalu begitu pantas menyebabkan anak-anak buah Faizal tidak sempat menghalang Amanda.

"Saya takut." Amanda merintih di pelukan Arasy.

"Saya tahu sayang... Saya tahu..." Arasy mengeratkan pelukan mereka. Umbun-umbun isterinya dicium berkali-kali.

"Raisya!" Wafiy mula berlari kea rah Raisya. Tetapi langkahnya berhenti sebaik sahaja Evan mengacukan pistol ke arah Raisya yang terbaring di lantai.

"Jangan bergerak! Setapak kau bergerak, aku tembak kepala dia!" Ugut Evan tegas membuatkan Wafiy terkaku di situ.

"Boss?" Evan mula memanggil Faizal. Dia bagaikan sedang menyedarkan Faizal yang masih terkejut dengan kejadian itu. Faizal mula mengepal penumbuk dia mula berpusing menghadap Nick yang kelihatan mengeluh lega di hujung sana.

"Ni rancangan kau kan?" Tajam sahaja matanya memandang Nick saat ini. Amarahnya semakin membara sebaik sahaja melihat Amanda yang sudah berada di pelukan Arasy. Fuck! Kenapa semua rancangannya gagal?
Nick memeluk tubuh dengan senyuman yang sinis.

"Kau ada nampak orang lain ke dekat sini? Hurm... Tak kan?" Sindir Nick dengan senyuman yang sinis. Keningnya dijongket berkali-kali bagaikan sedang menguji kesabaran Faizal.

"Good job Raider." Ucap Nick perlahan. Raider di hujung sana mula bersandar di kerusi dengan nafas yang tidak teratur. Wajahnya mula basah dengan peluh. Dadanya turun naik menahan takut. Mujur sahaja dia berjaya!

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now