Tuan Arasy | 39

1.1K 45 1
                                    

"Courage is the fear of being thought a coward."

Arasy memandang ke luar tingkap kaca itu dengan perasaan yang berkecemuk. Riak wajahnya tetap tenang walaupun suasana di ruangan pejabat itu cukup tegang. Jazmy menjeling Zynn yang masih kekal tenang di sebelahnya. Bagaimanakah Zynn dan majikannya mampu bertenang dalam keadaan sebegini?

"Sejak bila kau perasan perkara ni, Zynn?"

Arasy memusingkan tubuh mengadap Zynn yang masih tenang di kerusi itu. Arasy kemudiannya menarik kerusinya lalu duduk berhadapan dengan Zynn dan Jazmy.

"Sejak minggu lepas."

Arasy menganggukkan kepalanya perlahan. Pandangannya jatuh ke arah gambar-gambar yang ditangkap oleh anak-anak buah Zynn secara sembunyi ketika mengawasi Amanda dari jauh. Dia sayangkan Amanda. Keselamatan Amanda akan sentiasa terancam apabila gadis itu menjadi miliknya. Pasti musuh-musuhnya akan mengincar Amanda. Amanda adalah kekuatannya. Amanda juga kelemahannya.

"Kau dah tahu siapa yang upah dia orang untuk intip Amanda?" Arasy menyoal lagi. Zynn dihadapannya dipandang lama. Zynn menjatuhkan kepalanya perlahan-lahan.

"Zarif?"

Belum sempat Zynn bersuara, Arasy terlebih dahulu menjawab soalan yang dia sendiri utarakan pada anak buahnya itu. Zynn mengangguk lagi.
Arasy mengeluh kecil.

Mengapa Zarif mengintip Amanda? Apa lagi yang lelaki itu mahukan darinya? Dia sudah menghadapi detik-detik kehancurannya suatu ketika dahulu dan Zarif mencapai titik kejayaannya. Apa lagi yang lelaki itu mahukan darinya?

"Tapi Tuan.."

Arasy mengalihkan pandangannya ke arah Zynn yang bersuara secara tiba-tiba. Jazmy yang tadinya sekadar mendengar dan memerhati, memalingkan muka ke arah Zynn di sebelah kirinya itu.

"Bukan hanya Tuan Zarif yang intip Cik Amanda."

"Apa maksud kau?"

Dada Arasy mula berombak kencang. Jika bukan hanya Zarif yang mengincar Amanda untuk menjatuhkan dia, siapa lagi yang mempunyai niat yang sama? Jangan-jangan..

"Ghost."

Jazmy tayang wajah terkejut apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut sahabatnya itu. Zynn masih mampu beriak tenang sedangkan dia sendiri bagaikan mahu pengsan. Wajahnya dikalihkan ke arah majikannya yang masih lagi beriak tenang. Tapi dia tahu raup wajah lelaki itu sedikit berubah apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Zynn.

Arasy mengepal penumbuknya dengan kejap. Tidak cukupkah hanya keselamatan dia yang menjadi taruhan? Mengapa keselamatan gadis kesayangannya turut dijadikan galang ganti?

'Pengecut!'

Arasy menjerit di dalam hatinya. Anak matanya mula berubah tegang. Mengapa 'ghost' sentiasa bersembunyi? Siapakah lelaki itu sebenarnya? Apa motif lelaki itu mengincarnya? Apa salahnya? Besar sangatkah kesalahannya sehingga 'ghost' begitu mahukan kemusnahannya?

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now