Tuan Arasy | 72

750 47 3
                                    

"Realized that everything is connect to everything else."


Nick dan Raider memandang Redza yang sedang bercakap dengan seorang perempuan muda di muka pintu dengan pandangan penuh minat. Selama dia mengenali Redza, dia tidak pernah melihat Redza berurusan dengan mana-mana perempuan. Siapakah perempuan itu?

Qasy yang sibuk dengan telefon pintanya sesekali mengerling ke arah Redza dan perempuan muda di muka pintu itu. Sedikit pun dia tidak berminat untuk mencampuri urusan mereka berdua. Tetapi dia berada seakan-akan diperhatikan. Perempuan itu bagaikan memerhatikan dirinya. Adakah dia yang terlebih perasan?

Setelah beberapa minit bercakap, perempuan muda itu mula beredar. Redza kembali menutup pintu rumahnya lalu menghampiri Nick dan Raider di meja makan dengan sekeping kad berwarna hitam di tangan. Dia duduk di hadapan Nick lalu kad tersebut dihulurkan kepada lelaki itu.

Access card kau.”

Nick mencapai kad yang dihulur Redza lalu diperhatikan lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Nick mencapai kad yang dihulur Redza lalu diperhatikan lama. Seketika kemudian, kad itu beralih pula pada Raider. Kini lelaki itu pula yang melihat kad tersebut.

“Siapa perempuan tu?”

Pertanyaan yang keluar dari mulut Nick membuatkan Redza tersentak. Tidak dijangkakan soalan sebegitu yang keluar dari mulut Nick sekarang.

“Kyle, member aku.”

“Kau tak ada member perempuan.” Raider menyampuk selamba. Kad di tangannya kembali diletakkan ke atas meja.

Redza mengeluh kecil apabila Nick dan Raider memandangnya lama. Sahabatnya itu bagaikan sedang menyoalsiasat dirinya.

Patner kerja aku. Sejak kau keluar, dia jadi partner aku. Dua bulan selepas kau blah dari ISIC dia masuk kerja.” Balas Redza menerangkan perkara sebenar.

Nick pandang Redza lama.

“Ye ke?”

“Yelah. Tak kan aku nak tipu kau.” Keluh Redza geram apabila Nick tidak mempercayai dirinya.

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now