Tuan Arasy | 59

961 82 3
                                    

"Remember, being happy doesn't mean you have it all. It simply means you're thankful for all you have."


Amanda berlari anak ke muka pintu apabila bunyi enjin kereta suaminya mula memenuhi gegendang telinganya. Tanpa mencabut apron yang dipakai, dia terus berlari anak untuk menyambut kepulangan Arasy. Hari ini dia dengan bangganya mahu menyediakan kek coklat untuk suaminya itu sebagai juadah makan petang mereka.

"Baby..." Penuh riang Amanda menyambut kepulangan suaminya. Senyuman lebar di bibirnya kian pudar apabila melihat reaksi kosong Arasy. Wajah suaminya itu kelihatan penat dan moody!

"Saya naik dulu ye. Nak mandi." Arasy cium umbun-umbun Amanda dengan senyuman nipis sebelum lelaki itu naik ke tingkat atas meninggalkan Amanda dan Zynn di situ.

"Puan Amanda."

Amanda yang tadinya masih terkejut dengan tingkah laku Arasy tersedar. Pantas kepalanya dipusingkan memandang Zynn yang lengkap berbaju melayu dan bersongkok yang serba hitam itu, sama seperti pakaian Arasy sebentar tadi.

"Ini nasi beriani. Puan Normah kirim untuk Puan sebab Puan tak dapat datang tadi." Zynn menghulurkan beg kertas berisi Nasi beriani kepada Amanda.

"Terima kasih." Amanda menguntum senyuman. Beg kertas itu disambut lambat-lambat.

"Kalau macam tu saya balik dulu."

Zynn mula meminta diri untuk pergi.

"Zynn, kejap." Langkah kaki Zynn untuk ke kereta terhenti. Ditoleh ke belakang memandang isteri majikannya yang berlari anak mendekati dirinya saat ini.

"Kenapa dengan Arasy?"

Zynn terdiam seketika. Dia tahu Amanda perasan akan perubahan riak di wajah Arasy. Isteri mana yang tak perasan akan tingkah laku dan riak wajah suami sendiri?

"Emosi Tuan tak berapa baik." Pendek Zynn menjawab.

"Tadi Arasy okay je!" Amanda mula membentak. Zynn ni memang tak boleh jadi geng betul! Selalu sahaja simpan rahsia Arasy. Dia dah jadi isteri Arasy kut!

"Memang tadi Tuan okay. Mungkin Tuan penat sikit kut." Zynn menjawab dengan tenang.

"Masalahnya, Arasy tak macam tu! Arasy tu walau dia penat macam mana sekali pun, dia tetap akan peluk cium saya dengan wajah gembira. Mesti ada yang tak kena. Saya nak awak beritahu saya sekarang!" Amanda masih lagi membentak. Dia sudah bercekak pinggang di hadapan Zynn. Marah ni! Marah!

Zynn pula kian buntu. Dia sendiri sudah mati akal untuk berfikir alasan yang perlu dia reka supaya dapat mengelak dari pertanyaan isteri majikannya itu. Telefon Zynn yang tiba-tiba berdering membuatkan Zynn kembali lega. Pantas sahaja panggilan itu dijawab.

"Hello, nak jumpa aku. Okay bye." Panggilan itu ditutup, wajah monyok Amanda dipandang.

"Maaf ye Puan Amanda. Saya kena pergi dulu, urgent." Balas Zynn sopan. Amanda mencebik lagi. Mengelat!

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now