Tuan Arasy | 32

1.2K 65 6
                                    

"If love kills me, then maybe you're my painkiller."

Arasy memandang wajah mummynya yang beriak risau dengan senyuman nipis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arasy memandang wajah mummynya yang beriak risau dengan senyuman nipis. Dia tahu wanita itu terlampau merisaukan keselamatannya. Keadaannya baik-baik sahaja. Mujur sahaja dia memandu keretanya dengan kelajuan yang normal. Jika tidak, pasti keadaannya lebih teruk.

"Mummy, Arasy okay. Sikit je ni." Ujar Arasy memujuk.

"Arasy sayang.. Mummy risau tau. Bila mummy dapat tahu yang Arasy accident. Mummy panic. Mummy risaukan keadaan Arasy. Mummy lega sangat bila Arasy nampak Arasy okay je. Kalau tak, hati mummy ni. Tak tenang, sayang.." Puan Sri Khaleeda mengusap lembut wajah anaknya dengan lembut. Luluh hatinya apabila melihat kesan calar di pipi anak lelakinya itu.

"Sayang, Arasy okay. Dia anak yang kuat. Cuba bawa bertenang." Pujuk Tan Sri Mukhriz yang duduk di sofa sambil memangku cucu perempuannya di riba.

"Betul cakap daddy. Mummy tenang je." Pujuk Aariq pula. Puan Sri Khaleeda mengeluh kecil.

"Mummy pergi lah makan dulu. Mummy dan seharian tak makan kan? Kesian Keisha tak makan lagi. Kesian Kak Mira mummy. Kak Mira tu mengandung. Dia perlukan makanan yang secukupnya." Pujuk Arasy lagi. Dia sudah pening kepala melayan perangai mummynya yang terlampau gelisah itu. Dia sudah stabil nak takut apa lagi? Aduhai peningnya!
Puan Sri Khaleeda menepuk dahi dengan spontan.

"Ya Allah. Mummy lupa. Jom Mira. Kita pergi makan. Mummy lupa menantu dan cucu mummy ni tak makan lagi. Ya Allah! Mummy kalut sangat tadi." Ujar Puan Sri Khaleeda dengan wajah bersalah sambil memandang Mira yang berbadan dua yang duduk di sofa saat ini. Mira sekadar menguntum senyuman.

"Mira faham. Mummy terkejut tadi. Mira okay lah mummy." Ujar Mira dengan senyuman, Dia faham situasi ibu mertuanya. Anak kemalangan. Siapa tak takut? Dia juga risau!

"Jom. Kita pergi makan dekat café. Abang bawa Keisha. Mesti dia lapar. Ya Allah, cucu nenek!" Ujar Puan Sri Khaleeda dengan riak bersalah. Arasy menggelengkan kepalanya perlahan apabila melihat gelagat mummynya yang kalut semacam. Aduhai mummy.

"Mummy dengan daddy turun dulu. Mira ikut mummy ye sayang? Nanti abang turun." Ujar Aariq bersuara. Tubuh isterinya dipeluk sebelum dahi Mira dicium lembut. Mira mengangguk perlahan sebelum dia mengikuti ahli keluarga mertuanya keluar dari bilik itu setelah pelukan dileraikan.

"Kenapa kau masih dekat sini? Kenapa kau tak turun sekali?" Tanya Arasy pelik apabila abangnya masih berada di situ.

"Macam mana kau boleh accident?"
Persoalan yang terbuku di mindanya, Aariq keluarkan. Arasy seorang pelumba professional suatu ketika dahulu. Bakat dan kehebatan Arasy dalam mengawal kereta sudah pasti masih tersisa walaupun sudah bertahun-tahun berlalu. Tak mungkin Arasy tak mampu mengawal keretanya sendiri.

Arasy tersenyum kecil. Dia tahu Aariq sudah menghidu sesuatu. Aariq bukan mudah untuk diperbodohkan.

"Ada orang potong brek kereta aku."

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now