Tuan Arasy | 51

1.2K 58 0
                                    

"The saddest thing about betrayal is that it never comes from your enemies."

Tuan Kamal berdehem kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tuan Kamal berdehem kecil. Wajah Arasy dan Zynn dipandang silih berganti.

"Macam mana saya nak lupa kamu, Arasy. Berita kematian sahabat kamu penuh di akhbar. Saya yang uruskan kes kematian Adha. Saya tak mungkin lupa siapa kamu."

Arasy senyum nipis.

"Saya dengar kamu nak buka balik kes Adha."

"Tuan dengar dari siapa?" Arasy menjongket kening. Tuan Kamal hanya mengukir senyum nipis.

"Apa yang kamu nak dari saya Arasy? Saya tahu kedatangan kamu ke mari bukan sekadar untuk suka-suka. Berterus terang sajalah."

Arasy hanya mengukir senyuman apabila Puan Normah menghampiri mereka lalu menghidangkan minuman kepada mereka. Terhenti seketika perbincangan mereka.

"Kes Adha ditutup tiba-tiba. Macam ada yang tak kena."

Arasy mula menyuarakan isi hatinya. Air minuman yang dihidang dihirup perlahan sebelum dia mula bersuara.

"Kenapa? Macam mana boleh jadi macam tu? Penjenayah yang sebenar tak dapat ditangkap. Tiada bukti yang dapat dikaitkan dengan mana-mana suspek. Nampak macam ada sesuatu yang tak kena. Macam ada orang yang sorokkan sesuatu."

"Kau nak tuduh aku bersubahat?" Melenting suara Tuan Kamal saat ini.
Arasy tersenyum kecil. Gotcha!

"Saya tak tuduh Tuan. Mungkin ada orang lain yang bersubahat? Mungkin anak buah Tuan? Kita tak tahu." Arasy menjawab lagi. Lelaki itu kelihatan seperti sedang menahan marah. Arasy masih lagi berlagak tenang.

"Apa yang kau nak sebenarnya Arasy? Berterus terang dengan aku!"

"Saya nak tahu siapa. Siapa yang buat semua tu. Apa muslihat dia sehinggakan dia buat saya macam ni? Siapa dia? Kenapa saya?" Tegas Arasy bersuara. Tajam anak mata Arasy menikam anak mata Tuan Kamal. Dia tidak gentar.

"Aku tak tahu. Aku dah lama bersara. Kes tu memang tak ada bukti. Aku dah malas nak ambil tahu pasal kes tu. Kau boleh keluar. Pergi balik!" Tuan Kamal mula berdiri dan berpusing untuk beredar.

"Saya akan cari bukti saya sendiri kerana saya tahu tak ada sesiapa yang boleh dipercayai dalam dunia ni. Saya cuma nak ingatkan, berbelas tahun saya dituduh, dihina atas tuduhan yang saya tak lakukan. Adil ke untuk saya?"

Arasy menyoal dengan emosi yang berkecamuk. Tuan Kamal hanya membelakangi mereka tanpa suara.

"Saya akan cari tahu sendiri siapa dan kenapa dia buat semua ni. Saya akan heret semua orang yang terlibat ke muka pengadilan. Kalau dulu saya lemah, saya biarkan semua ni berlaku. Kali ini tidak lagi. Saya akan seret semua orang yang bersalah supaya meringkuk dalam penjara. Itu janji saya!"

Keras Arasy bersuara lalu mula melangkah. Langkahnya dan Zynn terhenti apabila suara Puan Normah menengur.

"Kamu semua dah nak balik?"

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now