Tuan Arasy | 76

672 35 3
                                    

"The vision without a strategy remain an illustration."

Arasy melangkah keluar dari lapangan terbang itu dengan wajah tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arasy melangkah keluar dari lapangan terbang itu dengan wajah tenang. Wafiy di sebelah turut beriak selamba. Mereka cuba untuk tidak menonjolkan ketakutan di dada. Menghadapi musuh akan lebih susah jika berada di dalam keadaan takut. Musuh pasti akan mudah mengesan kelemahan mereka jika mereka ketakutan.

“Jom, ikut aku!” Tanpa berlengah anak buah Evan mula menarik tubuh Arasy dan Wafiy ke arah sebuah van hitam yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

“Kenapa kau buat aku macam ni?” Arasy menyoal sebaik sahaja van hitam itu bergerak di atas jalan raya.

“Aku cuma ikut arahan.” Evan yang duduk di kerusi di sebelah pemandu menjawab tenang.

“Sanggup kau khianati aku Zander?” Keluh Arasy lagi.

“Kau lupa aku kerja dengan siapa? Faizal upah aku untuk dekati kau. Kau ingat aku nak sangat berkawan dengan kau? Jangan mimpi lah Arasy!”

Sinis sahaja suara lelaki itu saat ini. Arasy menggelengkan kepalanya pantas. Dia tidak percaya. Selama bertahun-tahun mereka berkawan, tiada sedikit pun cacat cela pada Zander. Lelaki itu sahabat yang terlalu baik untuknya.

“Tak kan sikit pun kau tak rasa bersalah?”

“Bersalah? Pada kau?” Soal Zander sinis sebelum lelaki itu ketawa mengejek.

“Aku berkawan dengan kau untuk jadi pengintip. Salah kau yang terlampau percayakan aku. Dah lah! Aku nak tidur. Jangan nak memekak!”

Evan mula memejamkan matanya tanpa menghiraukan Arasy yang beriak kesal di kerusi belakang.

Evan mula memejamkan matanya tanpa menghiraukan Arasy yang beriak kesal di kerusi belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Faizal melangkah masuk ke dalam bilik kurungan yang menempatkan Amanda. Wanita itu masih lagi menangis. Entah mengapa, hatinya sakit apabila Amanda menangis untuk lelaki lain, walaupun lelaki itu adalah suami wanita itu sendiri.

“Hari ni Arasy datang. Kau tak payah nangis lagi…” Faizal usap air mata yang mengalir di pipi wanita kesayangannya itu.

Amanda menatap wajah Faizal dengan pandangan tajam. Dia jijik memandang wajah Faizal lama-lama. Dia mual! Dia boleh muntah!

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now