Tuan Arasy | 61

765 55 3
                                    

"If you play with fire, you're gonna get burned!"

Amanda tersenyum riang apabila para tetamu mengucapkan ucapan tahniah kepada mereka suami isteri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Amanda tersenyum riang apabila para tetamu mengucapkan ucapan tahniah kepada mereka suami isteri. Malam ini satu majlis kesyukuran diadakan di kediaman keluarganya sebagai tanda syukur kepada dia dan Arasy akan dikurniakan cahaya mata.

Tetapi majlis ini majlis tertutup. Hanya sanak saudara dan sahabat rapat sahaja yang dijemput. Mungkin kerana kandungannya masih muda.

"Amanda, pergi rehat sayang. Dari tadi kehulur-kehilir. Amanda kena jaga tubuh, jangan terlampau penat." Pujuk Puan Hasnawati yang mendekati Amanda dan Arasy yang berada di suatu sudut di ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu.

"Betul cakap mama tu, Amanda. Kesian baby saya ni letih." Arasy mengusap rambut isterinya perlahan-lahan.

"Mar..." Puan Hasnawati memanggil madunya seketika.

"Ye, kak Has."

"Mar boleh temankan Amanda ke bilik? Kak Has nak hantar Saifura ke depan. Tak elok biarkan tetamu pulang tanpa dihantar. Bolehkan?" Puan Sri Hasnawati memohon pertolongan.

Puan Marhani mengangguk dengan senyuman.

"Boleh. Jom Amanda, ibu bawa ke bilik." Ajak Puan Marhani lembut. Lengan Amanda dirangkul.

"Jom ibu, Amanda pun dah penat sangat." Amanda luahkan rasa penat.

"Nanti saya naik tau. Kalau nak tidur, tidur je dulu. Tak payah tunggu saya. Lepas layan guests nanti saya naik, okay." Pesan Arasy lembut. Dahi Amanda dicium seketika.

"Okay, baby boo. Jom ibu." Amanda rangkul lengan Puan Marhani sambil kepalanya dijatuhkan ke bahu wanita itu. Penat sungguh tubuhnya saat ini.

"Arasy, mama ke sana kejap ye. Nak jumpa Datin Saifura." Pinta Puan Sri Hasnawati untuk beredar. Arasy menganggukkan kepalanya perlahan.

"Arasy.."

Arasy berpaling ke tepi. Senyuman kecil dia ukir apabila melihat dua orang lelaki mendekatinya saat ini.

"Zander!"

"Congrats bro." Zander menepuk bahu Arasy beberapa kali dengan senyuman.

"Tahniah Tuan Arasy." Kali ini Faizal pula yang memberi ucapan tahniah.

"Thanks guys. Jap, korang dah makan ke belum ni?" Arasy menyoal lagi.

Walaupun majlis kesyukuran yang dia anjurkan hanya suatu majlis tertutup tetapi rumah itu tetap penuh dengan tetamu. Risau jika tetamu yang hadir tidak dilayan sebaik mungkin.

"Alah, aku dah makan tadi dengan Faizal. Aku balik dulu lah bro. Dah lewat dah ni." Balas Zander lagi. Arasy menganggukkan kepalanya perlahan. Kelibat Zander dan Faizal yang semakin jauh dipandang dengan ekor mata.

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now