Tuan Arasy | 71

797 48 2
                                    

"The game just started!"

Nick melompat naik ke jeti dengan langkah yang santai

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.


Nick melompat naik ke jeti dengan langkah yang santai. Raider di sebelah turut beriak sama seperti lelaki muda itu. Dia melompat dengan mudah walaupun menggalas beg yang agak besar dan berat. Mereka berdua mula melangkah ke arah seorang lelaki yang sudah sedia menunggu kedatangan mereka di keretanya yang tersadai di tepi jalan kecil itu.

“Hoi! Tunggulah kejap! Uweeek!”

Nick mencebik bibirnya kegeraman. Qasy yang muntah di tepi jeti dipandang bosan. Raider di sebelah sekadar memandang tanpa perasaan. Sesekali dia menjeling lelaki yang sudah menunggu mereka di hujung sana.

“Kau kalau tak menyusahkan aku memang tak senang kan? Aku dah cakap tadi, jangan ikut. Kau menggedik jugak nak ikut. Sekarang tengok! Kau dah menyusahkan aku, kau tahu tak!” Nick membebel panjang. Dia memeluk tubuh memandang Qasy yang terkulai di tepi jeti itu.

“Aku dah cakap dekat Arasy tadi. Kau tu menyusahkan aku je. Dia sibuk suruh kau follow aku. Dia ingat aku ni gila sangat? Selalu tak percayakan aku. Aku tahu lah mana yang baik mana yang buruk. Mana yang bahaya mana yang tak. Sibuk nak suruh kau ikut aku. Sibuk nak jaga aku. Aku boleh jaga diri sendiri lah! Kau tak payah nak jadi babysitter aku. Tengok apa dah jadi sekarang? Siapa jaga siapa? Menyusahkan aku jelah!”

Nick membebel lagi. Kali ini dia luahkan semua ketidakpuasan hati yang sedari tadi hanya tersimpan jauh di lubuk hatinya.

“Kenapa ni?”

Lelaki yang menunggu mereka tadi mula menghampiri mereka lalu menyoal. Pelik apabila melihat Nick dan Raider berdiri di sini tanpa bergerak ke arahnya yang sudah menunggu di kereta. Pandangannya dihalakan pula pada Raider yang berdiri di sebelahnya itu.

“Entah. Period kut. Whatsuuup bro!” Balas Raider sebelum dia berlaga penumbuk dengan sahabat lamanya itu.

“Kau makin kurus lah, Redza.” Komen Raider sebelum bahu lelaki yang bernama Redza itu ditumbuk perlahan. Redza ketawa kecil.

“Kurus? Aku macam ni lah. Kau tu, aku tengok makin handsome. Banyak ke duit yang ‘boss’ baru kau ni bagi?” Tanya Redza berminat. Lihat sahaja pakaian Raider dan Nick yang kelihatan cukup mewah dipandangannya itu.

“Ala, beshe-beshe je…” Balas Raider merendah diri. Dia mula menghampiri Qasy yang sudah lembik itu lalu disuakan air mineral yang sudah dibuka penutupnya. Karang mati, satu hal pulak nak bawa balik mayat si Qasy ni!

Redza tersenyum kecil. Wajah masam Nick disebelahnya dipandang lama.

“Wei, serius arh kau sambut aku dengan muka ketat ni? Bosan sial kau.” Redza mengeluh kecil. Geram apabila melihat wajah serius Nick.

Nick bukan seorang yang pemarah. Lelaki itu sentiasa bersuka ria dengannya. Tapi mengapa lelaki itu beriak seperti seorang ayah yang sedang memarahi anaknya yang nakal? Aduh, seram bodoh!

Tuan Arasy!Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon