Tuan Arasy | 29

1K 52 9
                                    

"Once you know the truth, you're never the same."

Arasy melangkah menghampiri Wafiy yang sudah berbaring di atas sofa di pejabatnya dengan lengan di dahi. Seketika kemudian Arasy melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan Wafiy. Keluhan kecil dilepaskan tanpa sedar. Kejadian pada malam itu masih segar di ingatan. Wafiy dan Raisya berdua-duan di dalam bilik.

"Apa dah jadi sebenarnya, Wafiy? Apa kau buat dengan Raisya dalam bilik tu?"

Arasy mula bertanya. Tapi Wafiy sekadar mendiamkan diri. Soalan Arasy tidak dibalas. Tidak perlu dia mempertahankan diri jika apa mereka lihat, mereka percaya.

"Aku tahu apa yang nenda fikir semua tu tak betul. Aku kenal kau Wafiy. Apa yang kau kena, aku dah kena. Kau lupa?"

Kata-kata Arasy kali ini membuatkan Wafiy mengeluh kasar. Perlahan-lahan dia beralih dari berbaring kepada duduk di sofa itu. Wajah Arasy dipandang lama.

"Arasy."

Arasy menjongket keningnya.

"Aku baru faham. Betapa sakitnya hati ni bila orang yang kita sayang tak percayakan kita. Aku rasa macam apa yang aku korbankan untuk nenda selama ni, sia-sia. Aku turutkan semua yang nenda nak. Kalau kau memberontak, aku tak. Sebab aku sayangkan nenda dan aku percaya apa yang nenda buat untuk aku adalah yang terbaik buat aku." Ujar Wafiy tanpa nada. Anak matanya seakan-akan kosong.

Arasy terdiam. Jujur di keluarganya, Wafiy cucu yang terbaik. Wafiy akan memenuhi segala keinginan nenda tanpa menyoal itu ini. Jika ditanya mengapa lelaki itu sanggup melakukan apa sahaja untuk nenda, katanya dia menyanyangi nenda. Dia tahu sebagai seorang nenek, nenda tak mungkin menyuruhnya melakukan perkara yang bukan-bukan.

"Tapi hati aku ni..." Wafiy pegang dadanya.

"Sakit wei! Bila nenda tak percayakan aku, aku rasa dikhianati. Hati aku ni sakit sangat Arasy. Nenda. Insan yang aku paling sayang tak percayakan aku? Sakit wei!" Wafiy pukul dadanya sendiri membuatkan Arasy senyap. Dia tahu Wafiy terluka.

"Habis tu kau nak buat apa lepas ni?" Arasy bertanya lagi. Sejujurnya dia tidak tahu hujung pangkal tentang kejadian yang menimpa Wafiy. Tapi dia yakin nendanya tak akan berdiam diri apabila perkara itu berlaku. Salah atau tidak, Wafiy dan Raisya berada dalam keadaan mencurigakan.

"Nenda suruh aku kahwin dengan Raisy." Jawapan yang keluar dari mulut Wafiy membuatkan Arasy tergaman sendirian.

"Kau biar betul? Serius lah?"

"Arghhhh! Stressss!" Jerit Wafiy kuat. Amanda yang baru sahaja tiba di bilik itu tergaman di muka pintu apabila melihat Wafiy yang tertekan. Apatah lagi lelaki itu baru sahaja selesai menjerit.

"Manda ganggu ke?" Tanya Amanda takut-takut. Badannya separuh di dalam bilik dan separuh di luar bilik. Dia takut nak masuk.

 Dia takut nak masuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tuan Arasy!Where stories live. Discover now