Tuan Arasy | 20

1.3K 52 4
                                    

"Hidden truths are unspoken lies."

Puan Sri Hasnawati menggosokkan umbun kepala anak gadisnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Puan Sri Hasnawati menggosokkan umbun kepala anak gadisnya. Sayu hatinya apabila melihat keadaan Amanda. Teruk sangatkan mereka sebagai ibu bapa kepada Amanda? Teruk sangatkah layanan mereka sehingga Amanda sanggup bertindak bodoh sebegitu.

Hati ibu mana yang tidak hancur apabila mendengar berita bahawa anak gadisnya cuba untuk membunuh diri? Hati ibu mana yang tidak remuk apabila mengetahui anaknya terseksa?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hati ibu mana yang tidak hancur apabila mendengar berita bahawa anak gadisnya cuba untuk membunuh diri? Hati ibu mana yang tidak remuk apabila mengetahui anaknya terseksa?

Pelukan di tubuhnya membuatkan Puan Sri Hasnawati memalingkan muka kea rah Puan Maryani. Wanita itu turut bersedih dengan berita yang dia terima. Walaupun dia bukan ibu kandung Amanda, Amanda membesar di hadapan matanya. Tumbuh kasih dan sayangnya pada gadis manja itu.

"Teruk sangat ke kita Mar?" Tanya Puan Sri Hasnawati dengan air mata yang bergenang. Sakit hatinya apabila mengenangkan peristiwa tadi. Amanda cuba untuk membunuh diri? Astarfirullahalazim!

"Bukan salah Kak Has. Kita berdua pun tak sangka perkara ni akan jadi sampai macam ni. Kita dah cuba jadi ibu yang baik untuk Amanda, kak Has. Mungkin Allah nak menguji keimanan kita. Kak Has sabar ye.." Pujuk Puan Maryani sambil menggosok perlahan belakang badan Puan Sri Hasnawati.

"Ouch."

Puan Sri Hasnawati dan Puan Maryani mengalihkan pandangan ke arah Amanda. Gadis itu sudah sedarkan diri. Dilihat wajah keliru Amanda sambil memegang pergelangan tangan kirinya yang berbalut.

"Amanda.. Amanda dekat hospital sayang. Amanda sakit dekat mana? Beritahu mama sayang.." Tanya Puan Sri Hasnawati sambil mengusap umbun-umbun kepala anak bongsunya itu. Amanda memandang wajah risau mamanya dengan pandangan kosong.

Sedihkah dia? Bersalahkah dia? Amanda tiada perasaan. Entah mengapa dia tak mampu berkata apa-apa. Jiwanya bagaikan telah mati. Dia sendiri musykil.

"Amanda, cakaplah.. Jangan macam ni sayang... Mama risau Amanda." Rintih Puan Sri Hasnawati lagi. Puan Maryani menganggukkan kepalanya pantas.

"Ibu pun risau.." Sambung Puan Maryani lagi.

Amanda hanya memandang ibu dan mama dengan pandangan kosong. Seketika kemudian dia teringatkan seseorang.

Tuan Arasy!Where stories live. Discover now