"AWAK PUAS HATI TAK? " soalku sebaik kami sudah masuk ke dalam kereta. Evelyn tidak mahu makan di kedai dan dia cuma mahu aku masakkan.

"Puas! Terima kasih, sayang," jawabnya dengan riang. Pipiku dikucup sekilas.

Bibir menguntum senyum lebar. Gembiralah dapat upah. Aku memulakan pemanduan hingga tiba di rumah.

"Awak, cantik tak?"

Aku menoleh ke arahnya. Tika itu, sedang menggoreng ayam.

Mataku jatuh pada pakaiannya. Atas ke bawah. Terpegun melihat. Tidak pernah sekali dia berpakaian sedemikian.

Khimar coklat cair yang tersarung elok di tubuhnya. Purdah yang sama tona juga dipakai.

"Ma Shaa Allah, isteri " kataku dengan sengihan lebar.

"Cantik tak? " soalnya lagi sekali.

"Lebih dari cantik, Evelyn."

"Saya pun suka.. Selesa. Saya tak sangka pakaian macam ni, ada. Mama papa tak pernah galakkan saya pakai begini." Dia menunduk sedikit wajahnya.

Aku ketap gigi.

Sebab didikan tak betul mak bapa dia itulah, dia sudah tidak suci. Kalau tidak, pasti dia akan selamat dari sentuhan lelaki durjana. Aku tidak salahkan dia.

Dia mangsa dan mangsa tidak patut disalahkan. Namun manusia zaman sekarang yang teruk dan kerap menyalahkan perempuan apabila dirosakkan oleh lelaki yang belum halal buatnya.

"Bukan setakat tak galakkan. Entah dia orang pun tak tahu pun wujud pakaian macam ni."

S

enyumannya mati. "Janganlah cakap macam tu. Seteruk mana pun mereka, mereka tetap mama papa kandung saya." Bibirnya memuncung sebelum berlalu dari situ.

Keluhan berat dilepaskan. Aku membawa langkah ke arahnya yang sudah menjauh itu. Tahu merajuk saja kerja. Tapi mungkin salah aku juga.

"Lyn.. My Evelyn Qiara.. " lembut suara menyeru.

"Jangan cakap dengan saya!" Pintu bilik dihempas kuat. Terpejam sesaat mataku menerima.

Kepala menggeleng kecil. Macam kena pujuk Audhia. Bilalah kau nak matang sikit, Evelyn? Sikit pun jadilah.

Nafas dihembus perlahan. Aku dekati pintu yang sudah terkunci itu. Tangan kanan naik mengetuk pintu.

"Evelyn..My Evelyn.. Janganlah macam ni. Saya hanya cakap tentang benda yang betul. Mari, keluar makan. Saya dah masak dah ni."

Diam. Tiada sebarang tindak balas daripadanya. Tanda mogok lah tu.

"Lyn, esok saya dah kena balik ke rumah umi abah semula. Takkanlah awak nak saya pergi.."

Belum sempat aku habiskan bicara, pintu bilik sudah dibuka lalu tubuhku dipeluk erat olehnya. Tersembam wajah di dada bidangku.

"Janganlah pergi lagi.. Saya minta maaf."

 Perlahan bibirku naik mengoyak senyum lebar. Mudah je nak pujuk Evelyn ni.

 "Kita makan eh? Malam ni, tolong saya kemaskan baju nak balik rumah umi, abah."

Evelyn angkat kepala. Dagunya dijatuhkan ke atas dada aku dengan matanya memandang aku. Puppy eyes.

"Awak memang betul-betul nak balik esok ke? Tunggulah lagi sehari dua ke. Saya tak puas lagi nak spend time dengan awak."

Tangan kananku naik mengusap kepalanya.

"Tak boleh, sayang. Nanti abah syak  yang tak elok macam mana? Kita kena rahsiakan perkahwinan kita sampailah lepas saya habis belajar, saya bagitahu umi, abah tentang kita."

Dengan keluhan berat terluah dari bibirnya, Evelyn sandarkan badan dengan lemah pada sofa.

"Fine. Tapi janji jangan pernah tinggalkan saya. One more thing, dah cuti sem nanti janji dengan saya bawa saya ambil anak saya semula. Saya.. Saya rindukan dia."

Anak yang dikatakan ialah anak yang lahir sebelum kami bernikah. Bukan benih aku tetapi lelaki yang lain yang pernah meragut kesuciannya.

 Kekura tangannya, aku pegang lembut dengan tangan kasarku. Mengusap lembut di situ.

"Dengan Izin Allah, sayang," lembut membisik.

Dia masih ada rasa rindu pada anaknya walau asalnya luar nikah. Banyak sebenarnya perkara yang terjadi dalam hidup Evelyn.

Tapi hanya aku sebagai seorang suaminya saja yang tahu perihal yang dia sendiri tidak tahu tentang dirinya. Kerana sebelum aku menikahinya lagi, aku sudah menyelidik tentang latar belakangnya.

300 votes!

Perasaan Yang Terlarang | E-BOOK Where stories live. Discover now