30

9.6K 1K 62
                                    

Emelda berjalan sanatai menyelusuri koridor menuju ke arah locker miliknya. Pintu locker dibuka lalu smartphone miliknya dicapai.

Screen yang tadinya gelap kini bercahaya. Laju sahaja mata meneliti sama ada nama Fahim terpapar pada screen atau tidak. Sayangnya satu pesanan pun tiada dari lelaki itu.

Emelda gulingkan mata. Dah terbiasa dengan keadaan begini. Kalau dia tak mula chat dulu,jangan harap lelaki itu akan mencarinya. Kalau Fahim reply sekalipun,adalah dalam tiga patah perkataan sahaja. Selebihnya dibiar tidak dibalas.

Buku-buku dari dalam locker diambil dengan hati yang sebal.

"Ouchh!!" Emelda terjerit kuat saat bahunya dirempuh kuat dari tepi sehingga badan berlanggar dengan locker.

Bunyi perlanggaran itu berjaya menarik perhatian semua orang.

"Oppss! Sorry! Tak SENGAJA pula" ucap Tya sambil menutup mulutnya menggunakan sebelah tangan.

Sengaja buat gaya ala-ala macam Emelda selalu buat.

Tanpa menunggu balasan dari Emelda,Tya dan Hifza berlalu pergi. Emelda menghantar pemergian mereka dengan perasaan yang tertahan. Namun perasaan takut pula datang menemani saat matanya dan mata Hifza bertembung.

Mata itu,seperti mempunyai aura yang tidak dapat digambarkan dengan mata kasar. Ditambah lagi dengan senyum sengetnya yang hanya terpamir untuk satu saat,lagi buatkan Emelda meremang. Liup ditegur payah.

Buku-buku dipegangan kembali dilihat. Berkerut hebat keningnya saat melihat sticky notes yang tertampal di atas buku atas sekali.

"Tadi tak ada pun" gumam Emelda seorang diri.

Nota yang tertulis disitu dibaca.

KAU BUAT KERJA TAK CLEAN.
WE ALREADY KNOW THE TRUTH!

CANTEEN,10.15 SHARP!

Mengeras terus tubuh Emelda. Bibir diketap rapat. Nota tadi direnyuk menjadi gumpalan lalu dimasukkan ke dalam poket. Perasaan takutnya semakin meningkat.






Seperti yang dijanjikan,Emelda masuk ke ruangan kantin tertutup sekolahnya. Setiap langkah yang diatur penuh dengan debaran.

Sampai sahaja di tengah kantin,kelihatan Hifza sedang berada disitu. Bersama buku yang sedang kusyuk dibacanya.

Emelda bercekak pinggang. Entah mengapa dirinya terasa bagai ditipu. Buat gelabah sahaja dirinya.

Belum sempat Emelda mengeluarkan suara,Hifza terlebih dahulu mencantas.

"Kau datang. Aku ingat kau tak berani nak datang" buku yang dibaca tadi ditutup.

Terhenti terus langkah Emelda. Ini pertama kali dia mendengar Hifza menggunakan gelaran 'kau aku' ketika berbicara. Nada yang digunakan kedengaran datar sahaja.

Emelda masih menayangkan riak beraninya.

"Aku ingatkan siapalah yang nak sangat jumpa aku sampai ugut macamtu. Rupanya,budak nerd macam kau ni je. Buang masa" jawabnya berlagak.

"Jangan pandang budak nerd macam aku ni sebelah mata je,Emelda. Sebab air yang tenang tu lagi menakutkan dari air yang bergelora"

Emelda diam.

"Kau nak apa sebenarnya?" soalnya kembali kepada tujuan asal.

Malas mahu berlama-lama disini.

"Emelda...Emelda" Hifza gelengkan kepalanya.

"Aku tak faham lah. Aku tak pernah kacau hidup kau selama aku sekolah dekat sini. Tapi,kenapa ek? Kau nak sangat tengok aku jatuh?" soal Hifza penasaran.

"SEBAB KAU AMBIL FAHIM!" tiba-tiba sahaja suaranya meninggi.

Sedikit pun tengkingan itu tidak membuat Hifza terkejut.

"Aku dah pernah cakap dulu. Bukan aku yang ambil dia dari sesiapa. Dia yang datang sendiri pada aku. Jadi,salah aku ke?"

Emelda gulingkan mata. Bibir mencebik sambik mengejek Hifza.

"Well,benda tu dah tak penting. Fahim dah jadi milik aku balik dah pun" penuh nada riak dalam ayatnya.

"Yakin dia akan tetap stay dengan kau lepasni?" Hifza menduga.

"Apa maksud kau?" tajam mata Emelda mencerlung ke arah Hifza.

Hifza keluarkan sebuah remote kawalan dari dalam poket blazer sekolahnya. Remote itu digoyangkan didepan mata Emelda.

"Sekali kau tekan butang merah dekat remote ni,segala rahsia yang kau sorok dari Fahim akan terbongkar"

Emelda mengejung sebelum ketawa lepas.

"Kau ingat orang macam kau ni mampu ke nak buat semua ni? Kelakar lah! Ni aja kau mampu buat untuk ugut aku lepaskan Baihaqie semula? Lemah betul"

Melihat tiada sebarang riaksi dari Hifza buatkan Emelda menjadi ragu-ragu.

Remote yang dihulurkan oleh Hifza dicapai. Tanpa jeda,segera remote itu ditekan.

"I tak menyesal buat plan macamtu. At least i berjaya buat dia jatuh dalam genggaman i semula. Stupid Fahim. Percayakan lakonan i sampai sanggup abaikan cinta kesayangan dia. And yang paling tak sangka,dia sanggup jagakan i yang kononnya tengah trauma ni. Aww naive yet sweet. By the way,thank you babe. Sebab sudi tolong berlakon macam nak rogol i haritu. Kalau tak disebabkan you,mesti Fahim masih melekat dengan budak nerd tu"

Emelda bungkam. Matanya membulat besar. Bagaimana? Bagaimana rakaman percakapan dia dengan kekasih gelapnya boleh berada ditangan Hifza?!

Dan yang paling mengejutkan,rakaman itu kini disiarkan kepada semua speaker yang berada di dalam Askania Highschool. Maksudnya,semua pelajar Askania Highschool sedang menjadi saksi kepada perbuatan kejinya!

"KAU...." baru sahaja Emelda ingin meluru ke arah Hifza,pintu kantin dibuka seluas-luas alam.

Emelda terus memandang ke arah jam bulat besar yang tergantung di dinding. Mata kembali dilarikan ke arah para pelajar. Sudah masuk waktu rehat!

Semua orang melihatnya dengan wajah benci dan jijik. Ada juga yang terkejut dan ada juga yang sedang berbisik-bisik.

Emelda telan liur sendiri saat menerima renungan maut dari Fahim,Tya dan Qalish dari depan pintu kantin.

DIA TERTANGKAP!

Saat mata Fahim bertemu dengan anak mata Hifza,cepat-cepat gadis itu larikan pandangan. Saat Fahim cuba ingin menggapai Hifza dibalik kerumunan orang ramai,gadis itu sudah menghilangkan diri.

Meninggalkan Raja Fahim Baihaqie yang sedang mengeluh sendiri.

BOW TO HERWhere stories live. Discover now