17

11.2K 1K 58
                                    

Tiba sahaja di lobby condominium,Hifza sudah nampak kelibat Fahim yang duduk bersenang-lenang di atas superbike kesayangannya. Perlahan-lahan kaki mendekati Fahim.

"Awak dah lama sampai?" soal Hifza.

Penampilan Fahim ditilik. Kemeja dan seluar bewarna hitam. Kontra sungguh dengan Hifza yang memakai puma jumpsuit bewarna putih.

Fahim tersentak dari lamunannya. Sedikit kaget melihat Hifza yang lain hari ini. Untuk pertama kalinya Fahim melihat rambut Hifza bebas tanpa sebarang ikatan.

Kalau sebelum ini Hifza kelihatan cantik,hari ini Hifza sepuluh kali ganda lebih cantik. Walau kacamata bulat besar itu masih menghiasi wajahnya.

"Fahim,saya bercakap dengan awak" Fahim masih dalam dunianya sendiri.

"Baihaqie..." Fahim terus berdehem kecil.

Senyumannya cuba ditahan. Entah mengapa hati rasa berbunga bila Hifza panggil nama terakhirnya.

"Jom gerak" enjin moto besarnya dihidupkan.

"Erk...Awak nak saya naik benda ni dengan awak ke?" Fahim angguk.

"Iya,cinta. Kalau tak kenapa aku bawak dua biji helmet ni?" helmet didepannya ditunjuk.

"Tapi..." Hifza rasa berbelah bahagia.

"Tak ada tapi-tapi cinta..."

Helmet ditangan tadi kini telah selamat dipakaikan kepada Hifza. Mematung terus tubuh gadi itu.

"Say boleh pakai sendiri" kata Hifza perlahan.

Fahim tidak menjawab. Lelaki itu hanya tersenyum melihat pipi gadisnya yang mula memerah.

"Naik cepat,cinta. Ke nak aku dukung naik?" Fahim tersengih dengan muka nakal.

Hifza kemam bibir. Tanpa banyak songeh dan berhati-hati Hifza naik kebelakang moto Fahim.







Hifza serahkan helmet pada Fahim. Rambut yang sedikit berantakan dirapikan semula. Berkerut seribu keningnya.

"Hutan?" soalan itu terletus keluar.

"Ini bukan hutan biasa cinta. Ini magika" semak didepan mereka diselak sedikit sehingga menampakkan sebuah pagar.

"Let's go,love" Hifza hanya mengekor.

Agak terkejut bila dibalik semak samun tadi kini adanya sebuah tannga entah membawa mereka kemana.

Tangga itu didaki. Hifza hampir tidak bernafas saat sampai ke atas. Pemadangan didepannya kini bagai dalam sebuah mimpi.

Sebuah taman bunga yang lapang dengan alur sungai yang kecil menuju ke kaki bukit.

"Welcome to my secret place" Fahim mempelawa Hifza.

"You're lucky,cinta. Kau orang first aku bawak datang sini. Even Qalish pun tak tahu tempat ni wujud"

Hifza rasa terharu.

Fahim benar-benar buat Hifza terkejut hari ini. Lihatlah sekarang. Ada sehelai tikar yang sudah dihampar di atas tanah.

Di atas tikar itu pula sudah disusun beberapa kotak pizza,manisan dan pelbagai jenis makanan yang lain.

"Bila awak sediakan semua ni?" Hifza pandang Fahim yang sedang menggosok lehernya.

Segan barangkali.

"Before pergi ambik kau tadi aku datang sini dulu. Prepare apa yang patut"

Hifza jatuhkan kepala. Punggung dilabuhkan di atas tikar lalu mereka mula menikmati makanan yang Fahim sediakan.







"Cinta..." panggil Fahim untuk menghilangkan kesunyian antara mereka.

"Kau nak tahu tak kenapa aku jadi playboy?" Hifza terus panggung kepala.

Sungguh berminat dengan topik yang bakal dibualkan dengan Fahim.

"Tak semua orang ada keluarga bahagia. Dan family aku,tergolong dalam family yang tak bahagia tu. Dulu hidup aku bahagia tapi waktu umur aku empat tahun,kebahagiaan tu direbut"

Fahim diam sebentar. Mata jauh memandang ke arah pemandangan didepannya.

"Ayahnda dapat tahu yang bonda curang belakang dia" membulat terus mata Hifza.

Bagai tidak percaya.

"Diorang gaduh besar waktu tu. Aku pula? Hanya mampu menangis sebab takut dan tak suka tengok diorang bergaduh. Sejak dari tu,daddy pun berubah. Dia jadi kaki perempuan. Sejak aku umur lima tahun,aku dah diabaikan. Diri aku macam tak wujud pada bonda mahupun ayahnda. Makan minum aku semua bibik yang urus"

"Waktu umur aku dah cecah enam tahun,parents aku bercerai. Aku pilih untuk duduk dengan atuk
aku sampai umur aku enam belas. Dia aja yang pedulikan aku. Yang jaga aku dengan penuh kasih sayang. Yang tergur setiap kali aku buat salah. Tahun lepas atuk meninggal. Jadi,sebab tu aku ajak Qalish pindah masuk rumah aku.

Ayahnda dapat tahu,dan dia datang nak ambil aku semula. Bonda pun buat benda yang sama. Diorang bertengkar lagi sebab hak penjagaan aku. Diorang buat aku tertekan. Dan sejak tu aku memberontak. Diorang yang ajar aku macamni. Diorang buat aku tak hargai semua orang yang datang dalam hidup aku. Diorang buat aku nampak macam cinta tu tak ada makna apa-apa"

Tanpa sedar,air mata Hifza jatuh. Siapa sangka dibalik sifat nakal itu ada seorang Fahim yang menanggung beban yang berat seorang diri.

Fahim yang perasan akan perkara jernih itu terus gelabah.

"Eh,cinta kenapa nangis ni?!"

"Mereka tak patut buat awak macamtu. Awak masih kecil. Awak sepatutnya..." Hifza tak
mampu teruskan.

Hatinya rasa sebak.

"Shhh,don't cry,cinta. You don't have to cry for me,cinta. It's okay. I'm fine. Benda dah lama lepas. Aku dah okay lah sekarang. Much better bila kau ada" kata Fahim jujur.

Air mata Hifza dikesat menggunakan tisu.

"Aku dah taknak mainkan hati perempuan. Aku nak belajar jadi lelaki setia. Aku nak jadi orang baik. Semua selepas kehadiran kau,cinta. Kau dah berjaya ubah aku. Dan untuk tu,aku sangat berterima kasih"

Fahim seyum seikhlas hati kepada Hifza.

BOW TO HERWhere stories live. Discover now