5

11K 1K 34
                                    

Kaki berjalan laju menyusuri setiap koridor. Di dalam hati tidak habis menyumpah seranah diri sendiri kerana terbangun lewat pagi ini. Semua salah atuk dan neneknya yang tiba-tiba nak buat jejak kasih pukul 12 tengah malam.

Saat kaki ingin melangkah naik ke tingkat atas,suara seseorang seperti sedang menangis menerpa halwa pendengaran. Hifza endahkan suara itu.

Mata tiba-tiba terlihat sepasang pasangan sejoli seperti sedang bergaduh. Hifza gulingkan mata ke atas.

"Macam tak ada tempat lain nak bincang. Kenapa nak bawa masalah sekecil kuman datang ke sekolah?" gerutunya di dalam hati.

Langkah dilajukan saat melihat wajah pasangan lelaki perempuan yang sedang menangis itu. Muka sehabis baik ditundukkan. Dalam hati tidak habis-habis berdoa supaya lelaki itu tidak perasan akan kehadirannya.

Tapi ternyata,semesta tidak berpihak kepadanya.

"Cinta!!!" laung suara garau itu.

Gadis dihadapannya melolot kaget selepas mendengar nama panggilan yang keluar dari mulut Raja Fahim Baihaqie.

"You,jangan cakap you curang dengan i Fahim!" Emelda mula meninggikan suara.

Fahim gulingkan mata ke atas.

"Come on,sebelum ni kau sendiri cakap dekat perempuan lain jangan letak harapan lebih and jangan harap aku nak setia. So? Apa bezanya diorang dengan kau. Tak ada. Korang semua sama" terdiam seribu bahasa Emelda dibuatnya.

Bibir diketap rapat.

"Thank you sebab tawar diri nak jadi girlfriend aku. But,you're not the one yg layak jadi permaisuri untuk seorang Raja" katanya selamba lalu melangkah pergi.

Hifza semakin mempercepatkan langkahnya saat melihat Fahim yang semakin mendekat.

"Cinta...Tunggu" arahnya namun diabaikan oleh Hifza.

Fahim sedikit tercungap saat kaki panjangnya sudah berjaya beriringan berjalan disebelah Hifza.

"Cinta,kenapa datang lambat?" tiada jawapan yang diterima.

"Cinta,aku tanya kau ni" Hifza masih diam.

Fahim mengeluh lemah. Tali beg Hifza ditarik sehingga langkah gadis itu terhenti. Wajah ditundukkan sedikit untuk melihat Hifza yang hanya separas hidungnya.

"Suka sangat palau aku ni kenapa,cinta?"

"Boleh tak jangan kacau saya? Saya dah lambat?" jawab Hifza perlahan.

"Lagi satu. Jangan jadikan saya kambing hitam awak untuk lepaskan diri dari scandal-scandal awak" Hifza jeling Fahim.

"Are you jealous,cinta?" sebelah kening diangkat sambil memandang Hifza.

"Saya? Jealous? Untuk apa? You're no one in my life,Raja Fahim Baihaqie" jawabnya bersama satu senyum sinis.

"Well,maybe not today. Tapi untuk masa kedepan?" senyuman sinis tadi dibalas kembali.

Hifza tayang wajah datar. Sedikit pun tidak terkesan dengan kata-kata Fahim. Baru sahaja kaki kembali ingin melangkah,Fahim terlebih dahulu menghalang.

"Aku hantar kau sampai kelas" kata Fahim.

"Saya tahu jalan nak pergi kelas saya sendiri" jam ditangan diapandang sekilas.

Masih ada 3 minit sebelum loceng pelajaran pertama bermula.

"Aku. Hantar. Kau. Sampai. Kelas" setiap bait bicaranya ditekan.

Hifza dongak sedikit. Melihat wajah tampan milik Fahim. Satu keluhan terlepas dari bibir munggil itu.

Tangan Fahim ditolak menggunakan buku yang ada di tangannya lalu kembali berjalan. Fahim senyum tipis. Langkahnya diatur dibelakang Hifza.

Tanpa sedar,sejak tadi lagi Emelda memerhatikan mereka dengan hati yang terbakar. Penumbuk dikepal erat. Mata mencerlung tajam ke arah Hifza.

"Looks like there's a nerdy who doesn't know her place" ujarnya sinis.

Nampaknya Emelda sudah ada pesaing baharu!

BOW TO HERWhere stories live. Discover now