16

10.4K 1.1K 72
                                    

Padang yang tadinya hanya dipenuhi oleh para pemain kini telah dikerumuni oleh semua pelajar dari kedua-dua buah sekolah.

Askania Highschool berjaya menjadi juara tahun ini. Dengan kemenangan 8-2. Lima daripada lapan goal itu dijaringkan sendiri oleh Fahim.

Sekarang,Hifza benar-benar percaya bila pelajar lain beitahu Fahim itu maniac bola sepak. Bila tengok sendiri depan mata,memang tak boleh nafikan yang Fahim layak diberi gelaran pro player.

Jadi,tak peliklaj bila lelaki itu dapat menyandang gelaran permain terbaik perlawanan akhir dan pemain terbaik seluruh kejohanan.

Hifza juga turut tumpang gembira. Siapa sangka,dibalik perangai playboy milik Fahim ada bakat yang lelaki itu sembunyikan. Ini baru satu yang boleh dilihat jelas. Belum yang lain lagi.

Hifza dan Tya menjadi orang terakhir yang turun dari astaka untuk ke padang.

"Ketepi...Ketepi..."

"Beri laluan...Tolong beri laluan..."

"Kecemasan... Kecemasan..."

Laungan itu berjaya membuka ruang menjadi satu jalan kecil. Dengan pantas Fahim menyelinap masuk ke dalam laluan itu selepas menangkap kelibat Hifza yang sedang turun dari astaka.

"Boleh tak bagi laluan? Saya nak pergi jumpa cinta saya ni"

Laung Fahim kuat untuk menarik perhatian semua orang supaya membuka laluan untuknya. Pelajar-pelajar tersebut memberi ruang kepada Fahim.

Sampai sahaja didepan Hifza dan Tya,Fahim tersengih lebar. Tangannya dipenuhi dengan dua piala yang baru diterima tadi.

"Aku cari Qalish jap" Tya memberi ruang untuk Hifza berbual dengan Fahim.

"Emm...Congratulations?" ucap Hifza kekok.

Fahim tersenyum manis. Lekok kecil dihujung bibir turut terbentuk.

"Cinta,aku rasa harini hari paling bahagia aku lah" jawabnya.

"Kenapa?" soal Hifza ingin tahu.

"Sebab..." Fahim letakkan piala-piala miliknya ke atas rumput.

"Sebab kau datang tengok game aku siap pakai jersey aku lagi. Lepastu kau accept perlawaan aku untuk keluar dating. Then sekolah kita menang. And lastly,aku dapat MVP Trophy"

Hifza angguk-angguk mendengar jawapan Fahim.

"Jadi,disebabkan harini aku happy,aku nak bagi kau hadiah"

Medal yang elok tergantung pada lehernya dikeluarkan lalu dikalungkan ke leher Hifza.

"Eh...Ini awak punya" Hifza ingin mengembalikan semula medal itu tapi ditegah oleh Fahim.

"Aku nak kau simpan medal ni,cinta. Jaga elok-elok. Sebab medal ini akan jadi tanda yang kau dah terima aku dalam hidup kau"

Hifza membatu. Pipinya mula bertukar warna menjadi merah. Pandangannya ditundukkan sehingga Hifza ingat sesuatu yang penting.

"Tu...Yang dekat tangan awak tu. Scrunchies saya kan? Awak buat apa dengan scrunchies saya?"

"Ouh,ni?" Fahim angkat pergelangan tangan kirinya yang masih dihiasi oleh scrunchies Hifza.

"Ini lucky charm baru aku" jawabnya tenang.

Makin meruap wajah Hifza.

"Bila awak ambil scrunchies saya?" Hifza peluk tubuh sendiri.

"Waktu dekat rooftop haritu"

"Awak tak minta izin saya pun..." Hifza muncungkan bibir kedepan.

Fahim tahan senyum. Kenapa Hifza perlu berkelakuan comel sebegini?!

Buat jantung Fahim tak tenang jadinya.

"Ala,scrunchies aja. Tak apa,nanti aku belikan yang baru okay?" pujuk Fahim.

Hifza keluhkan nafas perlahan. Tak guna nak marah Fahim. Benda kecil sahaja pun.

"Cinta,aku nak cakap something dengan kau" kali ini tiada lagi wajah nakal.

Wajah Fahim bertukar serious.

"Jangan pernah tunduk dekat Emelda. Aku tak suka bila kau senang-senang aja menyerah kalah macamtu depan dia"

Hifza tersentak. Fahim tahu?!

BOW TO HERWhere stories live. Discover now