3

11.9K 1K 112
                                    

Tali beg sekolah digenggan erat sambil berjalan ke arah pintu pagar utama sekolah. Tempat duduk di perhentian bas yang disediakan didekati. Punggung dilabuhkan disitu. Kereta yang lalu lalang diperhatikan.

Semakin lama semakin sikit bilangan pelajar yang menunggu di perhentian bas. Hifza mengeluh lemah. Smartphone dikeluarkan dari poket.

Aplikasi grab car dibuka. Bunyi ngauman motosikal berkuasa tinggi yang tidak jauh darinya membuatkan Hifza angkat kepala. Berkerut keningnya saat penunggang motosikal berkuasa tinggi berjenama kawasaki itu membuat full face helmet yang dipakainya.

Fahim?

"Dia buat apa dekat sini?" gumam Hifza sendiri.

Fahim turun dari motosikal yang ditunggangnya. Langkah mula dibuka untuk mendekati Hifza.

"Kenapa tak balik lagi?" soal Fahim saat sudah berdiri di depan Hifza.

Hifza hanya diam menunduk tanpa ada niat mahu menjawab. Batu-batu kecil dilantai ditendang sedikit.

Terkebil-kebil Fahim dibuatnya saat Hifza sedikit pun tidak melayan dirinya yang sedang berdiri seperti tugu negara ini.

"Seriously? Dia ignore aku? Jual mahal betul" monolog Fahim sendirian.

"Hifza,i'm talking to you" nadanya sedikit ditekan.

Untuk pertama kalinya Raja Fahim Baihaqie diabaikan oleh makhluk bergelar perempuan. Hifza manusia pertama yang tidak tertarik untuk mengenali Raja Fahim Baihaqie.

Kalau perempuan lain? Tak perlu Fahim tegur sebegini rupa,mereka sudah datang menggeletis.

Hifza mengeluh perlahan.

"Awak nak apa datang sini?" malas-malas Hifza angkat muka untuk melihat Fahim.

Kacamatanya dibetulkan sedikit.

"Nak ajak kau berkawan" jawabnya santai.

Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar sekolah. Hifza kerutkan dahi.

Berkawan? Dia dan Fahim? Kok bisa?

"Tak perlu. Saya tak suka ada orang famous dalam circle saya. Lagipun orang macam awak tak patut berkawan dengan budak nerd macam saya. Nanti standard awak jatuh" jawabnya dengan nada datar.

Fahim yang terdiam sendiri mendengar bait bicara Hifza. Untuk hari ini sahaja sudah dua kali Fahim ditolak secara mentah-mentah. Oleh orang yang sama pula tu!

Egonya rasa tercabar. Hifza memang lain dari yang lain. Mata beku milik Hifza ditatap penuh tentangan. Semakin lama semakin larut ke dalam hingga bunyi kereta yang berhenti memecahkan lamunan Fahim.

Hifza tarik nafas lega saat grab car yang dipesannya tadi sudah sampai. Beg sekolah dan barangannya yang lain diambil lalu bangun dari posisi duduk.

"Kalau tak boleh jadi kawan,apa kata jadi girlfriend aku?" Fahim masih lagi mencuba nasib.

Langkah Hifza terhenti. Tawa kecil yang kedengaran sinis terletus dibibirnya. Badan ditoleh kebelakang. Fahim dipandang atas bawah dengan nada beku.

"Sorry,but i don't date someone who doesn't know the meaning of loyalty" pintu grab car dibuka lalu badan dibolos masuk.


Kata-kata Hifza bagai peluru pada Fahim. Hatinya terasa sakit mendengar ucapan itu. Rasa bagai orang yang tak bertanggungjawab selepas mendengar komen Hifza.

"Am i that bad?" kening diangkat sebelah.

"Nah. It's okay,cinta. I'll make sure you become mine by hook or by crook. Because you already stole something precious from me. So, bear with the price"

Full faced helmet kembali disarung. Ngauman enjin moto besarnya kedengaran untuk sekian kali.

Iphone dari dalam poket seluar dikeluarkan. Aplikasi notes ditekan. Diketik sesuatu pada screen Iphonenya sebelum dimasukkan semula ke dalam poket.

Perlahan-lahan superbike miliknya mula membelah jalan.

Perlahan-lahan superbike miliknya mula membelah jalan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BOW TO HERWhere stories live. Discover now