24

9.4K 973 84
                                    

Ngauman enjin moto besar milik Fahim tidak pernah tidak menarik perhatian para pelajar. Namun hari ini,bukan penunggang moto itu yang menjadi perhatian semua orang. Pembonceng yang duduk ditempat belakang moto Fahim dipandang dengan penuh minat.

Moto kesayangannya elok dipakir ditempat yang disediakan. Perlahan-lahan Hifza turun dari atas moto. Helmet dibuka dan diserahkan kepada Fahim. Rambut yang sedikit berantakan dibetulkan menggunakan jari.

Semalam Fahim sudah menegaskan bahawa mulai hari ini,dia yang akan mengambil dan menghantar Hifza pulang dari sekolah. Hifza sudah menegah. Tapi Fahim tetap Fahim.

Keras kepala!

Fahim masih ralit memerhati wajah si cinta hati. Kejadian semalam masih terngiang-ngiang diingatan. Rasanya bagai sedang berada dalam mimpi.

"Baihaqie..." Fahim masih kaku ditempatnya.

"Baihaqieeee...." panggilan dari Hifza masih tidak dijawab.

Hifza mengeluh perlahan.

"Sayang...Saya panggil awak ni..." katanya geram.

Dahi Fahim dijentik sedkit.

"Auch!" dahi yang dijentik tadi diusap.

"Kenapa jentik orang ni,cinta?" terkebil-kebil Fahim dibuatnya.

"Saya panggil awak banyak kali tahu tak?" Hifza masamkan wajahnya.

"Ouh ye? Sorry la terberangan pula. Maklumlah ada bidadari depan mata kan..." Fahim tersengih suka.

Hifza gulingkan mata ke atas.

"Dah la. Saya nak pergi kelas"

"Eh,kejap cinta" Hifza tidak jadi menoleh pergi.

Tangan naik berpeluk tubuh. Menunggu Fahim untuk meneruskan bicaranya.

"Nanti rehat,pergi rehat dengan Tya. Balik pun nanti Tya hantarkan" Hifza kerutkan kening.

"Kenapa pula?"

"Kau lupa eh cinta?" Fahim membetulkan rambutnya pada cermin sisi moto.

"Harini kan aku ada friendly match dengan Alexendria Highschool. Aku mana ada dekat sini. Aku takut aku balik lambat. Nanti kesian pula kau kena tunggu sorang-sorang. Sebab tu aku suruh Tya hantar kau"

Hifza tepuk dahi. Macam mana boleh lupa pun dia tak tahu. Padahal,awal-awal lagi Fahim ingatkan semalam.

"Okay. Hm,good luck? Pergi sana main bole aja tau. Bukan pergi tambah fans or flirt dengan perempuan lain" Hifza garangkan wajahnya.

Fahim tergelak suka.

"Don't worry,cintaku sayang. Aku dah pencen dari jadi The Lengendary Player" Hifza jatuhkan kepala.








Seperti yang Fahim arahkan,Hifza sedang bergelak tawa bersama Tya di kantin. Meatball di dalam pinggan sudah licin masuk ke dalam perut. Smartphone di atas meja dipandang sepi.

Tadi Fahim ada menghantar sekeping gambar kepadanya sewaktu di dalam kelas. Gambar mirror selfie lelaki itu. Yang mengejutkan Hifza ialah tangan lelaki itu. Tangan yang dihiasi oleh scrunchies miliknya!

"Amboi...Suka betul eh korang gelak-gelak. Happy nampak" perli seseorang.

Tawa milik Hifza dan Tya serta-merta terhenti. Wajah manusia di hadapan mereka dipandang bosan.

"Kau nak apa ni,Emelda? Aku ingat kau dah bosan kacau life kitorang" Tya angkat sebelah kening.

"Sorry,permaisuri. Aku tak ada masalah dengan kau. Aku hanya ada masalah dengan dia" jari ditunding ke arah Hifza.

Hifza pula hanya tenang ditempatnya.

"Rasa macam mana eh jadi perampas? Seronok tak?" soal Emelda Hifza.

"Eh,aku tak faham la apa yang ada dekat kau ni budak nerd. Sampai Fahim boleh melekat lama dengan kau" jari Emelda yang ingin menunjal kepala Hifza ditepis kuat oleh Tya.

Garang mata gadis itu melolot ke arah Emelda. Emelds pula cuba berlagak tenang.

"Dengar sini budak nerd. Raja Fahim Baihaqie tu The Legendary Player. Jadi,kau jangan nak percaya diri sangat. Jangan selesa sangat dengan apa yang kau ada sekarang. Bila-bila masa sahaja dia boleh buang kau dari hidup dia. Waktu tu baru kau tahu apa maksud sakit hati. Biar padan muka kau"

Kini seluruh isi kantin menumpukan perhatian kepada mereka.

Hifza tertawa sinis. Kacamata bulatnya ditanggalkan.

"Dia sakitkan hati aku? Pfftt...Buat lawak ke?Listen here,Emelda. That boy,who you admire the most doesn't even know who's the real me. You yourself doesn't know who i am. Do you think he can hurt me? In you guys dream"

Tangan Tya ditarik keluar dari kantin.

Emelda tegup liur. Aura yang baru dirinya terima dari Hifza buatkan seluruh tubuh merinding.

BOW TO HERWhere stories live. Discover now