27

9.3K 923 83
                                    

Gelak tawa mereka menjadi irama indah yang disaksikan oleh semesta.

Bahagia.

Itu yang Fahim dan Hifza rasakan saat ini. Bersama menikmati keindahan langit senja yang menjadi simbolik kepada hari yang suram juga terkadang bisa berakhir dengan indah.

"Should we go back? Dah lewat ni" Hifza jatuhkan kepala.

Barang-barang milik mereka dikemas semula untuk dimasukkan ke dalam kereta.

"AARRGHHH TOLONGGG!!!"

Jeritan itu berjaya memberhentikan langkah Fahim dan Hifza. Kepala ditoleh ke arah sesama sendiri.

"Dengar tak?" soalan Hifza mendapat anggukan dari Fahim.

"Nak pergi tengok?" Fahim pandang Hifza dengan wajah penasaran.

Segera barang yang berada di tangan dimasukkan ke dalam bonet kereta.

Badan Hifza ditolak ke belakang badan Fahim. Bersiap sedia melindungi gadis itu jika terjadi sesuatu yang tidak diinginkan.

Semakin lama semakin kuat lolongan meminta tolong tersebut. Semakin kuat juga genggaman Hifza pada baju yang Fahim kenakan.

Entah mengapa hatinya berkata keberadaan mereka di sini bukanlah sesuatu yang baik.

"TOLONGG!!" membulat terus mata Fahim dan Hifza ketika ini.

Dihadapan mereka ketika ini ada seorang perempuan yang dikonkong oleh satu tubuh tegap. Gadis itu sedang meracau-racau ingin melepaskan diri.

Baju bahagian atasnya sudah terkoyak dibahagian bahu.

"WOI!" jerit Fahim lantang.

Laju kaki Fahim berlari ke arah lelaki itu. Sebuah tendangan mendarat di belakang badan lelaki tersebut. Tendangan itu berjaya membuatkan jarak antara lelaki itu dengan gadis tadi.

Hifza berlari cepat ke arah gadis yang sudah terkulai lemah itu. Badannya menggeletar hebat. Mungkin takut dan trauma dengan apa yang baru sahaja terjadi.

Di sisi lain,tangan Fahim sedari tadi tidak berhenti menumbuk wajah lelaki yang ditendangnya tadi. Merasakan pergerakan lelaki itu semakin melemah,barulah Fahim bangun dan berundur beberapa tapak.

Kaki kembali diatur ke arah Hifza dan gadis tadi.

"Cinta,everything's fine?" soalnya.

Hifza angguk lemah sebelum melirik ke arah gadis yang masih berada di dalam dakapannya.

"Cik,cik okay?" kali ini sekali lagi Fahim dan Hifza terkejut saat melihat wajah gadis yang baru sahaja memanggungkan kepalanya itu.

"EMELDA?!"




Emelda hanya menatap ke arah Hifza yang masih lagi kusyuk mengubati tangan Fahim yang sudah lebam dan terluka.

Bajunya sudah digantikan dengan sweatshirt milik Hifza.

"Lain kali,jangan sok sok jagoan sangat..." sengaja kesan lebam pada tangan Fahim ditekan lebih dalam sehingga lelaki itu mendesis kecil.

"Cinta...Sakittt..." adunya bersama bibir dimuncungkan.

Hifza gelengkan kepala.

"Oi,kau. Asal kau boleh ada dekat sini? Macam mana lelaki tu boleh ada dengan kau?" Fahim memandang ke arah Emelda yang turut memandang ke arah dirinya.

"I-i datang sini saja-saja je. Tiba-tiba le-lelaki tu..tarik i mas-masuk semak..." terbata-bata ayat yang cuba diajukan olehnya.

"Kau datang sini naik apa?" Hifza hanya diam mendengar perbualan mereka.

"Naik grab"

Fahim jatuhkan kepala. Wajah Hifza ditenung sebentar.

Hifza yang perasan akan renungan itu segera memandang Fahim semula.

"What?" soalnya sepatah.

Bagai sudah boleh mengagak apa yang Fahim inginkan.

"Cinta...." panggil Fahim melerek.

Hifza mengeluh lemah.

"Fine. Dia boleh tumpang kita" jawabnya acuh tak acuh.





Sejak perjalanan dari pantai hingga ke rumah Emelda,suasana dalam kereta hanya diam. Tiada yang bersuara. Semuanya terasa janggal.

Sampai sahaja di rumah Emelda,Fahim menghantar Emelda hingga ke pintu pagar. Sedangkan Hifza hanya bersandar pada kereta.

"Thank you sebab dah tolong i tadi. Kalau you takde i tak tahu lah apa jadi" katanya dengan nada lemah.

Fahim hanya mengangguk. Tidak menjawab.

Saat badannya dibalikkan untuk mendekat ke arah Hifza,cepat-cepat Emelda menarik lengan Fahim. Fahim kerutkan dahi. Tangannya direntap dari pegangan tersebut.

"B-boleh tak you teman i dekat dalam? I-i takut nak bagitahu my parents..."

Fahim berbelah bahagi. Jam ditangan dikerling. Sudah hampir pukul 8 malam. Wajah Hifza dipandang sekilas sebelum kembali memandang Emelda. Wajahnya diraup kasar.

"What's wrong?" akhirnya Hifza bersuara.

Fahim memandang Hifza dengan wajah kelat.

"Cinta,balik dulu boleh? Aku temankan Emelda kejap" pinta Fahim lembut.

"I'm staying. Nanti awak nak balik dengan siapa?" tegas Hifza.

"Aku balik naik grab pun boleh. Cinta,balik lah. Dah lewat ni my love" pujuk Fahim.

Hifza merengus kasar.

"Fine"

Mendengar kata putus dari Hifza,segera Emelda mengajak Fahim masuk ke dalam.

Hifza mengeras ditempatnya sesaat. Tolong jangan cakap dia salah nampak. Hifza tak berhalusinasi bukan?

Tadi,sebelum pintu pagar rumah Emelda tertutup rapat,Hifza nampak gadis itu sedang tersenyum mengejek ke arahnya.

Devil smirk!

BOW TO HERWhere stories live. Discover now