6

10.8K 1K 14
                                    

Bihun goreng yang dibeli tadi dijamah. Terkadang mata meliar melihat keadaan kantin yang masih padat dengan para pelajar.

Kerusi dihadapannya yang tadi masih kosong kini sudah berpenghuni. Hifza toleh sedikit. Melihat siapa gerangan hamba Allah yang duduk semeja dengannya dan Tya.

Entah mengapa hati tidak langsung terkejut saat melihat wajah Fahim dan Qalish yang berada didepannya saat ini bersama senyuman manis.

"Hi,kitorang tumpang duduk sini boleh? Meja penuh" Qalish sopan meminta izin.

Hifza tidak menjawab. Makanan pula kembali dijamah. Tya jatuhkan kepala memberi keizinan.

Hifza pejamkan mata. Dirinya mula terasa rimas saat banyak mata sedang mengerling ke arah meja mereka. Ada juga para pelajar yang sedang berbisik.

Boleh tak kalau sekali aja cuba jangan kisah dengan life orang lain? Pandangan mereka buatkan dirinya takut. Insecure.

Hifza tolak pinggan ketepi. Rasa seperti mahu lari keluar kantin sekarang juga. Sungguh dirinya tidak pernah sukakan perhatian.

Apa pelik sangat ke nampak Raja Fahim Baihaqie dan Qalish Fikri duduk makan semeja dengan mereka? Kenapa perlu pandang macam ada alien baru lepas turun melawat bumi?

Tya yang terperasankan wajah gelisah Hifza pantas menyoal.

"Hifza,okay tak?" soalnya prihatin.

Hifza tayang senyum segaris. Kerusi ditolak kebelakang. Langkahnya diatur meninggalkan kantin untuk kembali ke kelas.

"What's wrong with her?" soal Fahim selepas lama berdiam diri.

Bukan tidak mahu bercakap tapi Fahim cuma tidak mahu mengganggu Hifza. Sejak dari awal duduk tadi lagi,dia memerhatikan gadis itu. Ringan sahaja mulutnya ingin memaki semua orang yang membuat Hifza tidak selesa,tapi hasrat itu masih ditahan.

"It's your fault" matanya mencerlung ke arah Fahim.

"She's not like us. She hate attention. And kau dengan semudahnya datang duduk sini dan buatkan dia makin tak selesa" meja dihentak kuat sebelum Tya turut bangun dari duduknya.

Fahim terkedu seketika. Sebab dia kah wajah Hifza kelihatan pucat sahaja sedari tadi? Wajah diraup kasar. Qalish pula hanya selesa diam dan memerhati.





Dewan kuliah mula dipenuhi dengan para pelajar kelas 5 Estaria dan 5 Ixorias. Kelas sejarah mereka terpaksa digabungkan kerana cikgu sejarah yang mengajar kelas 5 Ixorias mengambil cuti bersalin.

Hifza yang sedari tadi ralit membaca buku teks sejarah mengangkat wajah saat bisikan para pelajar tiba-tiba sahaja semakin kuat menyapa halwa pendengaran. Angkat sahaja kepala,Fahim sudah bersedia menyambut panahan matanya. Hifza mengeluh kecil. Dalam banyak-banyak kelas,kenapa mesti gabung dengan kelas Fahim?

Suara-suara yang menghiasi dewan kuliah tadi mula sepi saat Sir Azri melangkah masuk dan sudah mula mahu mengajar.

"Saya taknak mengajar. Sebab saya tahu,bila ramai macamni yang akan fokus apa yang saya ajar hanya beberapa kerat sahaja. Jadi,saya nak bagi kamu tugas berpasangan"

"Tapi pasangannya saya yang tentukan sendiri" sambungnya lagi.

Saat itu juga,suara-suara keluhan dari para pelajar mula kembali kedengaran.

"Acap dengan Nani..."
"Hakim dengan Khaira..."
"Tya dengan Nazhan..."
"Fahim dengan Emelda..."

Emelda tersenyum senang apabila namanya digangdingkan dengan Fahim. Senyumnya dikoyak hingga ketelinga. Fahim pula sudah menjeling malas. Dalam hati sudah merungut.

"Last,Qalish dengan Hifza. Now sila bergerak duduk dengan partner masing-masing dan dengar penjelasan saya untuk tugas ni"

Hifza statik ditempatnya saat melihat Qalish sudah terlebih dahulu datang mendekat.

"Hi,Hifza" tegurnya.

Hifza hanya membalas dengan senyuman nipis. Qalish labuhkan duduk. Buku nota miliknya diletakkan ke atas meja.

Terasa seperti diri diperhatikan,Qalish toleh ke arah kirinya. Benar,Fahim sedang memerhatikannya dengan pandangan yang memberi sejuta amaran. Qalish senyuk senget. Sengaja mahu mengusik Fahim.

Tapi bila melihatkan wajah tegang Fahim,tahulah Qalish bahawa dia sedang bermain dengan api.

BOW TO HERWhere stories live. Discover now