1

12.5K 1K 27
                                    

Ikatan rambutnya dikemaskan. Baju sekolah yang tersarung dibadan dibetulkan supaya lebih selesa. Converse high cut bewarna putih tersarung cantik pada kaki. Beg galasnya digenggam erat.

Satu keluhan kecil dilepaskan. Kacamata bulat yang sedikit melorot ditolak semula supaya terletak elok di atas batang hidung. Degup jantungnya berdetak hebat.

Gugup dan gemuruh. Itu yang dirasakan saat ini. Tambahan lagi hari ini ialah hari pertama dirinya mendaftar masuk ke sekolah baharu.

Padangan dari semua orang saat dirinya melintasi setiap kelas mebuatkan dirinya tidak selesa. Tipikal apabila menjadi budak baharu. Buatlah apa pun untuk tidak tonjolkan diri,namun akhirnya tetap akan menjadi tumpuan semua orang juga.

Kaki berhenti melangkah saat guru pengiring yang datang bersamanya tadi turut berhenti. Papan tanda yang berada di atas kepala dipandang.

5 Estaria.

Itu nama kelas baharunya. Liur ditegup sekali apabila guru yang sedang mengajar mempersilakan dirinya untuk masuk ke dalam. Perlahan kaki melangkah masuk.

Menggigil kecil tubuhnya saat mendapat pandangan dari seisi kelas. Paranoid? Mungkin.

"Okay class,we have a new student today. Dear,please introduce yourself to the class"

Nafas ditarik dalam lalu dihembus. Wajah cuba dimaniskan dengan senyuman kecil.

"My name is Hifza Atalia. You guys can call me Hifza" sejurus itu wajah guru yang bertugas dipandang.

Menandakan itu sahaja sesi suai kenal mereka untuk sekarang. Cikgu tersebut berdehem sedikit. Mungkin terkejut. Ini kali pertama ada pelajar yang memberi pengenalan sependek Hifza.

"Em..okay. Hifza boleh duduk dekat sebelah..." matanya melilau memerhati seisi kelas.

Mencari tempat kosong untuk menjadi tempat duduk Hifza. Matanya terhenti kepada seseorang. Senyumannya mula mengembang.

"Hifza boleh duduk sebelah Tya. Tya angkat tangan so that Hifza kenal awak"

Dengan senang hati Tya melakukan apa yang diarahkan oleh guru sejarahnya. Hifza angkat sebelah keningnya. Satu senyuman nipis diukir saat melangkah mendekati teman semejanya yang baharu.

"Nice to meet you,Hifza" Hifza jatuhkan kepala.

Ipad dari dalam beg sekolah dikeluarkan. Mata dirah ke papan putih untuk meneruskan sesi pelajaran yang tergendala sebentar tadi.






Iphone yang tadinya berada di bawah meja diletakkan ke atas meja. Rambut dikuak kebelakang. Kelas yang sunyi memandangkan sekarang ialah waktu rehat membuatkan dirinya yang mengantuk semakin dibuai rasa ingin tidur.

Baru sahaja kepala ingin mendarat di atas permukaan meja,rambutnya ditarik kuat sehingga lelaki itu meringis kesakitan.

"Don't sleep first my king" seru satu suara garau.

Raja Fahim Baihaqie berecit sebal. Matanya tidak lepas memerhati manusia yang sesang duduk didepannya.

Nasib sahaja member. Kalau tidak sudah lama lebam muka ketua pengawas yang satu ini.

"Nak apa Qalish Fikri?" soalnya malas.

"Ini nasi lemak kau" satu bungkusan nasi lemak disuakan pada Fahim.

Dengar sahaja perkataan nasi lemak,segar terus mata kuyunya. Laju bungkusan itu disambar.

Qalish Fikri gelengkan kepala. Kadang terfikir,macam mana ketua pengawas macam dia boleh jadi bestie for lyfers dengan ketua bala macam si Fahim ni.

Perangai macam langit dengan bumi. Seorang macam malaikat seorang lagi macam atok jin.

"You know what. Sekolah ni ada budak baru. Batch kita. Budak kelas aku" kunyahan Fahim terhenti.

"Perempuan?" itu yang disoalnya.

"Kalau jantan aku tak bagitahu kau la bebal"

Fahim guling mata ke atas. Kepala diangguk-angguk sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulut.

Ada mangsa baru!

BOW TO HERWhere stories live. Discover now