28

9.1K 1K 142
                                    

Dua minggu berlalu dan rasanya bagai semuanya kembali kepada titik permulaan semula.

Tiada lagi panggilan yang selalu menemani dikala sunyi. Jangankan panggilan,message sahaja susah untuk di reply.

Bila ditanya kemana,semuanya mesti akan berkait rapat dengan Emelda. Katanya Emelda masih trauma dengan apa yang jadi dan ibu bapa Emelda mengharapkan Fahim untuk menjaganya untuk seketika sehingga Emelda pulih seperti sedia kala semula.

Yang dulunya selalu mengambil dan menghantar pulang sekolah kini sudah memungkiri janjinya.

Seperti sekarang.

Hifza gulingkan mata ke atas melihat kemesraan Fahim dan Emelda yang sedang berada di depan locker milik si gadis. Senyuman yang Fahim lemparkan pada Emelda ketika ini pernah menjadi miliknya satu ketika dahulu.

Hanya untuk dirinya yang tidak perlu berkongsi dengan orang lain.

Fahim dan Emelda didekati.

"Baihaqie,can we talk?" senada sahaja suara Hifza.

Fahim kerutkan kening. Namun tetap juga dianggukan kepalanya.

Hifza memandang bosan ke arah tangan Emelda yang sedang menggenggam kuat hujung baju sekolah milik Fahim. Bagai tidak mahu melepaskan Fahim pergi.

"What's wrong,cinta?"

"Ah,so yo know that you still have a cinta?" penuh sarkastik soalan yang diajukan.

Fahim terdiam. Mungkin faham kemana arah perbicaraan Hifza selepas ini.

"Sampai bila nak jadi bodyguard tak berbayar dia Raja Fahim Baihaqie?"

"Mana common sense kau,Hifza Atalia?"

Hifza gelak hambar. Tiada lagi panggilan 'cinta' meniti di bibir itu.

"Common sense? Bullshit" terkejut Fahim dibuatnya.

Pertama kali mendengar Hifza mencarut.

"If awak lupa,biar saya ingatkan semula. You're my man,Baihaqie. Saya tak kisah awak nak tolong perempuan mana-mana but know your limit. It's not your job to keep them warm,to comfort them,to be their driver. you responsibilities are only me not other girls!"

"Come on,Hifza. Jangan jadi selfish sangat. Who do you think you're to control my life and what i need to do?" tanpa sedar Fahim menuturkan ayat tersebut.

Saat melihat riak wajah Hifza yang sudah berubah,mata Fahim membulat.

"Cinta,aku minta maaf. I didn't mea-" gelengan kepala dari Hifza membuatkan Fahim terdiam.

"I love you and that wasn't enough i guess. I was wrong from the start for open up to you. I thought i could fight for you. Well,looks like i can't. I'm not your first priority anymore,anyway. You already forgot me after what happened to Emelda. Dan semenjak hadirnya dia,kita bukan lagi kita. Awak bukan lagi Baihaqie yang saya kenal"

Fahim terpempan ditempatnya. Hati terasa bagai dihempas dengan sesuatu yang besar selepas mendengar luahan Hifza.

Jujur Fahim katakan,selepas apa yang terjadi kepada Emelda,Fahim banyak abaikan Hifza. Namun lelaki itu ada sebab tersendiri.

"Maybe,it's true about what other people said about you. At the end of the day,a player always be a player"

Dan kali ini,Fahim jatuh sejatuhnya selepas nada kecewa itu meluncur keluar dari bibir Hifza.

A player?

Tak,dia tidak pernah duakan Hifza. Tak akan mungkin perkara itu terjadi. Sudah lama Fahim tinggalkan perangai buruknya yang satu itu.

"Cinta...No" panggilnya perlahan saat kaki Hifza sudah melangkah pergi.

Entah mengapa tangan terasa begitu lemah untuk menahan gadis kesayangannya dari pergi. Rambut diraup kasar.

"If only you know that i'm trying to protect you,cinta" gumam Fahim perlahan.

Tanpa Fahim sedar,dari kejauhan ada seseorang yang sedang tersenyum mengejek ke arahnya saat ini.

BOW TO HERWo Geschichten leben. Entdecke jetzt