26

8.8K 943 26
                                    

Siapa sangka Fahim akan benar-benar kotakan janjinya. Sudah dua bulan bersama Hifza dan Fahim bersama dan tidak pernah sekali pun lelaki itu mendekati mana-mana perempuan selain Hifza dan Tya.

Rasanya gelaran The Legendary Player itu sudah boleh diturunkan kepada orang lain kot?

Hifza memandang dirinya yang dipantul oleh cermin untuk kali terakhir. Selepas berpuas hati dengan penampilan sendiri,Hifza melangkah keluar dari bilik. Kunci kereta dicapai.

Hari ini Hifza telah merancang untuk keluar bersama-sama dengan Fahim. Tapi syaratnya,Hifza yang drive. Tentu sahaja Fahim tidak membantah.

Kereta milik Hifza perlahan-lahan meluncur di atas jalan untuk ke rumah Fahim.


Senyum Fahim semakin mengembang saat melihat kereta milik Hifza sudah jelas pada penglihatannya. Rambut dan pakaiannya dirapikan terlebih dahulu.

"Enjoy your date,lovebirds" Qalish menepuk bahu Fahim dari belakang.

Lelaki itu hanya mengenakan plain t-shirt bewarna hitam bersama seluar jeans yang senada dengannya. Daripada duduk rumah seorang diri,ada baiknya Qalish juga keluar bukan?

"Enjoy your me time too bro" fist bump dilakukan seperti selalu.

Saat kereta Hifza sudah berhenti disebelah,Fahim terus masuk ke dalam perut kereta.

"Morning,cinta kesayangan Baihaqie" ucapnya bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.

"Morning too" Hifza juga turut tersenyum.

Fahim tidak pernah gagal menghadirkan sejuta rama-rama dalam perut Hifza.

"Awak nak pergi mana?" soal Hifza.

"Anywhere. As long as ada kau dekat sisi aku,aku akan pergi mana-mana aja"

Terus merona pipi Hifza dibuatnya.

"Okay,kalau macamtu...saya bawa awak pergi tempat kesukaan saya" Fahim jongket sebelah kening.

Menarik.



Bau air laut mula menusuk ke dalam hidung. Bunyi ombak yang menghembus pantai terdengar seperti satu melodi indah di halwa telinga.

Terkebil-kebil Fahim memandang pantai didepannya. Patutlah Hifza awal-awal lagi sudah mengingatkan Fahim untuk membawa baju salin. Ingatkan mahu ke taman tema air atau apa. Ternyata ke sini rupanya.

Baru hari ini Fahim tahu bahawa gadisnya menyukai pantai.

"Jom" Hifza mula mengangkat barang yang diletakkan ke dalam bonet kereta sebelum datang ke sini tadi.

Tikar dibentangkan dibawah sebuah pokok kelapa. Bakul yang terisi penuh dengan makanan juga diletakkan di atas tikar itu. Mujur cuaca hari ini tidak terlalu panas.

"Picnic? Serious lah cinta?" Fahim tergelak kecil.

Rasa bagai de javu pula.

"Apa? Ingat awak aja boleh buat suprise picnic? Saya pun boleh tau"

Fahim terkekeh suka sebelum labuhkan duduk disebelah Hifza. Lincah tangannya membantu Hifza mengeluarkan semua makanan untuk disusun.

"Kenapa tiba-tiba sweet sangat ni cinta? Ada apa-apa ke?"

"Ada" jawab Hifza pantas.

Fahim kerutkan kening. Dia ada lupa tarikh penting ke? Smartphone yang tersimpan elok di dalam poket seluar dikeluarkan.

Aplikasi reminder dan calendar dibuka. Tiada apa-apa perkara penting yang tercatat untuk hari ini.

Hifza gelengkan kepala melihat telatah Fahim. Siapa cakap The Legendary Player kita tak boleh jadi mat blur?

"Saya ajak awak datang sini,sebab nak celebrate awak yang dah turun takhta"

"Huh?" terpinga-pinga Fahim jadinya.

Hifza tersenyum lembut ke arah Fahim.

"Awak dah buktikan pada saya yang awak boleh berubah,Baihaqie. Dan untuk itu,saya rasa saya manusia paling beruntung sebab dapat awak yang sekarang. Thank you. Thank you sebab dah cuba jadi yang terbaik untuk saya Baihaqie"

"Anything for you,my cinta"

BOW TO HERWhere stories live. Discover now