" Patutkah saya bertanya apa yang diadukan oleh your Naifa itu?"

Kali ini dia sudah tidak lagi perduli sama ada nada suara dan mimik wajahnya kini tidak ubah seperti seseorang yang sedang diamuk cemburu buta kerana jelas sekali Eric sedang memandu perbualan tersebut menuju ke satu arah.

Bring it on,you Knight in shinning armour!

"Saya masih boleh terima bagaimana Farhan membuli Naifa dulu.Tapi,jika ia berulang lagi saya tidak akan berdiam diri.Apa tidak cukup lagikah?"

Tanpa sedar,Farhan menyambar pergelangan tangan Eric yang sudah melangkah mendahuluinya setelah menghamburkan perkataan yang sebahagian besarnya tidak difahami olehnya.Ada banyak perkataan yang dirasakan Farhan berjaya membuatkan darahnya naik mendadak sehingga ke ubun-ubun.

Satu.Dia sangat tidak suka dengan nada dan pilihan perkataan Eric kepadanya.

Dua.Naifa itu bukannya barang yang boleh diumumkan kepemilikannya sesuka hati tanpa persetujuan dari yang empunya diri.

Dan ketika Eric menoleh,Farhan sempat melihat sekelebat tatapan sengit pemuda itu kepadanya.

"Maksudnya apa??"

Lama Eric menatap wajah Farhan dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan.

" Sampai sekarang Naifa masih menyalahkan diri kerana menganggap dialah penyebab kepada kejadian yang meragut ibunya lama dulu.But guess what? I think you are the one who should at least for once apologize to her.Farhan takkan tahu seberapa banyak parut yang you dah tinggalkan pada Naifa!"

Farhan tergamam bagaikan kepalanya disimbah sebaldi air berais.Sejuk merambat ke seluruh tubuh lalu menghantar gementar yang tidak terhingga ke segenap sendi anggotanya.

" Farhan tahukan apa yang menimpa ibu Naifa ketika mencari Naifa yang belum balik dari sekolah walaupun hari telah lewat? Sebab apa? Sebab ada orang yang menguncinya di dalam tandas dalam keadaan dia demam.Mengapa ada orang membuli Naifa sehingga begitu sekali,saya rasa tidak perlulah saya terangkan dengan lebih lanjut.Farhan pasti lebih tahu,bukan?"

Pemuda itu mengap-mengap ingin mengatakan sesuatu tetapi suaranya hilang entah ke mana.Bahkan perkataan yang diaturnya untuk meningkahi setiap kata-kata daripada Eric bertaburan begitu sahaja.

Bagaikan imbasan imej projektor,kejadian belasan tahun itu kembali tertayang dalam kotak ingatannya.Bagaimana mungkin dia boleh lupa kejadian tersebut kerana pada waktu itulah dia menyedari bahawa 'usikan' nya kepada Naifa sedang berada pada fasa yang boleh dikatakan melampaui batas.

Betapakan tidak.Hari Isnin itu menjadi hari paling gempar kerana ketika pintu tandas yang terkunci dibuka secara paksa,kelibat seorang pelajar perempuan sedang terduduk dengan wajah pucat lesi seperti kertas.Rupa-rupanya dia terkunci di dalam tandas itu sejak hari Jumaat minggu sebelumnya.

Naifa!

Tiga hari terkunci di dalam tandas benar-benar membuatkan seisi sekolah panik namun tidak ada yang lebih tragis daripada Naifa sendiri.Kerana kelibatnya tidak kelihatan walaupun sesi persekolahan telah lama berakhir,Farhan masih ingat bagaimana seluruh ahli keluarga dan penduduk kampung mencari Naifa di semua pelusuk dan bermacam-macam andaian mula timbul.

Ibu Naifa yang paling runsing dan ketika itulah tiba-tiba sahaja dia tumbang tidak sedarkan diri.Mungkin kerana terlalu risau dan cemas dengan kehilangan anak bongsunya itu.Dibawa ke hospital tetapi arwah meninggal dalam perjalanan dan ia disahkan oleh pihak hospital sebagai serangan jantung.

Dan Naifa yang masih lemah dan demam itu pitam sebaik sahaja melihat jenazah ibunya terbujur kaku di ruang tamu.Farhan yang menyaksikan tragedi itu merasakan ada rasa bersalah yang sangat berat menimpa kepalanya namun dia terlalu pengecut untuk sekurang-kurangnya meminta maaf kepada Naifa.

Naifa yang pendiam semakin bertambah murung dan akhirnya Farhan tidak lagi melihat Naifa di mana-mana.Dikhabarkan dia mengikuti Kak Uya yang berpindah disebabkan suaminya yang merupakan seorang anggota tentera ditugaskan ke tempat lain.

Sehinggalah Naifa muncul semasa Minggu Orientasi beberapa minggu yang lepas dan membuatkan Farhan tidak keruan jadinya.Dan kini,setelah sekian tahun-Eric kembali mengingatkannya kepada kejadian tersebut dan sekali lagi Farhan menyedari dia sebenarnya amat bersalah kepada gadis tersebut.

Maka,wajar sahaja jika Naifa melayannya acuh tidak acuh dan selalu memandangnya dengan pandangan kebencian.

Wahai Muhammad Farhan Bin Haji Zainuddin.Apa yang telah engkau lakukan??!!

"Haih..rancaknya berbual.Tentang apa?"

Suara Kak Uya tiba-tiba kedengaran dari arah belakang membuatkan kedua-duanya pantas menoleh.Naifa sudah sarat menjinjit plastik manakala Kak Uya sendiri pula menggantungkan raga plastik pada ruas lengannya.

"Cerita kisah lama.."

Eric kembali menebar personanya dengan senyuman yang penuh lalu tanpa diminta,pemuda itu meraih plastik pada tangan kiri Naifa dan kedua-duanya meminta izin untuk pergi dahulu menuju ke kereta bagi memuatkan barang-barang belian.

"Sekejap nanti saya suruh Naifa datang ya Hajah."

"Haah.Rasanya saya ada ternampak dua tiga kuntum bunga kantan tu.Tak perlulah beli lagi.Cukup untuk sekali masak."

Demikian perbualan antara Kak Uya dan ibunya dan Farhan yang masih tegak itu hanya mampu memerhatikan kelibat Naifa dan Eric yang semakin menjauh.Tanpa sedar dia mengeluh berat.Sungguh.Segala tenaganya bagaikan dihisap oleh kenyataan demi kenyataan yang jatuh menimpa kepalanya sebentar tadi.Hendak melangkah sahaja kakinya sudah terasa berat.

Aduhai,Naifa Zahra..Seberat itukah cubaan yang kau tanggung selama ini hanya kerana kebodohan seorang Muhammad Farhan?

*                *                 *

My Dear LoserWhere stories live. Discover now