Bab 27

29 2 0
                                    

"Apa?!"Senrose terasa seperti jantungnya jatuh sahaja apabila mendengar berita itu.Kakinya lekas mencari Jakfeer.Setelah mendapati Jakfeer sedang membuat kerjanya dibilik pejabatnya lekas Senrose menuju ke arah Jakfeer dengan tergesa-gesa.

"Awak.Saya nak keluar kejap.Nak melawat kawan saya masuk hospital tadi"kata Senrose dengan tergesa-gesa.

"Siapa?saya nak ikut juga.Nak teman"balas Jakfeer yang sudah menutup fail kerjanya dan laptop.

"No!.Tak apa, saya boleh pergi sendiri.Awak buat kerja awak okey.Apa-apa saya call"kata Senrose lekas berlari menuju ke tangga dan mendaki ketingkat atas.Dia perlu siap cepat.Terasa risau pula dia bagaimana keadaan Soffya.Tentu dia menangis dan terlampau sedih sekarang.

____________________________

"Mana soffya?"soal Senrose apabila menolak pintu bilik wad itu.

Semua yang melihat ketibaan Senrose sedang menundukkan kepala menandakan hormat ketibaannya.Senrose sudah berkerut dahinya.Hatinya menjadi ragu-ragu,dia tahu tundukkan kepala kesemua orang disekelilingnya sekarang.Senrose cuba menafikan firasatnya itu dengan anggapan bahawa Ryan tidak apa-apa.Kakinya menuju ke satu tirai yang melindungi sesuatu.

Kakinya semakin perlahan apabila hendak tiba ke tirai itu.Dia harap tiada apa-apa buruk berlaku dan baik-baik sahaja.

Senrose menyelak tirai itu.Hampir rebah tubuhnya apabila melihat Ryan telah ditutupkan dengan sehelai kain selimut dan dibaringkan diatas katil.Soffya hanya merenung sahaja jasad itu.

"Soffya... Ryan tak apa-apakan? Kenapa bertutup bagai?"walaupun soalan itu ditujukan pada Soffya matanya masih merenung ke jasad itu sambil kakinya melangkah ke sebuah katil itu.

Soffya tidak beraksi apa-apa hanya air mata yang menitis berkali-kali .Wajahnya jelas kepenatan dengan tangisannya.Matanya hanya memandang ke wajah Ryan yang ditutupkan oleh kain.

Senrose menyelak pula kain yang menetupi wajah Ryan itu.Senrose sudah rebah,jatuh diatas sebuah kerusi dibelakangnya. Wajahnya terkaku melihat wajah Ryan yang sudah pucat itu.Jantung Senrose laju berdegup sehingga jelas tubuh Senrose terhinjut-hinjut itu.Beberapa air liur ditelannya.

"Kalau kau ada temankan dia pasti semua ni tak jadi"kata Soffya perlahan.

Senrose menoleh memandang Soffya.Dia tahu Soffya menuju kata itu padanya.

"Apa kau cakap ni?"kata Senrose dengan keanehan.Kenapa pula nak salahkan dia?.

"Apa aku cakap kau tanya?!.Eh!!! Kau tahu bukan? yang Ryan sedang menjadi sasaran masa tu.Mana kau?!!! Mana kau masa tu,hah!!!!"Soffya sudah bangun,menjerkah Senrose sekuat hatinya.

Konconya yang disebalik tirai sudah menyelak tirai dan masuk kedalam ruang itu.Ada konconya telah menuju ke arah jasad Ryan dan menutupkan kain semula wajah Ryan dan manakala telah memujuk Soffya agar bertenang.

"Kau sendiri tahu aku ada kerja lain bukan?!. Sepatutnya aku yang tanya kau,sebagai girlfriend dia mana engkau masa tu?!.Mana engkau Sarah?!.Mana engkau Danish?!,mana korang semua,hah.MANA KORANG SEBAGAI KETUA LEVEL 1 YANG SELALU ADA DENGAN DIA,MANA?!"bengang Senrose apabila dia menjadi tempat dipersalahkan sedangkan semua mereka tahu yang dia sibuk dengan apa dikerjakan Senrose.Mengapa dia pula dipersalahan.

"ENGKAUKAN ORANG KUAT RYAN! ENGKAULAH YANG KENA ADA DENGAN DIA!"Sergah Soffya lagi.Wajahnya sudah semakin merah kerana terlampau marah.

"Sudah tu Soffya.Kita semua salah,sepatutnya kena ada sorang dua bersama Ryan masa tu.Senrose tak salah,kita semua tahu dia sibuk dengan misi dia itu.Janganlah salahkan dia.Benda dah jadi,Soffya.Bertenang dan bawa bersabar Soffya"kata Kyra sambil memeluk bahu Soffya,cuba menenangkan Soffya.

Soffya duduk semula ditempat duduknya sambil menutup mukanya tidak lama kemudian,ruang itu didengari dengan tangisan Soffya lagi.Diam,hanya tangisan Soffya sahaja.

Senrose bangun dan keluar dari bilik wad itu.Ada beberapa konconya mengekori langkah Senrose.Senrose menuju ke cafe hospital dan tiba pula beberapa konconya yang duduk bersama dimeja itu.

Diam.Mereka sempat memesan beberapa jenis air untuk menenangkan hati masing-masing.Sebelum ada yang bersuara.Masing-masing berdiam diri lagi-lagi konco yang berada dihadapan Senrose,mereka menunggu Senrose terlebih dahulu bersuara.

"Apa dah jadi?"soal Senrose dengan wajah ketat seriusnya itu.Konconya yang melihat mampu menelankan air liur .Dia tahu jika wajah itu keluar pasti jangan cuba-cuba bermain atau bergurau senda.Keadaan sedang menjadi tegang.

"Harini kan hari jadi Ryan.Kami nak buatlah surprise untuk dia.Tapi malam tu lain yang jadi.."cerita Robert sambil menundukkan sedikit wajahnya gerun dia melihat wajah ketat Senrose itu.Lagi-lagi pandangan renungan mata Senrose terhadapnya apabila dia bersuara.

"Waktu kami ada depan pintu vila Ryan,Soffya telefon Ryan,masa tulah surprise kami bermula.Tapi waktu Soffya dalam talian bersama Ryan.Soffya dengar suara Ryan perlahan dan seperti dalam keadaan menahan kesakitan.Suara Ryan mengeluh berat sebelum Ryan tiba-tiba berdiam.Soffya mula risau.Kami semua terjah masuk sampai ke office Ryan.Bilik tu berkunci dari dalam.Soffya suruh Steven tendang pintu tu.Setelah tendang dan tolak beberapa kali,pintu akhirnya terbuka.

Kami mula masuk,kami nampak Ryan dah terbaring.Soffya mula resah,dia suruh Danish bukakan lampu.Apabila buka ja lampu kami semua terkejut..."terhenti penceritaan Rudy.Rudy memandang Steven disebelahnya.Dia berasa berat untuk menyambung part yang dia tidak sanggup bercerita.

Steven tahu maksud pandangan itu.Rudy tidak mampu untuk bercerita lagi.Steven mula mengambil alih untuk menyambung.

"Kami nampak Ryan dah terbaring,darah banyak keluar dipersekitaran kami.Kami tak perasan darah tu .Yelah kita masuk dalam vila sekali dengan kasut,kan.Lepas tu Soffya semakin panik.Dia menangis sahaja dari tadi tak henti.Sampai ke hospital dia masih dalam keadaan sama.Menangis,termenung dan teriak menangis"cerita Steven.Masing-masing bercerita dalam keadaan kecewa,mungkin kecewa kerana sebagai konco yang rapat dengan Ryan,mereka terasa seperti tak berguna kerana lalai untuk melingdungi ketua sendiri.Masing-masing juga rasa bersalah kerana tidak bertanggungjawab dalam janji mereka pada Senrose untuk menjaga Ryan.

"Doktor cakap apa?"soal Senrose.

"Doktor cakap Ryan kehilangan banyak darah dan doktor tidak dapat selamatkan dia.Ryan ditembak bukan satu peluru tetapi........ ti...ga"balas Steven lagi.Rasa bersalah berkalbu dihatinya untuk menjawab soalan Senrose.

Terkejut Senrose mendengar.Sehingga tiga kali tembakkan dilepaskan terhadap Ryan.Musuh mana pula kali ni yang berani membunuh Ryan.

Senrose terdiam,berfikir dengan mendalam.

"Tak mungkin! Tak mungkin musuh kita yang bunuh dia.Tembakkan dia dilepaskan secara dekat bukan?.Tak kan sesenang itu Ryan tidak dapat untuk bertindak dahulu?.Bukan kita tidak tahu kelebihan Ryan dan kehandalan dia.Kalau peluru dan benda tajam itu bukan makan dia.Jika benar itu musuh kita,dari awal Ryan akan berjaga-jaga dan akan mengelak serangan dia.Tapi... ini dekat kut.DIA BUKAN MUSUH! sebab itu Ryan santai bila berdepan dengan dia"kata Senrose dengan yaki,dia pasti dengan andaiannya itu.

"Aku dah cakap pada engkau,kan?.Ada orang dalam kumpulan kita yang target Ryan.Senrose! engkau satu-satunya yang pandai untuk siasat kes macam ni.Kami perlukan engkau.... lagipun Ryan dah tak ada.Kita perlukan ketua sekarang.Budak-budak bawah mula goyah apabila dengar ketua dah mati,engkau faham maksud aku kan?"kata Steven lagi.

Senrose terkaku.Dia faham sangat maksud Steven.Jika tiada Ryan,orang yang akan mendapat kedudukan Ryan ialah dia.Senrose terdiam.Buntu dia sekarang.

"SENROSE!"

BERSAMBUNG....

#JGN LUPA VOTE,KOMEN AND FOLLOW MY ACC

#CIK CHAYANG♡

#JIKA ADA TYPO JGN SEGAN UNTUK BERITAHU,JGN KECAM SUDAHLAH

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢🌹 حيث تعيش القصص. اكتشف الآن