Bab 10

33 4 0
                                    

Rupanya orang itu ialah Ryan.Ryan dari jauh berjalan menuju ke dua-dua lelaki itu,dia menolak orang ramai yang menghalang laluannya.Terlalu ramai manusia yang menari-nari mengikut rentak muzik DJ itu.Kedua-dua lelaki tersebut lekas meletakkan tubuh Senrose di atas lantai dan terus berlari menyelamatkan diri.

"Pergi kejar diorang!!"arah Ryan,pada konconya.Kakinya  pula berlari menuju ke  Senrose.Lekas dia mendapatkan Senrose dan mendukungnya keluar dari club malam itu. tanpa dia sedar ada satu mata yang memerhati mereka dari jauh.

"Lily?"Sayu panggilan itu menyebut.Disebalik kepekatan malam itu,jelas sekali figura yang bersuara tadi ialah Jakfeer.Wajah kekecewaan tonjol diwajahnya.Dia tidak sangka akan melihat semua itu.Dia hanya datang ke club ini untuk berjumpa rakannya sahaja,tetapi lain pula yang dia nampak.Serta merta hatinya tiada mood untuk berfoya.Lekas dia menuju ke keretanya,menghidupkan enjin dan berlalu pergi.

________

Matanya sangat berat untuk membuka,tetapi dia cuba untuk membuka juga.Itu pun hanya sebentar sebelum tertutup kembali , tetapi dia cuba semula untuk membuka.Berkedip-kedip matanya berusaha menahan kelopak mata agar jangan tertutup.Kesempatan yang ada,dia sempat mencuri-curi melihat persekitaraannya.

"Senrose"panggil satu suara yang sangat dia kenali,dia cuba untuk mengecam pemilik suara itu.

"Senrose"panggil lagi suara itu dan kali ini barulah dia dapat agak siapa pemilik suara itu rupanya Soffya yang sempat dia perasan gadis itu berada disebelahnya.

"Aku dekat mana?"soal Senrose,sambil memicit-micit  kepalanya yang masih pening itu.Sakit kepalanya seperti terhantuk sesuatu yang amatlah keras.Berkerut wajahnya cuba menahan sakitnya itu.

"You pengsan,Ryan yang bawa you dekat sini.Are you,okey?sakit lagi ke?"kata Soffya.Prihatin sungguh dia terhadap Senrose itu.Mana tidaknya,Senrose ialah antara orang yang paling dia rapat berbanding konco Ryan yang lain.Itu sebab dia sangatlah prihatin terhadap Senrose.Hubungan mereka seperti adik-beradik.

"Apa maksud kau sakit lagi tu? ada orang cuba apa-apakan aku ke?"Soal Senrose,dia masih cuba untuk ingat apa yang berlaku semalam,tetapi gagal.Kepalanya sangat-sangatlah sakit sekarang. Tambah lagi kepalanya terasa amatlah berat,mahu sahaja dia baring semula kepalanya dibantal.Tetapi hatinya tidak akan puas selagi tidak dapat tahu apa yang terjadi padanya semalam. YA! itulah salah satu sifatnya,apabila hatinya tidak puas hati selagi itulah dia akan korek sepuas-puasnya.

"Semalam you  pengsan dekat clubbing,I told you,right!. Do not drinking too much.Nanti you mabuk.Kenapa you degil sangat?.You tu dahlah tak boleh minum banyak sangat nanti otak biul,lepas tu mulalah.Tak sedarkan diri,lepas tu semua benda you lupa. Nasib baiklah kawan I nampak you semalam.Dia ternampak you  kena kacau dengan entah mana-mana lelaki tah. I apa lagi, suruhlah Ryan selamatkan you tak sangka diaorang nak buat 'something'dekat you.Nasib baiklah Ryan cepat.kalau tidak,pisang berbuah dua kali.Please Senrose,dont do it again.I dah risau separuh mati tadi!!" kata Soffya dengan wajahnya yang sangat-sangatlah kerisauan itu.

"Siapa?"soal Senrose yang sudah berwajah terkejut.Hatinya sudah terasa  kehangatan yang membuak-muak.Mukanya sudah menjadi merah kerana terlalu geram.Merah menyala.Muka bengisnya itu dapat menunjukkan hatinya sedang membara,itu adalah sebuah petanda'bahaya'.

"Itu kau kena tanya Ryan,sebab dia yang ada dekat situ.Aku hanya dengar-dengar aje,dari diaorang.Ryan ada dalam pejabat dia"kata Soffya,di sudah dapat agak apa akan jadi selepas ini.Dia tahu apa yang akan jadi jika dia tidak memberitahu dimana Ryan.Pasti dengan dia sekali dirinya dia kena sembur.Jadi,disebabkan itu dia memberitahu awal-awal keberadaan Ryan.

Senrose baru sedar yang dia berada di vila Ryan,setelah dia berdiri. Dia cuba menstabilkan tubuhnya itu.Kepalanya masih pusing dan berdenyut-denyut.Membuatkan tubuhnya mahu sahaja rebah.Tetapi Senrose cuba bertahan,mencengkap jari kakinya ketanah.Cuba juga bertahan dan kuat.

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢🌹 Where stories live. Discover now