Bab 21

24 4 0
                                    

'Kenapa dalam fail tak beritahu pun diaorang ni islam?.Aku ingat kristien lah.Yelah,tak nampak macam muslim.Dalam rumah ni tak ada unsur islam pun.OH YA! aku baru teringat.Waktu aku masuk bilik tidur Tuan Johari Zain dengan Puan Wulan ada satu frame besar tergantung dekat dengan katil!.Frame yang penuh diukir kalimah allah SWT dan Nabi Muhammad SAW,aihh. Apalah kau Senrose' bebel Senrose didalam hatinya menyumpah diri sendiri berbakul-bakul.

Sebelum dia kembali sibuk menolong Kak Suzan didapur menyediakan pelbagai jenis hidangan dan di ruang lain juga.

___________________________

"Papa,Ma dah call Jes tapi tak angkat pun,dia"Puan Hany Wulan sudah cemas sekarang.Sepatutnya pengantin perempuan sudah tiba tetapi kemunculan Jessica tidak nampak-nampak.Jangankan Jessica,pihak dia pun tiada.

Tok kadi sudah tiba tetapi pengantin tidak nampak-nampak.Mulalah mulut-mulut yang tidak bertauliyah buat kerja. Mencatatkan segala jenis berita baru.

Jakfeer menuju ke Mamanya,Puan Hany Wulan.Dengan berwajah cemas juga sambil mata mencari-cari seseorang.

"Ma! mana Jessica?. Jack call tak angkat pun.Tok kadi dah mula bertanya bila boleh mula"kata Jakfeer.Dia pun tidak tahu hendak buat apa.Sama ada terlompat gembira kerana dia tidak akan berkahwin dengan Jessica atau nak herek Jessica sekarang sebab nak menutup malu keluarganya sekarang.

"Mama tak tahu.Mama pun call Jessica tapi dia tak jawab"

RING!!!RING!!!!

Satu panggilan masuk ke telefon Jakfeer.Melihat si nama pemanggil lekas tangannya mengherekkan icon hijau itu.

"Hello! You dekat mana?"

"Hah?!! You gila?! You jang....JESSICA!!" Menjerit Jakfeer memanggil si pemanggil di talian itu.Tetapi dia sudah meletakkan talian.

Tuan Johari dan Puan Hany Wulan sudah semakin berkerut dahi apabila mereka mendengar perbualan anak mereka tadi.Nampak anak mereka itu dalam keadaan marah dan cemas sudah tahu dikepala mereka apa yang sudah terjadi,mesti sesuatu yang buruk berlaku sekarang tetapi ingin menyoal juga.

"Kenapa Jakfeer?!"soal mereka dua Tuan Johari dan Puan Hany Wulan serentak.

_________________________________

"Lily!!!! Cepat pakai baju ni "kata Kak Suzan sambil membawa satu bungkusan hitam yang panjang dengan wajah yang cemas sambil menghulur bungkusan itu pada Senrose.

Berkerut dahi Senrose dibuatnya.Ragu-ragu Senrose hendak mengambil huluran itu.

"Apa ni,Kak Suzan?"Soal Senrose perlahan-lahan.Tangannya pun turun perlahan-lahan mengambil huluran itu.

"Pakai cepat! Tuan Jakfeer suruh pakai dan cepat sikit"kata Kak Suzan sambil menolak bungkusan itu kedalam pelukan Senrose .

"Hah?! Kenapa dia suruh Lily pakai ? Ada apa dalam ni bungkusan ni?"soal Lily bertubi-tubi tetapi tidak diherankan.Dirinya sudah ditolak-tolak masuk ke dalam satu ruang bilik.

'Ni..ni bilik pengantin si Jessica kan? Dah kenapa Kak Suzan tolak aku masuk bilik ni? Kenapa Si Langau tu suruh aku pakai baju dalam bungkusan ni ? Ada apa dalam bungkusan ni ?' Bisik hatinya,dibiarkan soalannya bermain difikirannya sambil berbakul-bakul soalan didalam hatinya bertanya walaupun tiada siapa yang akan menjawab.

Hampir terbunting matanya apabila melihat didalam bungkusan pakaian itu rupanya baju pengantin wanita didalam beg baju itu .

"WEI! Asal dia nak aku pakai baju pengantin ni?!" Hampir separuh terjerit Senrose tetapi dia turut mengikuti arahan Jakfeer untuk memakai baju pengantin itu.

Seperti sudah tahu-tahu sahaja Jakfeer tentang saiz tubuh Senrose.Muat-muat baju itu tersarung ke tubuh cantik Senrose yang sebenarnya bersaiz seorang model, dengan ramping cantik tubuh badannya dan tingginya itu sungguh memiliki tubuh seorang model.

Keluar sahaja Senrose dari bilik itu ke semua mata tertumpu padanya.Jakfeer yang dari tadi sebuk menjawab panggil telefon kini matanya beralih pada Senrose yang sudah berdiri tepat dihadapannya.

Yang lain sudah memerhati pada Jakfeer sekejap pada Senrose. Mereka berdiri disisi pandangan Jakfeer yang tepat memandang ke arah Senrose itu.

Semua diam.Seperti pelik memandang mereka berdua yang sedang saling memandang,renung sesama sendiri.

"Erm... sebenarnya kenapa yer kena pakai baju ni?"soal Senrose tiba-tiba,mencelah kesunyian itu.Jakfeer memejamkan matanya sekejap sebelum mengurut batang hidungnya.Selepas itu memandang pula ke arah Senrose yang masih dalam kebingungan.

"Erm... sebenarnya Jessica dia tak dapat datang majlis ni.Jadi untuk tutup malu ..kami terpaksa..."terhenti Tuan Johari sebelum memandang ahli keluarganya yang lain.

"Terpaksa ?.."soal Senrose.Dia bukan suka orang cerita separuh jalan ni.

"Awak akan berkahwin dengan saya.Jadi cepat siap.Saya tunggu dekat luar.Kak Julia tolong siapkan dia"Kata Jakfeer yang sudah muka ketat itu sebelum berlalu meninggalkan mereka.

"Hah?!"terjerit Senrose,separuh mulutnya ternganga dan mata dibesarkan.

"Baik!"jawab Julia yang sudah tercegat mendengar arahan adiknya itu.Lekas dia mengherek Senrose masuk semula ke dalam bilik.

Senrose yang sudah rela tak rela terpaksa rela.Membiarkan mukanya diconteng.Wajahnya sudah terpinga-pinga.

"Kak apa ni kak?"kata Senrose yang sudah bersuara merengek seperti bayi tidak mendapatkan susu.

"Kak terpaksa ,dah titik jangan banyak soal jangan banyak cakap.Diam!" balas Julia tangannya licah mencontengkan wajah Senrose.

"Saya tak nak kahwin"merengek-rengek Senrose.

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢🌹 Where stories live. Discover now