Bab 6

35 4 0
                                    

Lily sedang Kak Suzan untuk menyediakan makan malam. Tetapi ada sahaja yang mengganggunya sehingga dia tidak dapat tumpukan perhatiannya, iaitu Jakfeer si pengganggunya. Ada sahaja yang dia ingin Lily membantu dia. Sekejap ambilkan remote, sekejap buatkan air, sekejap pula tolong ambilkan buah. Liliy hanya turuti sedangkan hatinya sudah api yang membara. Mahu sahaja dia belasah Jakfeer habis-habisan jika bukan kerana dia harus berlakon.
"Lily!!"Jerit Jakfeer dari luar rumahnya itu.
Lily sudah memejamkan matanya menahan kesabaran yang telah dia dapat rasakan sudah membuak-buak.Tunggu masa untuk semuanya BOOM!! sahaja.
Besen di tangannya dihempaskan kedalam singkir. Semua orang yang berada didapur terkejut dengan kelakuan Senrose. Kak Suzan yang melihat sudah kecut perutnya. Lily kalau sudah hilang kesabarannya janganlah dimain-mainkan lagi.
"Amboi marah betul Lily, sabar. Orang cakap jika terlalu marah takut lama-lama jadi c.i.n.t.a nanti" kata Kak Suzan tersengih-sengih dihujung katanya itu. Makin lebar sengehnya apabila mengeja satu persatu huruf yang dibaca menjadi perkataan CINTA itu.
Sekali tajam pandangan mata Lily pada Kak Suzan itu. Terdiam Kak Suzan, gerun Kak Suzan apabila memandang pandangan Lily itu.
"Tak ada maknanya Kak Suzan oii. Dia tu dah lah langgau macam tak ada anggota badan. Itu ini nak orang ambilkan.Macam lah Lily ni tak ada kerja lain" kata Lily dengan perasaan geramnya itu.
Lekas kakinya menuju ke arah Jakfeer yang berada diluar pintu utama itu.
"Nak apa lagi?. Saya banyak kerjalah dekat dapur tu" kata Lily sambil mengcekak pinggangnya dengan berwajah masam.
"Eh!! kau patut bersyukur tau, aku ni nak bawa kau keluar dari kerja kau yang banyak tu" balas Jakfeer yang sudah berdiri berhadapan dengan Lily, tingginya lebih tinggi dari Lily.Lily hanya setinggi paras dengan dadanya sahaja, terpaksalah dia menundukkan sedikit kepalanya separas dengan Senrose.
"Itu memang dah kerja saya, lagi pun anak majikan sayakan baru sahaja pulang. Katanya dari oversea lah kan, tapi oversea lah sangat" kata Lily, dihujung katanya itu sempat dia menjelingkan matanya ke atas sambil bibirnya mengukir senyuman sinis, sekadar ingin memerli Jakfeer.
'Oversealah sangat yang aku jumpa kau dekat mall hari tu apa?saka kau?'bisik hati Lily. Kalaulah hatinya itu ada riak wajah mesti mukanya itu dah berkali-kali menjeling dan sumpah seeranah pada Jakfeer.
"Eh! kau yang itu kau diam, okey. Itu antara kita je tau. Kalau aku dapat tahu keluarga aku tahu siap kau. Dah sekarang ni kau ikut aku"kata Jakfeer sambil menarik tangan Lily. Lily pula mati-matian menolak tangan Jakfeer tapi tangannya itu sudah seperti melekat pula dengan genggaman Jakfeer itu. Benar, kekuatan lelaki lebih dari seorang wanita.
"Eh!! awak nak bawa saya dekat mana ni? eh awak jangan macam-macam tau. Mandul awak saya kerjakan nanti jangan ingat saya tak berani tau"kata Lily sambil cuba melepaskan dirinya dari tolakkan Jakfeer yang ingin menyumbatnya ke dalam sebuah kereta dibahagian penumpang hadapan itu.
Yang Jakfeer pula menolak Lily sekuat hati ke dalam kereta itu. Akhirnya Lily tewas juga sehingga dia terduduk dikerusi itu. Belum sempat dia ingin bangun kembali, Jakfeer terlebih dahulu menutup pintu kereta itu. Sehingga Lily terhantuk kepala pada pintu itu, peluang yang ada itu Jakfeer lekas berlari ke tempatnya sebagai pemandu dan terus dia mengunci pintu kereta itu. Tidak sempat Lily ingin membuka kembali pintu kereta itu. Akhirnya dia mengalah dan melepaskan satu nafas berat.
"Hemm...! awak ni dah kenapa? gila ke? tak betul? yang awak mati-matian nak saya ikut ni dah kenapa? ajaklah girlfriend awak ke? Puan Hany ke? Julia ke? tak pun Johan ke? HA! tak pun Kak Jelita"kata Lily sambil membebel pada Jakfeer.
"Eeyyy! kau ni duduk jelah, banyak soal pula kau ni pun"kata Jakfeer sambil menjeling ke arah Lily.
Lily juga turut membalas dengan jelingan maut ke arah Jakfeer disebelahnya itu.
Akhirnya kedua-dua mereka diam dengan keadaan sunyi. Suasana itu amatlah tidak disukai oleh Lily, kerena waktu beginilah dia akan mengelamun dan bermain dengan masa silam dan kata hatinya. Cukup dia benci kerena tiada apa yang seronok sangat dengan kisah silamnya yang sebenar.
Disudut pandangan Senrose dengan keadaan yang sunyi membuatkan Senrose dilamun renungan. Dia sudah tergelam didalam fikirannya.
Senrose mula teringat keadian tadi, dimana Jakfeer menolak tubuhnya sekuat hati kedalam kereta tadi. Lama-lama Senrose mula berputik senyuman sengih. Kelakar pula bila dia teringat wajah masing-masing yang sama-sama berusaha menolak tubuh masing-masing.
Tiba-tiba Senrose dapat rasakan hatinya berbunga mekar. Kenapalah dia rasa berdebar sungguh. Rasa bahagia apabila dia dan Jakfeer menolak antara satu sama lain sekuat tenaga sama-sama menolak. Yang sorang beria nak si Lily masuk ke dalam yang seorang lagi sekuat tenaga mengelak dari tubuhnya rebah terduduk di kerusi. Last sekali mengalah juga si Lily ni. Puas hati Jakfeer.
Entah mengapa hatinya terasa tertawa apabila teringat situasi tadi sehingga terukir senyuman.
Tetapi mati seketika senyumannya itu apabila teringat akan sesuatu, bagaimana jika dia terkantoi. Agaknya bagaimanalah mereka jika tahu siapa dia yang sebenarnya. Mesti terkilan dan kecewa. Entah-entah jika ditakdirkan terserempak semula mesti masing-masing stranger.
'Aihh! kenapa pula aku nak rasa bersalah dan sedih pula kalau benda tu terjadi?sebelum ni okey aje aku buat kerja. Ingat, Senrose. Siapa sebenarnya kau apa tujuan kau? apa kerja kau? kenapa kau nak masuk dalam family ni? Ingat kesemua jawapan tu. Jangan lupa diri pula..' bisik hati Lily sehingga berkerut dahi Lily, punyalah nak sedarkan dirinya.
Lily berasa campur bau perasaan apabila terkenang kisah silamnya sehingga tidak sedar yang mereka sudah sampai. 
Jakfeer berhentikan kenderaan apabila tempat tujuannya sudah sampai, dia keluar dan kunci kereta tanpa sedar yang Lily masih berada didalam kereta. Tiba-tiba Jakfeer terasa seperti ada yang tidak kena. Sehingga dia sedar yang Lily seperti tidak mengekori nya. Apabila toleh sahaja di belakang, terkejut dia melihat Lily masih didalam kereta sambil termenung.
"Oh,god!! what's wrong with her?!!"geram Jakfeer sambil kakinya membuat pusingan Utern, menuju pula pada keretanya kembali.
manakala lamunan Lily pula, masih didalam kisah silam nya. 
"Lepas!! jangan !!! tolonglah jangan!!" suara itu bagaikan radio yang berputar-putar bermain di kepala. Senrose teringat akan suara jeritannya dahulu. Seketika kemudian kedengaran ketukkan dari tingkap pintu kereta dibahagiannnya itu.
TOK! TOK!
Terkejut Lily apabila melihat Jakfeer sudah berada diluar tingkap nya, tengok sahaja dari wajah lelaki itu. Marah betul sehingga kening ke kening hampir bercantum. Naik risau pula Senrose melihat wajah serius itu. Ketat sungguh. Lekas Lily keluar dari kereta.
"Engkau, kalau aku tinggal kau dalam kereta ni. Sampai aku datang balik dekat kereta ni pun kau tak sedar lagi kan. Agaknya boom jatuh pun, mata kau tetap tengah mengelamun lagi kan?. Apa sangatlah yang kau fikirkan tu. Aihhh, cepatlah! kita masuk!. Nasib baiklah aku toleh belakang kalau tak, mereput kau dalam kereta". kata Jakfeer sambil menggenggam erat telapak tangan Lily itu. Lily hanya membiarkan kerana dia pun masih mamai. Dia masih dalam fikirannya. Hatinya masih terasa pedih. Kakinya hanya mengekori langkah Jakfeer sahaja.
"SENROSE!!" 
Terbuntang biji mata Lily apabila ada seseorang memanggil namanya dari belakang. Teragak-agak dia ingin menoleh kebelakang. Dia dapat rasakan disebabkan sapaan itu pasti undercover nya akan kantoi. Hatinya terasa tidak sedap. Mukanya sudah hampir pucat tetapi dia sedaya-upaya bersembunyikan wajah itu dengan wajah tenang.
Mahu tercabut jantungnya apabila melihat gelaran yang memanggilnya itu. Rupanya.
BERSAMBUNG.

#JGN LUPA VOTE,KOMEN AND FOLLOW MY ACC

#CIK CHAYANG♡

#JIKA ADA TYPO JGN SEGAN UNTUK BERITAHU,JGN KECAM SUDAHLAH

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢🌹 Where stories live. Discover now