Bab 9

29 6 0
                                    

Awal-awal pagi lagi Lily sudah bangun untuk menyiapkan kerjanya kerana petang ini dia ingin keluar. Selepas  mendapat keizinan majikannya itu.

Ketika dia sedang mengemas, tiba-tiba Jakfeer datang muncul dari tangga.

Perlahan-lahan dia turun dengan terjengkek-jengkek kakinya, menuju ke arah Lily. Hampir sampai sahaja dia kepada Lily. Tertiba Lily lebih pantas darinya.

"Tak payah awak nak sergah saya dari belakang kalau nak apa-apa, cakap depan-depan bukan belakang?"kata Lily yang masih menyapu sampah itu. Mukanya sudah bercuka apabila dia dapat rasakan kehadiran Jakfeer.

Teknik hendap adalah kepakarannya dari dahulu lagi dan kerana kelebihan nan satu inilah dia tercalon antara yang terbaik. Terkejut wajah Jakfeer pelik dia bagaimana Lily tahu yang itu ialah dia.

"Macam mana kau tahu ni aku?"soal Jakfeer sempat dia merebahkan punggungnya ke atas sofa yang berdekatan dengannya itu.

"Biarlah, rahsia" balas Lily sambil tersengih-sengih.

"Biarlah rahsia konon,eh!! kau pergi mana semalam? kau balik dengan siapa,semalam?" soal Jakfeer, sambil merenung sahaja Lily yang masih menyapu itu.

"Kawan"balas sepatah Lily dengan wajah slumbernya itu.

"Kawan?kau ada kawan ke?"soal Jakfeer,sambil matanya terlari-lari memandang ke atas lalu bibirnya diherot ke kiri.

"Apa? ingat saya ni pendiam sangat ke? sampai tak ada kawan?" soal Lily sempat dia menoleh memandang wajah Jakfeer yang sudah bengis itu.

"Awak dah kenapa buat muka macam tu?"soal Lily sambil menjeling matanya sekejap pada Jakfer.

"Sebab suka"balas Jakfeer, matanya masih terlari-lari tidak memandang ke arah Lily. Lily hanya buat tidak endahkan sahaja. Dibiarkan perwatakkan Jakfeer yang seperti tidak selesa melihat Lily.

"Dah selesai kerja saya. Bye"Kata Lily dengan wajah yang ceria sempat mulutnya berkumat-kamit dengan nyanyian gembira sambil kakinya menari-nari kecil sambil tangannya itu masih memegang penyapu dan penyodok itu.

Jakeer yang melihat sudah mula tersenyum-senyum,sambil dia bangun dari baringnya.Sempat tangannya mencapai tangan Lily,tanpa dia sedar perbuatan dia itu telah membuat Lily semakin tidak seimbang dengan kakinya yang masih memijak ke tanah sudah tidak betul itu.

Tiba-tiba Lily tersepak sesuatu di atas karpet itu, tubuhnya hampir jatuh tersungkur tetapi badannya seakan-akan tertarik semula sehingga dia tersembam ke sesuatu. Rupanya tangan Jakffer telah menyelamatkan Lily dari terus terjatuh,tersembam ke lantai. Tetapi lain tempat pula mukanya tersembam itu.

Apabila Lily membuka mata sahaja, dia sudah berada didalam pelukkan Jakfeer, mukanya tersembam ke dada bidang Jakfeer itu. Matanya serta-merta memandang  ke atas,tepat ke mata Jakfeer.Dia dapat merasakan jantung Jakfeer yang berdegup laju itu.

Terdiam mereka berdua, dalam keadaan begitu lagi.Mereka berdua sudah seperti patung tetapi bezanya mereka ini bernyawa sahaja. Sebelum.

"Muka awak dari bawah,sejujurnya hodoh saya kata"kata Lily, sambil tersembur tawan ya. Deras sekali sehingga bergema seluruh ruang itu.

"Kurang asam punya budak"kata Jakfeer,jari-jemarinya menggeletek perut Lily.Serta merta Lily bertukar menjadi  ketawa terbahak-bahak. Mendengar sahaja Lily ketawa, dia juga turut ketawa sehingga semakin kuat tawanya sehingga dia juga terbahak-bahak tawanya.

"Erm! erm!" muncul satu suara di pintu utama rumah itu.

Terdengar suara itu Lily lekas membuka pelukkan Jakfeer dan terus berlari ke belakang, tanpa menoleh kebelakang untuk melihat siapa gelaran itu.

𝔐𝔞𝔣𝔦𝔞 ℜ𝔬𝔰𝔢🌹 Where stories live. Discover now