Epilogue 3

964 58 0
                                    

Tangan Rayden semakin erat memeluk isterinya yang kini perlahan-lahan meleraikan pelukkan mereka.

Akhirnya tangan Aireen yang memeluk tubuh Rayden jatuh jua.

Dia sudah tiada.
Kekasih dunia Rayden Kim telah pergi selamanya.
Aireen Kamilia pergi di dalam dakapan suami yang sangat mencintainya.

Bunyi alat bantuan yang khasnya untuk mengawal dan memeriksa setiap degupan jantung Aireen akhirnya berbunyi menandakan degupan jantungnya sudah terhenti.

Rayden masih tidak meleraikan pelukan mereka. Dia menangis teresak-esak.

Doktor Natasha dan para jururawat bergegas masuk ke dalam bilik Aireen dan segera meleraikan pelukkan mereka.

Doktor Natasha membuat tekanan dada berterusan untuk mendapatkan kembali degupan jantung Aireen. Namun tiada hasilnya.

Aireen Kamilia, satu-satunya wanita yang dicintai oleh Rayden Kim telah pergi selamanya.

Doktor Natasha memandang Rayden yang sedang terpaku berdiri di belakangnya sambil memandang tepat ke arah isterinya yang sedang terlantar di atas katil.

"20 Julai 2022, 10:30 malam... Aireen Kamilia telah meninggal dunia"

Kata-kata dari Doktor Natasha yang cukup membuat lutut Rayden longgar dan lemah.

"No.. no.. I said can always wait for you. Please.."

Dan Rayden terus jatuh berlutut di atas lantai itu.

"Ya Allah Aireen! Isteriku! Tolong jangan ambil dia lagi Ya Allah! Tolong! Beri aku peluang lagi Ya Allah! Aku tidak perlukan dia untuk membalas cintaku. Cukup dia berada di sisiku ya Allah! Maafkan aku kerana telah tamak ya Allah!"

Hati merayu Rayden agar dia dapat menukar doanya yang dahulu ingin isterinya mencintai dia. Namun kini bukan itu yang dia inginkan. Dia ingin hidup bersama isterinya walaupun tidak dicintai.

Dengan penuh berat hati dan sangat sakit, dia gagahkan diri untuk bangun agar dapat mencium wajah isterinya buat kali terakhir.

Wajah putih pucat Aireen di sentuh oleh Rayden. Air mata Rayden mula jatuh membasahi wajah Aireen. Dahi Aireen dicium dengan sangat lama oleh Rayden.

"I said.. I will always wait for you. Why must you leave me like this?"

Kata-kata yang diucap oleh Rayden bersama tangisan yang amat sakit untuk dia lepaskan bidadari dunianya itu.

Kekasih dunia yang dipinjamkan oleh Allah swt buat seorang lelaki bernama Rayden Kim telah pergi selamanya.

Cinta pertama dan terakhir telah meninggalkan dia.

Dunianya sangat gelap pada ketika itu. Dia tidak mampu untuk meneruskan hidup tanpa isteri tersayang disisinya.

Takdir Yang Terindah buat Rayden Kim telah berakhir.

Takdir Yang TerindahWhere stories live. Discover now